Sunday, July 12, 2009

Rafa : Buktikan Kesetiaan Kamu

Setelah bermacam-macam persoalan yang timbul dari desas-desus yang cuba ditimbulkan untuk memaksa perpindahan dua bintang Liverpool, Xabi Alonso dan Javier Mascherano berlaku, Pengurus Liverpool, Rafael Benitez telah mengeluarkan kenyataan kepada kedua-dua pemain tersebut. Rafa mahukan kedua-dua pemain itu membuktikan kesetiaan mereka kepada kelab yang telah melakukan banyak pengorbanan demi untuk melonjakkan karier bolasepak mereka sehingga berada pada tahap sekarang. Bagi Rafa, kedua-dua pemain ini harus terhutang budi dengan Liverpool dan membalasnya dengan kesetiaan mereka kepada kelab dari Merseyside ini. Rafa yakin Alonso dan Mascherano akan kekal di Anfield pada musim depan dengan kontrak mereka yang berbaki 3 tahun dan ianya merupakan komitmen jangka panjang daripada kedua-dua pemain. Banyak desas-desus yang ditulis serta diperkatakan di media dan internet namun Rafa menegaskan kedua-dua pemain ini di bawah kontrak yang baik dengan Liverpool dan tiada apa-apa perkara selain daripada itu yang boleh diperbincangkan. Sehingga artikel ini ditulis, Alonso dan Mascherano masih lagi menjadi buruan tetapi Liverpool masih tidak berganjak daripada keputusan untuk tidak menjual mereka berdua. Samada Alonso akan berada di Liverpool apabila musim baru bermula masih menjadi tanda tanya dengan Real masih sibuk mengatakan mereka masih berminat dengan beliau tetapi tidak mampu untuk memenuhi permintaan Liverpool yang tidak mahu berganjak daripada harga perpindahan 50 juta euro buat pemain antarabangsa Sepanyol ini. Alonso dikatakan berminat untuk berpindah ke Real dan Mascherano pula dikatakan berbesar hati dengan minat yang ditunjukkan oleh Barcelona. Punca kepada desas-desus Mascherano dikatakan bermula apabila Rafa tidak menurunkan beliau dibeberapa perlawanan utama Liverpool pada penghujung musim yang lepas. Sejauh mana kebenaran berita-berita ini amatlah diragukan kerana ianya hanyalah sekadar desas-desus kerana tiada sebarang pengesahan dikeluarkan oleh laman rasmi liverpoolfc.tv. Menurut Rafa, beliau amat gembira dengan prestasi kedua-dua pemain dan mahu mengekalkan mereka di Anfield.

