Tuesday, July 21, 2009

Dossena : Aquilani Sesuai Untuk Liverpool

Pemain antarabangsa Itali dan juga pemain pertahanan kiri Liverpool yang dibeli dari Udinese pada musim lepas, Andrea Dossena mahukan pemain tengah Roma Alberto Aquilani menyertai Liverpool untuk mencuba cabaran baru di Liga Perdana Inggeris. Dossena yang sebelum ini dikaitkan dengan Juventus tetapi kini kelihatan akan kekal di Anfield disebabkan kecederaan jangka panjang yang dialami oleh Fabio Aurelio. Spekulasi yang telah timbul di Itali mengatakan Liverpool kini bersedia untuk membuat bidaan ke atas Aquilani a.k.a “Il Principino” dan membawa beliau ke Anfield. Menurut Dossena, Aquilani masih boleh mempertingkatkan lagi permainan beliau dan perkara tersebut boleh dilakukan dengan lebih pantas di bawah bimbingan Pengurus Liverpool, Rafael Benitez. Pemain seperti Aquilani dengan mudah dapat menyesuaikan diri dengan Liverpool atau kelab-kelab lain. Aquilani telah mengalami kecederaan pada musim lepas dan tidak dapat menunjukkan prestasi permainan terbaik beliau tetapi prestasi sebelum itu telah membuktikan beliau antara pemain terbaik di Serie A, tambah Dossena lagi. Tidak menjadi masalah kepada Aquilani untuk menyesuaikan diri di Liga Perdana Inggeris walaupun permainan di liga ini lebih bercorak kepada pertembungan fizikal.

Rafa merupakan seorang pengurus yang cukup bijak untuk mengatur taktikal pasukan dan beliau mempunyai banyak idea dimana untuk meletakkan Aquilani di dalam kesebelasan utama Liverpool. Spekulasi tersebut juga mengatakan Liverpool bersedia untuk membayar sebanyak 18 juta Euro dan tawaran kontrak selama 5 tahun bernilai 3 juta Euro setiap musim kepada Aquilani. Tidak banyak maklumat saya tahu mengenai Aquilani. Dikhabarkan beliau masih muda, berumur lebih kurang 25 tahun dan boleh mengisi beberapa posisi di bahagian tengah Roma. Pemain yang boleh bermain di banyak posisi amat diperlukan di dalam permainan bolasepak moden sekarang. Kebolehan ini akan memudahkan pengurus dan jurulatih membuat sebarang perubahan jika terdapat kecederaan, pergantungan atau panggilan antarabangsa bagi pemain-pemain skuad utama. Ditambah lagi dengan banyak pertandingan yang disertai oleh sesebuah kelab dengan purata pasukan utama liga bermain melebihi 60 perlawanan setiap musim. Selain mempunyai skuad yang besar, pemain yang boleh mengisi banyak posisi amat berguna di dalam keadaan seperti ini. Di Liverpool, contoh yang paling dekat adalah pemain pertahanan senior Liverpool, Jamie Carragher. Beliau mampu mengisi posisi pertahanan tengah, kanan serta kiri dan ianya telah banyak mendatangkan manfaat kepada Liverpool. Untuk pemain yang amat kurang bermain pada musim lepas kerana kecederaan, harga 18 juta Euro adalah agak tinggi untuk dilaburkan Liverpool. Mungkin jika Rafa berminat untuk mendapatkan beliau, rundingan harus dilakukan dengan Roma kerana terdapat berita yang mengatakan Roma bersedia untuk menjual Aquilani pada harga yang lebih rendah kira-kira 13 juta Euro.


YNWA

3 comments:

Firol said...

Kalau keadaan terpaksa itu mungkin pilihan yang ada...

ALonso jangan pindah.HUtang pada kelab piala EPL belum terlunas..

beemer said...

ada hati jugak city n chel nak amik Alonso ...
ceh muka tak malu ...
sori beb Liverpool takkan jual Alonso kpd musuh EPL ...
kalu nak kuar, terus gi oversea ...
dan Alonso takkan mengkhinati Liverpool dgn menyertai musuh EPL ...
Duit bukan segala-galanya ...

CrAyOn said...

betul..betul..betul... ;p