Wednesday, July 15, 2009

Fowler : Liverpool Tetap Liverpool


Lagenda Liverpool, Robbie Fowler pada hari ini telah melontarkan pendapat peribadi beliau mengenai bekas rakan sepasukan beliau semasa mewakili Liverpool dahulu iaitu Micheal Owen. Fowler berpendapat Owen akan berjaya di Manyoo tetapi beliau tidak mahu Owen menjaringkan terlalu banyak gol pada musim depan kerana ini akan menjejaskan ramalan beliau yang trofi Liga Perdana Inggeris bakal pulang ke Anfield pada musim depan. Fowler yang juga merupakan antara lagenda terbaik yang pernah dilahirkan di Liverpool, telah bermain bersama-sama Owen selama beberapa musim di Anfield. Beliau sekarang meneruskan karier bolasepaknya di Australia dengan mewakili pasukan North Queensland Fury. Fowler yakin penantian selama 20 tahun untuk kejuaraan Liga Perdana Inggeris akan berakhir pada musim depan dengan Pengurus Liverpool, Rafael Renitez bakal merencanakan percaturan untuk merampas kembali trofi tersebut. Fowler telah menegaskan beberapa kali mengenai perkara ini dan beliau yakin tahun depan merupakan tahun yang bakal menjadi milik Liverpool.

Menurut Fowler, pada musim lepas Liverpool mengutip mata tertinggi di sepanjang penglibatan mereka di dalam Liga Perdana Inggeris dan beliau tahu Pengurus Liverpool, Rafael Benitez telah mengenalpasti dimana kelemahan skuadnya. Dan sudah pasti Rafa akan memperbetulkannya kerana beliau merupakan seorang pengurus yang terbaik untuk Liverpool, tambah Fowler lagi. Bukan Fowler seorang sahaja yang meramalkan Liverpool akan memenangi liga pada musim depan disebabkan pencapaian Liverpool pada musim lepas adalah cukup baik. Hanya nasib yang menyelamatkan Manyoo untuk menamatkan musim lepas di hadapan sedikit dari Liverpool, ujar Fowler lagi. Mengulas mengenai apa yang dilakukan Owen, beliau pasti tindakan itu akan mengundang rasa kurang senang sesetengah pihak. Fowler berharap Owen tidak menjaringkan banyak gol untuk Manyoo, kerana jika Owen berjaya menjaringkan gol dengan banyak maka Fowler turut mahukan Torres menjaringkan lebih banyak gol untuk Liverpool. Apabila ditanya adakah beliau akan melakukan apa yang dilakukan Owen (menyertai Manyoo), Fowler menjawab, tidak sama sekali kerana bagi Fowler, beliau merupakan seorang peminat Liverpool dan seorang peminat tidak akan membelakangkan kelab yang diminatinya. Fowler bagaimanapun berkata, Owen berhak untuk membuat sebarang keputusan mengenai karier bolasepaknya dan beliau cukup matang untuk menilai buruk dan baik sesuatu keputusan. Saya tidak mahu bercakap panjang tentang Owen kerana bagi saya Owen sekarang bukan lagi Owen yang kita kenali sewaktu mewakili Liverpool dahulu. Seperti kata Fowler, buruk baik setiap keputusannya harus ditanggung oleh Owen sendiri. Jika Owen masih kekal di Liverpool sehingga sekarang, pastinya status beliau adalah sama dengan Gerrard dan juga Carragher. Namun seperti ungkapan pepatah Melayu, Terlajak Perahu Boleh Diundur, Terlajak Kata Buruk Padahnya.


YNWA

6 comments:

Anonymous said...

FOWLER 9 TRULY LIVERPUDLIANS.....
HIS A LEGENDS FROM ANFIELD...



afiq_trulyREDZ



YNWA

saplo182 said...

yeah.. fowler memang best. aku memang ske ahh fowler. tapi syg mase dulu takde astro dapat tgk kat hlight kt tv2 jer.. mase tu fowler men tampal hidung. kehekh.. YNWA

Firol said...

Ni baru Piau Kop...Lagenda

Owen sikit sebanyak buat peminat kecewa dia ke MU.....

CrAyOn said...

xpa geng.. owen bukan terer pon.. kaki pengkau....hahaha

beemer said...

mmg otai piau punya fowler ... cam bro firol cakap ...
ni la baru leh buat contoh ...
syg lepas injured teruk ...
form dia menurun ...
kalu idak mau 300 bijik score gol utk liverpool ... hehehe!

Cupin n9 said...

Fowler truly Kop Legend.. Aku dah x suka dengan owen sekarang.. Sungguh mengecewakan.. dan aku rasa, dalam hati kecil owen, mesti terselit rasa menyesal..