Thursday, July 2, 2009

Mascherano : Insua Akan Buktikan

Kurang kedengaran berita di media atau internet mengenai bintang muda Liverpool ini. Pemain yang saya maksudkan ialah pemain pertahanan kiri Liverpool dari Argentina, Emiliano Insua. Kali terakhir saya membuat ulasan tentang beliau kira-kira 3 bulan lepas di bulan April. Kali ini mari kita lihat pendapat mengenai Insua yang datang dari rakan sepasukan beliau yang juga merupakan Kapten pasukan kebangsaan Argentina, Javier Mascherano. Insua dijangka akan meningkatkan permainan beliau setahap lagi pada musim depan setelah melalui musim 08/09 dengan cukup baik, demikian pendapat Mascherano. Pemain muda berusia 20 tahun ini membuat 13 penampilan di kesebelasan utama Liverpool dan bersaing dengan Aurelio dan Dossena di posisi pertahanan kiri Liverpool. Dengan pengalaman berharga ini, Mascherano yakin Insua akan memberikan cabaran yang lebih sengit kepada rakan sepasukan yang lebih berpengalaman sebaik sahaja bermulanya musim baru nanti. Tambah Mascherano, Insua masih muda dan bukanlah mudah untuk pemain berusia 20 tahun bermain di kesebelasan utama Liverpool dan Mascherano amat gembira dengan rakan sepasukannya itu. Insua bermula sebagai pemain pinjaman dari Boca Juniors pada Januari 2007 sebelum Liverpool menawarkan kontrak tetap kepada beliau pada tahun yang sama. Menurut Macherano, Insua tidak pernah bermain di kesebelasan utama semasa di Argentina dan kehadiran beliau ke Anfield ketika masih muda dan berjaya menempatkan diri di kesebelasan utama Liverpool adalah satu pencapaian yang menakjubkan. Semuanya akan lebih mudah jika Insua pernah bermain di kesebelasan utama di Argentina dan semuanya adalah serba baru sewaktu Insua mula-mula sampai di Anfield dahulu dan setelah 2 tahun di sini, permainan beliau semakin meningkat setelah mendapat peluang bermain di kesebelasan utama.

Insua seperti pernah saya tulis mengenai beliau, adalah merupakan permata dari Argentina milik Liverpool dan saya masih mengikuti perkembangan beliau sehingga sekarang semenjak beliau berpindah ke Anfield pada Januari 2007. Insua saya jangkakan akan menguasai pertahanan kiri Liverpool untuk jangka masa akan datang kerana kita perlu ingat beliau baru berumur 20 tahun dan Hyypia masih mampu lagi bermain ketika umur beliau mencecah 35 tahun. Dengan Aurelio yang semakin menghampiri umur 30 tahun dan masalah kecederaan yang kerap dialami beliau serta Dossena yang masih tidak menemui rentak permainan beliau di Anfield, Insua merupakan satu-satunya pemain harapan yang mampu beraksi dengan mantap di posisi pertahanan kiri Liverpool. Hanya masa yang akan menentukan penyertaan beliau ke dalam skuad kebangsaan Argentina. Dan saya pasti beliau adalah merupakan prospek yang cukup berbakat buat Liverpool dan juga Argentina. Saya berharap Insua kekal bermain dengan Liverpool untuk jangka masa yang lama dan Rafa tidak menjadikan beliau sebagai barang dagangan di pasaran perpindahan pemain nanti. Kepada Insua, jadikan kata-kata semangat dari Mascherano sebagai pembakar semangat untuk maju ke hadapan. Tiada contoh yang lebih baik buat anda selain daripada rakan sepasukan dan juga Kapten Argentina, Javier Mascherano.


YNWA

2 comments:

Firol said...

Insua ni player yang bakal jadi lagenda....muda tapi permainannya makin hari makin maju

beemer said...

jgn juai weh jgn juai ...