Wednesday, July 22, 2009

Carragher : Kemarau Akan Berakhir

Di dalam kesibukan menyertai kunjungan Liverpool ke Asia, pemain pertahanan senior Liverpool, Jamie Carragher sempat melontarkan pandangan beliau mengenai cabaran The Reds di Liga Perdana Inggeris di musim yang akan datang. Carra percaya Liverpool hanya memerlukan beberapa perubahan kecil pada musim panas ini untuk merampas kembali kejuaraan Liga Perdana Inggeris. Berdasarkan rekod, Liverpool sudah 19 tahun gelaran liga terakhir pulang ke Anfield. Namun dengan kutipan mata tertinggi musim lepas dengan 86 mata semenjak Liga Perdana Inggeris diperkenalkan pada tahun 1992. Bercakap di sidang akhbar di Bangkok sempena kunjungan Liverpool ke Asia, Carra menegaskan mereka telah melalui musim yang cukup baik pada musim lepas dan apa yang diperlukan hanyalah beberapa perubahan kecil untuk memantapkan lagi skuad The Reds ini. Menurut Carra, Liverpool telah memberikan cabaran sengit kepada juara liga musim lepas dan juga kepada Chelsea, musim depan juga akan menyaksikan City turut bersaing dan skuad senapang juga akan memberikan cabaran. Tidak lupa kepada Tottenham, Everton dan juga Villa yang cuba memecahkan monopoli 4 pasukan terbaik Liga Perdana Inggeris.

Carra berharap persiapan pra musim pada kali ini akan sedikit sebanyak membantu Liverpool untuk memulakan musim depan dengan baik semasa menentang Tottenham di perlawanan pembukaan Liga Perdana Inggeris musim akan datang nanti. Carra seperti yang kita sedia maklum merupakan pemain kesebelasan utama yang turun di semua perlawanan Liga Perdana Inggeris dan juga eropah untuk Liverpool. Sungguh yakin nampaknya nada yang dikeluarkan oleh pemain pertahanan senior The Reds ini. Carra seperti juga Gerrard, amat impikan Liga Perdana Inggeris dibawa pulang kembali ke Anfield sebelum mereka bersara dari bolasepak. Begitulah juga harapan para peminat The Reds di seluruh dunia, sudah lama trofi tersebut tidak singgah di rak koleksi piala yang dimiliki Liverpool. Namun pada pendapat saya, kita masih perlu berhati-hati di dalam menaruh sebarang harapan di musim baru nanti. Kekalkan pemain seperti Alonso dan Mascherano demi untuk menjamin kestabilan kesebelasan utama Liverpool. Rafa juga perlu mencari formula untuk memastikan Liverpool lebih konsisten pada musim depan walaupun ada peningkatan ketara pada musim lepas. Jadikan Anfield sebagai kubu yang utuh dan pasukan yang datang dengan tujuan untuk bertahan (bukan bermain bolasepak) akan menerima padahnya nanti. Dan yang paling penting, kita akan membuat perhitungan dengan musuh ketat manyoo untuk menentukan pasukan mana yang lebih layak untuk merangkul kejuaraan ke 19 dan seterusnya menjadi pasukan terbaik di England!


YNWA

3 comments:

Firol said...

penyokong di belakang player.....YNWA...

beemer said...

Harap-harap masin la mulut Carra ... hehehe!

CrAyOn said...

kalo dapat juara tahun ni malaysia cuti 1 ari.. hehehe