Saturday, March 6, 2010

Kjaer : The Reds Pilihan Utama

Pemain pertahanan antarabangsa Denmark dan juga kelab Serie A Palermo, Simon Kjaer telah menyatakan minat beliau untuk berpindah ke Liverpool jika diberikan peluang untuk berbuat sedemikian. Sebab utama beliau selain daripada sebagai seorang peminat Liverpool itu sendiri, Kjaer juga mahu bergandingan dengan rakan sepasukan beliau di dalam skuad antarabangsa Denmark, Daniel Agger. Kjaer yang baru berusia 20 tahun kini telah bersedia untuk meninggalkan Palermo pada musim panas ini walaupun kelab Itali tersebut masih mahu mengekalkan khidmat beliau. Kjaer memang dikatakan amat berminat dengan liga perdana inggeris dan destinasi utama pilihan beliau adalah Anfield. Namun menurut Kjaer beliau akan menyelesaikan permasalahan mengenai masa depan beliau sebelum beliau berangkat untuk beraksi di Piala Dunia Afrika Selatan pada musim panas nanti. Kjaer kini telah bersedia untuk menimba pengalaman dan cabaran di tempat baru dengan kelab yang bakal beliau sertai nanti haruslah sebuah kelab yang terbaik. Kjaer berpendapat, corak permainan fizikal yang sinonim dengan liga perdana inggeris cukup sesuai dengan beliau dan ianya akan bertambah baik jika diberi peluang untuk bergandingan dengan Agger. Nampaknya jika Liverpool berhajat untuk mendapatkan pemain muda Denmark ini maka terpaksalah bersaing dengan mengyu yang juga bercita-cita untuk mendapatkan pemain terbabit. Tetatpi sedikit kelebihan berada pada pihak Liverpool kerana Kjaer adalah peminat Liverpool dan beliau juga mahu bergandingan dengan Agger. Persoalannnya adalah mampukah Liverpool membayar yuran perpindahan (yang saya pasti tidak masuk akal) yang bakal diminta oleh Palermo?


YNWA

No comments: