Saturday, July 25, 2009

Degen : Mencuba Yang Terbaik

Seorang pemain The Reds yang hampir dilupakan oleh para peminat, Philipp Degen telah menegaskan bahawa beliau akan membuktikan yang beliau layak untuk menyarung jersi Liverpool pada musim yang akan datang nanti. Pemain pertahanan skuad kebangsaan Switzerland yang melalui musim sulung beliau dengan dihantui kecederaan yang telah menghalang beliau daripada menempatkan diri di kesebelasan utama Liverpool. Tetapi dengan penyertaan beliau di dalam perlawanan pra musim Liverpool pada kali ini, Degen yakin beliau akan mempunyai masa depan yang lebih cerah di Anfield. Menurut Degen, apa yang berlaku pada musim lepas amatlah menyedihkan buat beliau dan melupakan perkara tersebut adalah antara agenda utama Degen pada musim baru nanti. Degen telah berlatih dengan lebih gigih ketika cuti musim panas lalu dan beliau berasa telah bersedia untuk beraksi yang lebih mantap. Walaupun masih belum mencapai tahap kecerdasan 100%, Degen mengakui tahap kecergasannya semakin meningkat hari demi hari. Bagi Degen, musim baru akan bermula dan ianya merupakan satu permulaan yang baru buat beliau di Anfield. Degen tidak pernah mengalami kecederaan seperti di sepanjang musim lalu di dalam penglibatan beliau dengan bolasepak. Bagi Degen, apabila datang ke kelab baru, apa yang beliau mahukan adalah membuktikan kemampuan beliau di atas padang dan ianya amat menyedihkan kerana itu tidak berlaku pada musim lepas. Beliau dihantui oleh kecederaan demi kecederaan dan beliau tahu para peminat pasti menganggap beliau sebagai seorang pemain yang mudah cedera. Namun ianya tidak benar sama sekali dan Degen akan membuktikannya pada musim baru nanti. Degen ketibaan Glen Johnson di Liverpool, Degen tahu bukan mudah untuk beliau bersaing untuk menempatkan diri di kesebelasan utama. Begitulah keadaanya jika anda bermain bolasepak di kelab ternama seperti Liverpool dan ianya perlu anda terima jika menjadi pemain terbaik, tambah Degen lagi. Walau apa pun yang berlaku di Anfield, yang paling penting bagi Degen ialah mempamerkan persembahan terbaik beliau pada musim ini tanpa dihantui lagi oleh kecederaan demi kecederaan lagi.

Pemain yang hampir tenggelam di dalam “kapal” yang dikemudi oleh Rafael Benitez. Kegagalan beliau memberikan cabaran kepada Arbeloa menyebabkan posisi pertahanan kanan Liverpool pada musim lepas tidak begitu kompetatif. Ini menyebabkan ada kalanya kita dapat melihat posisi tersebut bagaikan lubuk yang menjadi sasaran serangan pemain lawan. Saya masih percaya kita memerlukan sekurang-kurangnya 2 pemain untuk setiap posisi bagi membentuk pasukan yang mantap di Liga Perdana Inggeris. Mungkin ada di antara peminat yang telah hilang kepercayaan kepada Degen, namun kata putus adalah milik Rafa. Saya juga agak meragui keupayaan Degen kerana peluang untuk melihat beliau beraksi amat terhad akibat kecederaan yang dialami beliau. Namun sebagai pemain yang mempunyai kontrak profesional dengan Liverpool, Degen harus membuktikan beliau layak memakai jersi merah Liverpool. Sama-sama kita saksikan perkembangan pemain ini pada musim baru nanti.


YNWA

3 comments:

Firol said...

tengok dulu kemampuan mamat ni...
Alonso kena pujuk dgn fans Thailand & singapore jangan pindah..

kawan tu dah serba salah...

CrAyOn said...

yeke firol?? wakaka....

beemer said...

kalu ada yg nak beli .. jual aja degen ... tp kalu takdak ... baik buat backup ... alonso tetap milik liverpool!!