Monday, March 8, 2010

Riera : Sisih Atau Cedera?

Pening bila membaca berita di media dan juga internet. Pening kerana cukup mudah untuk pihak-pihak media membuat sesuatu kesimpulan apabila ianya membabitkan pasukan Liverpool. Terbaru mereka menyatakan pemain sayap Sepanyol Albert Riera kini bakal dijual pada musim panas nanti apabila beliau dikatakan tidak diketepikan daripada kesebelasan utama Liverpool setelah kembali pulih daripada kecederaan. Mereka juga menyatakan Rafa mahukan modal dari penjualan Riera untuk membeli pemain baru nanti. Setahu saya sebagai peminat Liverpool, Riera hanya bermain di beberapa sahaja perlawanan Liverpool pada musim ini dan nasib beliau tidak cukup baik pada musim ini kerana dihantui oleh kecederaan hamstring yang membawa kepada rehat selama enam minggu. Saya akui persembahan beliau tidak sebaik musim lepas namun untuk melepaskan Riera tanpa mahu memberi peluang kepada beliau untuk membuktikan kemampuan adalah satu langkah yang tidak cukup bijak. Kita semua tahu Riera adalah pemain sayap kiri yang cukup berbakat untuk Liverpool sehingglah kecederaan menganggu prestasi beliau. Bukan mudah untuk bangkit daripada kesan kecederaan jangka panjang umpama minum cendol di tepi jalan. Walaupun Rafa telah mendapatkan khidmat Maxi Rodriguez pada Januari lepas dan prestasi Babel semakin meningkat (masih belum cukup baik buat saya), masih ada lagi pemain lain yang prestasinya hanyalah sekadar cukup makan (anda tahu siapa yang saya maksudkan) dan boleh dijual lebih awal pada musim panas ini. Walaupun apa spekulasi di media, Riera perlu diberi peluang untuk bersaing di kesebelasan utama atau Rafa kini mahukan beliau memperbaiki kecergasannya sebelum dibenarkan bermain semula. Selain daripada itu, Riera juga tidak dipanggil untuk menyertai skuad antarabangsa Sepanyol ketika menentang Perancis pada pertengahan minggu lepas.


YNWA

6 comments:

Amirul Idham said...

betul...
melepaskan riera bkn satu keputusan yg bijak...

riera seorang pemain yg bagus...
kalau dijual, belum tentu dpt pemain yg sebagus die...

maxi?
belum nampak taring dia lagipun dia wing kanan. bila letak maxi belah kiri, dia langsung tak berfungsi..

RABUN said...

satu kerugian..tapi apasal Liverpool terlalu ramai playernyer injured jer memanjang ehhh?

beemer said...

amirul ..
mcm2 yg diaorg tulis psl riera ..
takdak apa2 kenyataan from rafa ..
rasanya mungkin nak riera betul2 match fit sblm turun main semula ..
mana tau 2-3 game bleh tgk mamat ni main balik di sayap kiri ..

beemer said...

bro indra ..
wa rasa player liverpool byk bela sesumpah kot ..
luck mmg takdak langsung dgn injury season ni ..
lebih teruk dari season lepas ..
risau jugak dgn season depan sbb br abis world cup tuh ...

Anonymous said...

Chelsea's Joe Cole might be released on free transfer from The Bridge this summer..perhaps Rafa should consider him since I read that SAF -MU and Mancini-City are eyeing him. Considering free transfer, why not eh?

beemer said...

anoy ..
yup, joe cole is free ..
but the salary demand is too excessive ..
rumours heard he asked between 120 - 130K ..