Tuesday, July 7, 2009

Distin : Satu Lagi Percaturan Rafa?

Pengurus Liverpool, Rafael Benitez meneruskan usaha untuk memperkuatkan kesebelasan utama Liverpool yang di dalam usaha untuk memburu kejuaraan Liga Perdana Inggeris. Usaha terbaru beliau adalah untuk mengadakan rundingan dengan bekas kelab Glen Johnson, Portsmouth bagi mendapatkan pemain tengah mereka Sylvain Distin. Rafa kini mencari pengganti kepada Sami Hyypia yang telah berhijrah ke Bayer Leverkusen di penghujung musim lepas. Dan Distin dilihat mampu untuk mengisi kekosongan tersebut. Setelah berjaya mendapatkan Johnson daripada Portsmouth, Rafa kini bersedia untuk menawarkan cabaran baru kepada Distin di dalam skuad yang akan mencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris pada musim depan. Mengikut desas-desus yang diterima, Liverpool telah bersedia untuk menawarkan 2 juta Euro kepada Pompey perpindahan Distin ke Anfield. Pemain tengah Pompey ini telah berada di Fratton Park dari 2007 lagi dan telah membuat 74 penampilan buat mereka. Keadaan di Pompey pula diselubungi oleh berita pengambilalihan kelab oleh pemilik baru dan perkara ini jelas meletakkan aktiviti perpindahan mereka di dalam keadaan yang tidak menentu.

Jika Liverpool berjaya mendapatkan Distin maka ianya merupakan satu pelaburan yang agak baik, memandangkan kita memerlukan pemain sokongan untuk posisi pertahanan tengah Liverpool. Walaupun kita telah memiliki Carragher, Skrtel dan Agger, namun pemain pertahanan tengah keempat diperlukan oleh Liverpool jika terdapat masalah kecederaan, pergantungan dan juga panggilan untuk mewakili negara di peringkat antarabangsa. 2 juta Euro merupakan nilai pelaburan yang agak baik untuk pemain seperti Distin. Dan dengan pengalaman luas beliau di Liga Perdana Inggeris, tidak rugi untuk mendapatkan beliau bagi memantapkan lagi kesebelasan utama Liverpool. Mungkin Distin bukanlah pemain bertaraf bintang tetapi harus diingat bukan semua pemain bintang berjaya di Liga Perdana Inggeris!


YNWA

3 comments:

Firol said...

Kalau beli pun kira ok..ada backup... yang buat tertanya sape bahagian serangan musim ni?...

Kena ada penyerang ni.........

CrAyOn said...

distin men pon ok tapi kalo dapat beli messi kan best... :p

beemer said...

good addition to the squad ...
messi? tuko dgn mascherano ok dak? hehehe! welkam crayon ...