Thursday, November 5, 2009

UCL : Sukar Tetapi Tidak Mustahil


Jika dilihat peluang Liverpool untuk melangkah ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara Eropah semakin sukar apabila keputusan seri 1-1 awal pagi dengan Lyon di Stade de Gerland. Namun keputusan seri tersebut masih memberikan sedikit ruang untuk Liverpool layak ke pusingan kalah mati nanti. Jika menang dengan Lyon semalam maka peluang untuk bersaing akan lebih terbuka. Namun dengan masalah kecederaan pemain-pemain utama yang melanda Liverpool, keputusan seri tersebut adalah lebih baik daripada kalah kepada Lyon dan menutup terus peluang untuk memberikan saingan kepada Lyon dan Fiorentina di dalam kumpulan E Liga Juara-Juara Eropah. Faktor nasib dan juga usaha para pemain-pemain Liverpool selepas ini akan menjadi penentu samada Liverpool mampu mara atau sebaliknya. Nasib kerana Liverpool memerlukan pertolongan Lyon untuk menyekat Fiorentina daripada menang di dalam perlawanan kelima peringkat kumpulan di dalam masa 3 minggu lagi. Manakala Liverpool perlu menang ke atas Debrecen di tempat lawan. Jika Lyon berjaya menyekat Fiorentina maka kita akan menyaksikan satu lagi perlawanan epik peringkat Eropah di antara Liverpool dan Fiorentina yang bakal dilangsungkan di Anfield pada 9 Disember nanti.

Pengurus Lyon, Claude Puel telah berjanji untuk menurunkan barisan terbaik beliau semasa menentang Fiorentina di Itali nanti. Tujuan Puel berbuat sedemikian adalah untuk menguasai tangga teratas kumpulan E dan seterusnya mengelak daripada bertemu dengan gergasi-gergasi bolasepak Eropah di peringkat kalah mati nanti. Puel tidak lagi mahu kejadian seperti musim lepas berulang dimana Lyon terpaksa berdepan dengan Barcelona pada peringkat kalah mati dan pulang awal daripada Liga Juara-Juara Eropah. Jika Lyon kalah kepada Fiorentina maka mereka akan berdepan dengan kemungkinan menjadi naib johan kumpulan E dan berdasarkan pengalaman lalu, Puel pasti tidak mahu keadaan tersebut berulang. Lyon mungkin mampu kalah di dalam perlawanan dengan Fiorentina ini dan menang di dalam perlawanan dengan Debrecen selepas itu, namun Puel mahu skuadnya menjadi juara kumpulan E seawal yang boleh bagi membolehkan beliau merehatkan pemain-pemain utamanya. Harus diingat, jika Fiorentina menang, mereka pasti mahu mengintai peluang untuk menjadi juara kumpulan E dan berdepan dengan Liverpool yang mungkin menurunkan pemain simpanan (jika sudah tiada harapan untuk layak ke peringkat kalah mati) pasti akan memberikan kelebihan buat mereka. Jika Lyon seri dengan Fiorentina maka Liverpool perlu menang dengan kelebihan 3 jaringan ke atas Fiorentina (berdasarkan rekod head to head) di dalam perlawanan epik peringkat Eropah di Anfield nanti. Apa sahaja percaturan yang dibuat, Liverpool perlu menang dengan Debrecen di tempat lawan, sebarang keputusan selain daripada kemenangan pasti akan menguburkan terus harapan Liverpool untuk layak ke peringkat kalah mati.

Jika benar begini percaturan yang akan dilakukan Puel, maka Liverpool mempunyai sebab untuk terus berjuang di Liga Juara-Juara Eropah. Seperti kata pemain pertahanan tengah Liverpool, Jamie Carragher, kami masih belum terkeluar dari saingan Liga Juara-Juara Eropah dan kami akan berjuang berhabis-habisan untuk memastikan kemaraan ke peringkat berikutnya. Bagi pengurus Liverpool, Rafa Benitez, beliau sedar keadaan Liverpool adalah sukar sekarang namun sekarang bukan masanya untuk mengalah dan kita perlu memanfaatkan sebarang peluang yang terhidang untuk layak ke peringkat berikutnya. Pada pendapat saya, dengan setiap pasukan di dalam kumpulan E mempunyai agenda tersendiri, pertarungan untuk merebut tempat ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara Eropah belum berakhir. Saya sedar mungkin faktor nasib tidak digemari oleh sesetengah rakan peminat lebih-lebih lagi kita perlu mengharapkan bantuan Lyon. Namun bagi saya, jika terdapat 0.1% peluang untuk Liverpool layak ke peringkat kalah mati, saya pasti tidak membiarkan pasukan kita ini mengalah sebelum turun bertarung di atas padang. Misi kita memang amat sukar namun ianya tidak mustahil dilakukan. Berjuang habis-habisan dahulu sebelum gugur di medan peperangan. Perlu diingatkan, Liverpool juga akan diperkuatkan kembali dengan pemain-pemain utama yang akan kembali pulih daripada kecederaan dan seterusnya akan memantapkan kembali kesebelasan utama pasukan. Berikut adalah congakan mengenai kedudukan Liverpool di peringkat kumpulan E Liga Juara-Juara Eropah jika mahu layak ke peringkat kalah mati (Liverpool MESTI menang ke atas Debrecen) :

Liverpool menewaskan Debrecen dan Fiorentina menewaskan Lyon : Liverpool terkeluar dari saingan.

Liverpool menewaskan Debrecen dan Fiorentina seri dengan Lyon : Liverpool perlu menang dengan kelebihan 3 jaringan ke atas Fiorentina di dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan.

Liverpool menewaskan Debrecen dan Fiorentina kalah kepada Lyon : Liverpool hanya perlu merakamkan sebarang kemenangan ke atas Fiorentina di dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan.


YNWA

7 comments:

Firol said...

masih ada harapan walau senipis kulit bawang..cuba lagi red...

penyokong tetap dibelakang

bulussan said...

masih ade peluang walaupun tipis
aku setia di belakang Liverpool
lagi² di kala 'mendung berarak awan kelabu' kat Anfield

keep the faith
YWNA

Anonymous said...

kepada peminat2 liverpool yang sejati
liverpool pasti berjaya

kepada peminat2 yang sudah berputus asa
lupakan liverpool
anda bukan peminat sejati
kami malu mempunyai peminat seperti anda

Anonymous said...

Kami bukan berputus asa. Kami tetap dengan Liverpool. Kami dah sokong Liverpool berpuluh2 tahun. Dari Bob Paisley, Fagan, Dalglish, Souness, Evans, Houllier sampai ke Benitez.

Liverpool kekal. Pengurus boleh bertukar. sepertimana pengurus2 terdahulu. Benitez tidak terkecuali. Bila sudah kekeringan idea dan Liverpool tak ke mana, perlu dibuat perubahan.

Kita tak boleh mempunyai peminat seperti Anon 2.10 yang mebuat komen tetapi tak mebawa fakta. Liverpool hancur dengan peminat semacam ini. Liverpool tak memerlukan peminat seperti anda.

RABUN said...

rileks ah liverpool sekaliaan ... kita teruskan ajer sokongan..apa yang keluar adalah pendapat ikhlas, semua org bebas berkata kata... tapi sokong tetap sokong...YNWA!yehaaa

Anonymous said...

Setuju dgn Indra Qirana..Kita semua tetap sokong Liverpool walaupun mungkin berbeza perspektif.

z i z o u said...

playrs come & go
but club stay!!

ini macam crita parti politik!
ntah apa nk buat if we'r out from
CL and play in 2nd class!