Wednesday, July 1, 2009

Skrtel : Johnson Pilihan Tepat

Pertahanan Tengah Liverpool dari Slovakia, Martin Skrtel adalah antara pemain yang terawal mengalu-alukan kedatangan Glen Johnson ke Anfield. Skrtel percaya Johnson akan menjadi antara pembelian terbaik Rafael Benitez untuk Liverpool. Pemain antarabangsa Slovakia ini tahu apa yang harus dilakukan untuk menempatkan diri di dalam barisan pertahanan antara yang terbaik di Eropah setelah beliau berpindah dari Liga Perdana Rusia pada Januari 2008. Skrtel percaya rakan sepasukan terbaru beliau ini akan melakukan perkara yang sama setelah melengkapkan perpindahan dari Portsmouth pada hari Jumaat yang lepas. Skrtel tahu Johnson adalah antara pemain terbaik Liga Perdana Inggeris ada beliau gembira Johnson menyertai Liverpool. Skrtel akan kembali ke Liverpool pada awal Julai, lebih awal daripada bermulanya latihan pra musim akan bermula. Pemain berusia 24 tahun ini tidak sabar untuk menunggu musim 09/10 Liga Perdana Inggeris bermula dan beliau telah melakukan persediaan awal. Masa lapang beliau sebelum latihan pra musim bermula akan digunakan untuk berlatih di gimnasium dan beliau amat gembira dengan keadaan tersebut.

Saya amat pasti Johnson akan melakukan yang terbaik di Liverpool pada msuim depan. Corak permainan serangan dari sayap kanan beliau amatlah menarik. Cuma dari segi corak pertahanan, Johnson perlu melakukan sesuatu di bahagian tersebut. Mungkin tunjuk ajar dari Rafa dan Sammy Lee akan membantu beliau memberikan persembahan terbaiknya di sepanjang karier beliau sebagai pemain bolasepak. Dengan sokongan rakan-rakan pertahanan beliau seperti Skrtel, saya percaya Johnson dengan mudah dapat menyesuaikan diri dengan corak permainan Liverpool. Dengan pengalaman sebagai pemain Liga Perdana Inggeris, Johnson diharapkan dapat memberi dimensi baru kepada permainan Liverpool di atas padang pada musim 09/10 nanti.


YNWA

3 comments:

Firol said...

kalau player dah tak sabar musim baru..peminat usah ceritalah.......

Precious said...

Eeee .. bola. Haku nak sangat minat bola ni sebab laki haku suker. Tapi dahku coba dan ku coba .. huh ... tak bley ler ...

beemer said...

lambat wehhh bulan 8 ... hehehe ...
sebelum posa tuh kick off ... konpem EPL saing dgn tarawih bulan posa nanti ... hehehe!