Tuesday, March 2, 2010

Skrtel : Cuti Dua Bulan

Berita kurang enak buat peminat-peminat Liverpool telah disahkan di laman web rasmi liverpoolfc.tv. Pemain pertahanan tengah daripada Slovakia, Martin Skrtel telah dilaporkan akan berehat selama dua bulan akibat kecederaan yang dialami beliau ketika menentang Unirea di Liga Europa minggu lepas. Walaupun tidak memerlukan pembedahan ke atas kecederaan yang dialami Skrtel, beliau kini hanya mampu beraksi seawal-awalnya pada bulan Mei nanti. Jika beliau sembuh tepat pada masanya maka beliau mungkin sempat beraksi untuk beberapa perlawanan akhir musim Liverpool pada bulan Mei nanti. Keputusan x-ray yang diperolehi daripada pihak hospital telah mengesahkan bahawa pemain pertahanan Liverpool ini telah mengalami kecederaan metatarsal di kaki kanannya. Nampaknya agak serius juga kesan daripada kecederaan Skrtel ini kerana Agger turut disahkan mengalami kecederaan lutut ketika menentang pasukan bakarhitam sebelum ini. Diharapkan kecederaan Agger tidak terlalu serius seperti Skrtel yang memerlukan rehat agak panjang. Kelibat Johnson juga masih tidak kelihatan untuk beraksi di kesebelasan utama. Sedikit berita gembira untuk peminat-peminat Liverpool dimana pemain pertahanan Greek, Kyrgiakos akan kembali ke kesebelasan utama setelah menamatkan penggantungan tiga perlawanan yang diterima beliau sebelum ini.


YNWA

No comments: