
Betapa beruntungnya Liverpool memiliki penyerang yang cukup berbisa ini dan selain daripada itu cukup komited dengan pasukan. Dua musim bersama-sama Liverpool dengan jaringan gol bertali arus telah menyebabkan Torres menarik minat perhatian kelab-kelab lain untuk cuba mendapatkan khidmat beliau. Namun ianya ditolak mentah-mentah oleh Liverpool dan Torres sendiri mahu berada di Liverpool untuk membantu kelab ini mencapai lebih banyak kejayaan. Komitmen Torres untuk membantu Liverpool terbukti apabila beliau mengenepikan kesakitan untuk beraksi di atas padang bersama-sama rakan-rakan yang lain. Jika Liverpool mempunyai banyak pilihan, pasti Torres akan diberikan rehat secukupnya tetapi dengan keadaan sekarang dimana ramai pemain-pemain utama yang lain seperti Steven Gerrard dan Glen Johnson yang cedera, Liverpool terpaksa menggantung harapan kepada Torres. Berita terbaru yang diterima, Torres kini berada di Valencia, Sepanyol untuk mendapatkan rawatan ke atas kecederaan beliau. Torres akan bertemu doktor pakar yang menjadi rujukan beliau di sana iaitu Dr Ramon Cugat. Dr Cugat yang banyak merawat Torres di sepanjang karier bolasepaknya akan membuat ujian dan memberikan pandangan kepada Liverpool mengenai kecederaan Torres. Usaha ini adalah untuk memastikan kecederaan Torres itu tidak perlu menjalani pembedahan yang seterusnya akan menyebabkan beliau tidak dapat beraksi dengan lebih lama. Torres ditemani oleh Dr Mark Waller (doktor kelab) semasa berada di Valencia. Saya berharap kecederaan Torres ini akan pulih agar segala usaha dan pengorbanan yang dilakukan oleh penyerang Sepanyol ini tidak sia-sia.
P.S : Berita terbaru diterima menyatakan Torres tidak memerlukan pembedahan ke atas kecederaan beliau tetapi perlu menjalani rawatan selama 3 minggu untuk pulih.
YNWA
3 comments:
YNWA!!!
alhamdulilahhh nasib baik tak perlu bedah..risau betul aku...
klau kite x menang pe2 piala tahun ni ak rase torres akan chow gak...
rugi btol klau kite kehilangan die..
cam hilang xabi gak.....
~~WALK ON~~
YNWA
afiq_trulyREDZ
Post a Comment