Friday, July 17, 2009

Kuyt : Wang Bukan Segala-Galanya

Penyerang/pemain sayap a.k.a Mr Marathon Liverpool dari Belanda, Dirk Kuyt telah mengeluarkan kenyataan dari kem persiapan pra musim skuad The Reds di Switzerland mengenai bakal pencabar terbaru Liga Perdana Inggeris iaitu City a.k.a The Citizens. Pemain Liverpool yang tidak kenal erti penat di tengah padang ini telah menegaskan bahawa perbelanjaan yang mencecah jutaan oleh City pada kali ini tidak sedikit pun menakutkan Liverpool di dalam usaha The Reds mengejar kejuaraan Liga Perdana Inggeris kali ke 19 pada musim depan. Bercakap selepas menjadi kapten pada separuh kedua untuk skuad Liverpool yang seri 0-0 dengan St Gallen, Kuyt melahirkan keyakinan yang skuad The Reds ini mampu menamatkan musim depan di hadapan City. Menurut Kuyt, City mungkin telah membeli beberapa pemain yang bagus tetapi Liverpool telah mempunyai skuad yang mantap serta keserasian yang jitu untuk membolehkan mereka bermain dengan selasa dan yakin di atas padang. Kuyt juga menambah, City tidak akan berhenti berbelanja kerana kewangan pemilik baru mereka dan semua pencabar Liga Perdana Inggeris memerhatikan situasi ini dengan penuh perhatian. Di City ianya seolah-olah setiap hari ada sahaja pemain baru yang dikatakan bakal menyertai skuad The Citizens itu. Kuyt tidak menolak kemungkinan City mampu memecahkan tradisi “4 pasukan teratas” di Liga Perdana Inggeris tetapi ianya bukanlah tugas yang mudah walaupun mereka mempunyai wang dan juga pemain yang baik. Yang pasti keempat-empat pasukan teratas tersebut tidak akan membenarkan City sewenang-wenangnya menguasai Liga Perdana Inggeris. Harus diingat, City juga perlu menghadapi cabaran pasukan-pasukan pertengahan liga yang semakin mantap seperti Everton, Aston Villa dan juga Tottenham. Walau apapun yang dilakukan City pada musim depan, Kuyt yakin Liverpool akan tetap berada di atas mereka pada penghujung musim nanti kerana Liverpool mahu memperbaiki kedudukan dari musim lepas.

Di dalam kesibukan persiapan latihan pra musim Liverpool di Switzerland, Kuyt sempat memberikan pujian kepada satu-satunya pemain yang di bawa masuk oleh Rafa pada musim panas ini iaitu pemain pertahanan, Glen Johnson. Harapan Kuyt walaupun tidak memenangi sebarang trofi pada musim lepas, jika Liverpool masih boleh mengekalkan prestasi musim lepas dan dengan penyertaan Johnson pada musim panas ini, Liverpool mampu membawa kembali trofi kejuaraan Liga Perdana Inggeris ke Anfield. Johnson telah membuktikan bahawa beliau adalah antara pemain terbaik di Liga Perdana Inggeris dan juga skuad kebangsaan England, jika Liverpool membawa pemain sedemikian ke dalam skuad utama, pasti The Reds akan mendapat kualiti yang diperlukan, tambah Kuyt lagi. Apabila bercakap mengenai City, amat mudah kesimpulan yang boleh kita buat, City cuba melakukan perkara sama yang pernah dilakukan Chelsea apabila diambilalih oleh pemilik baru pada satu ketika dahulu. Dengan bahasa yang lebih mudah, mereka mahu membeli kejayaan dengan wang. Walaupun Chelsea mengeluarkan ratusan juta pound untuk membeli pemain, kejayaan yang diperolehi mereka amatlah terhad dan ianya diburukkan lagi dengan pemecatan bekas pengurus mereka, Jose Mourinho. Saya amat pasti City akan menghadapi masalah untuk beraksi di Liga Perdana Inggeris pada musim depan kerana pemain-pemain mereka masih baru dan ianya memerlukan masa untuk membentuk persefahaman antara mereka. Dan pengurus mereka pula Mark Hughes masih belum cukup pengalaman untuk bersaing di peringkat tertinggi sepertimana Rafa dan pengurus-pengurus 4 pasukan teratas yang lain. Wang bukanlah segala-galanya kerana pasukan yang terbaik tidak akan berjaya hanya kerana mempunyai wang yang banyak tanpa disertai oleh faktor-faktor lain seperti pengurus yang baik, peminat yang setia, pengalaman di peringkat tertinggi, semangat juang yang tinggi serta limpahan sejarah yang boleh menjadi inspirasi setiap pemain di dalam pasukan.


YNWA

3 comments:

Firol said...

Ye Setuju 100%....kalau tengok sejarah kelab LIVERPOOL tidak didorong dengan kemewahan langsung...

Proud To Be Kop

CrAyOn said...

THE REDS bukan mata duitan la beb... apakejadahnye suma ni?? hehe

beemer said...

zaman skrg sume nak beli success to make history ... tp bukan senang mcm makan kacang beb ... hehehe!