Namun bagi Rafa, sekarang inilah merupakan masanya untuk kedua-dua pemain ini membayar semula kepercayaan beliau untuk mengambil mereka mewakili Liverpool dahulu. Mascherano pada ketika itu bermain ? Alonso pula merupakan pemain muda yang amat berpotensi di Real Sociedad sebelum Rafa mengambil risiko untuk membawa beliau ke Anfield dengan yuran perpindahan sebanyak 10.5 juta pound pada 5 tahun dahulu. Semenjak dari itu, Alonso tidak lagi menoleh ke belakang di dalam karier bolasepaknya. Namun ada yang berpendapat, Alonso mahu keluar dari Liverpool disebabkan Rafa cuba menjual beliau untuk mendapatkan Gareth Barry pada musim sebelum ini. Tetapi bagi saya, perkara ini telah lama berlaku dan ianya dianggap selsebagai pemain sokongan kepada Hayden Mullins di West Ham sebelum Rafa membawa beliau sebagai pemain pinjaman dan secara rasmi menandatangani kontrak dengan Liverpool pada Januari 2007. Anda semua pasti masih ingat rayuan Mascherano pada ketika itu agar diberikan kontrak rasmi untuk bermain dengan Liverpool dan Rafa sememangnya berusaha habis-habisan untuk membolehkan Mascherano menjadi pemain Liverpool sehingga sekarang. Mascherano juga perlu ingat Rafa juga yang bertanggungjawab mengangkat nama beliau di Liverpool sehingga berjaya menjadi kapten pasukan senior Argentina dan adakah beliau lupa siapa yang memberi kebenaran kepada beliau untuk beraksi di Olimpikesai kerana Alonso telah menempatkan diri beliau di kesebelasan utama Liverpool pada musim lepas dengan persembahan yang cukup mantap di tengah padang. Lagipun Barry telah menyertai City dan tiada siapa lagi yang dapat mengugat beliau di kesebelasan utama Liverpool. Terdapat sumber dari internet yang mengatakan antara punca Rafa mahu menjual Alonso pada musim lepas kerana prestasi beliau agak merudum pada musim sebelumnya. Keadaan beliau pada ketika itu agak goyah tetapi dengan sokongan daripada para peminat, Alonso kembali dengan prestasi yang mantap pada musim lepas. Tambah Rafa, Liverpool mendapatkan Alonso ketika beliau masih muda dan telah memperbaharui kontrak beliau 2 tahun yang lalu. Pada ketika itu, Alonso kelihatan gembira dengan kepercayaan Liverpool terhadap beliau. Dan Rafa berkata semua telah sedia maklum dengan situasi Mascherano dan beliau menegaskan kedua-dua pemain tengahnya ini memang banyak terhutang budi dengan Liverpool. Alonso dan Mascherano merupakan pemain yang amat dihormati oleh para peminat Liverpool dan Rafa dengan jelas menyatakan Liverpool sekarang sedang bersedia untuk memulakan musim baru dengan pemain-pemain skuad utamanya. Rafa langsung tidak berminat untuk menjual pemain-pemain utamanya yang nyata akan menjejaskan pasukan.

Sehingga tahap ini kenyataan yang dikeluarkan oleh Rafa, saya tidak tahulah dimana lagi hendak diletakkan jika ada kesalahan yang dibuat oleh Rafa dan juga Liverpool. Peristiwa yang lalu usah dikenang dan sila buang keegoan masing-masing untuk bersama-sama membantu Liverpool merampas trofi kejuaraan Liga Perdana Inggeris pada musim depan. Dengan saingan untuk merebut kejuaraan ke 19 yang pastinya semakin sengit, Liverpool memerlukan skuad yang cukup mantap untuk mengharungi lebih kurang 60 perlawanan pada musim 09/10 nanti. Seperti yang pernah saya tulis, kita harus bergerak ke depan dan bukan kebelakang dengan menjual pemain-pemain utama kita. Jika Alonso dan Mascherano memberikan komitmen mereka kepada Liverpool selepas ini, saya amat berharap agar Rafa dapat menawarkan kontrak baru kepada kedua-dua pemain yang jelas menjadi tulang belakang skuad Liverpool ini. Lebih baik pelaburan dibuat ke atas pemain-pemain skuad utama yang telah berbakti kepada Liverpool semenjak sekian lama. Pelaburan ke atas pemain baru pasti akan melibatkan risiko yang sukar dijangka di masa hadapan. Kepada Alonso dan Mascherano, kami mahukan anda kekal di Anfield dengan meneruskan sikap professional serta setiakawan anda kepada Liverpool.


YNWA

5 comments:

Firol said...

Memang umpan besar dibagi untuk memancing 2 orang tengah Lvpl.

Monster Mashc dengan Awesome Alonso..

Kalu diorg bleh berfikir waras,kekal adalah jalan terbaik...selain bawa balik Kejuaraan Liga,kena bawak balik jugak UCL.......

Kalu diorg keluar jugak??.....

CrAyOn said...

kalo diorang kuar gak t aku suruh rafa beli aku ekau firul ngan beemer skali.. hahahaha.. mau ka xmau??

CrAyOn said...

bro beemer jom change link : http//:apiz-youllneverwalkalone.blogspot.com (t bg tau lik yo) ;p

beemer said...

bro firol ...
susah nak dicari ganti kalu diaorg kuar dr anfield ...
hopefully dlm masa terdekat diaorg bleh commit to liverpool ...

beemer said...

crayon ...
wa dah add ....
wa punya link liverpool-malaya.blogspot.com