Tuesday, November 24, 2009

UCL : Lawan Tetap Lawan


Perlawanan menentang Debrecen pada awal pagi nanti akan menentukan hidup mati The Reds di dalam Liga Juara-Juara Eropah pada musim ini. Peluang Liverpool bergantung kepada keputusan perlawanan Lyon dengan Fiorentina di Itali. Liverpool perlu menang ke atas Debrecen dan berharap Lyon akan menghalang Fiorentina daripada menang pada pertemuan mereka. Lyon perlu menang atau seri dengan Fiorentina untuk mengukuhkan peluang mereka untuk menjadi juara kumpulan E. Kurang enak senario yang yang bakal kita hadapi. Namun itulah hakikat yang harus ditempuhi oleh Liverpool. Walaupun peluang Liverpool pada awal pagi nanti agak tipis, ianya bukan satu alasan untuk mengambil mudah pertemuan dengan Debrecen ini. Kita perlu menang dan jika nasib menyebelahi Liverpool, peluang untuk menentukan siapa layak ke pusingan seterusnya akan ditentukan di Anfield pada 9 Disember nanti. Liverpool berkunjung ke Stadium Ferenc Puskas Hungary, gelanggang utama pasukan Debrecen. Penyerang utama Fernando Torres serta pemain sayap Ryan Babel dan Albert Riera tidak akan menyertai skuad utama Liverpool pada kali ini kerana masih mengalami kecederaan. Di atas kertas, tugas Liverpool kelihatan agak mudah kerana Debrecen ini merupakan pasukan belasahan kumpulan E Liga Juara-Juara Eropah. Tetapi kita harus ingat, mereka bermain di gelanggang mereka sendiri dan Liverpool sendiri hanya menang 1-0 dengan Debrecen di Anfield pada perlawanan sebelum ini. Sat fakta yang harus diambilkira oleh Liverpool adalah Debrecen walaupun tewas kedua-dua perlawanan dengan Fiorentina namun mereka masih mampu menjaringkan lima gol. Dengan barisan pertahanan yang agak longgar semenjak kebelakangan ini, Jamie Carragher dan rakan-rakannya perlu bekerja dengan lebih keras pada malam ini. Layak atau tidak Liverpool pada awal pagi ini, sama-sama kita berikan sokongan kepada The Reds. Bagi saya, Liverpool perlu fokus untuk menyelesaikan tugas di Hungary terlebih dahulu sebelum boleh berfikir mengenai peluang untuk layak ke peringkat seterusnya. Jangan sesekali mengambil mudah Debrecen kerana mereka mampu mengecewakan Liverpool di tempat mereka sendiri. Berikut adalah kemungkinan barisan pemain Liverpool yang bakal diturunkan oleh Rafa Benitez pada perlawanan awal pagi nanti :

Formasi : 4-2-3-1

Barisan Kemungkinan :

RIENA

JOHNSON AGGER CARRAGHER INSUA

AQUILANI MASCHERANO

BENAYOUN GERRARD AURELIO

KUYT


Keputusan : 2-0 kemenangan kepada Liverpool. Gol dijaringkan oleh Gerrard dan Kuyt.

Perlawanan akan disiarkan secara langsung di Astro Star Sport Rangkaian 813

25/11/09 Jam 0340 Pagi


YNWA

5 comments:

Firol said...

repeat masa lawan olympiakos dulu ingat?...

harap tahun ni thrill jugak..nak tengok pemain liverpool main mati-mati masa ni lah

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

yup...
kalau kite layak kalah mati...
kite akan pergi jauh...
lihat kite tahun 2005...
susah di peringkat kumpulan...
mcm skang nie...
lepas je trus menang piala...
harap sejarah berulang...

Anonymous said...

Lupakan saja harapan tu, memang tak layak pun. Memang kecewa benar dengan kegagalan Liverpool untuk layak ke peringkat seterusnya.

SAmpai masanya LIverpool memecat Benitez. Beliau tidak ada apa-apa yang istimewa lagi. Lawan Debrecen pun, Liverpool tak meyakinkan. Menang 1-0 saja.

Lagi lama Benitez kekal, lagi cepat Liverpool hancur.

Selamatkan Liverpool, bukan selamatkan Benitez.

Anonymous said...

Saya sokong. Masalah sebenar LFC adalah Rafa. Masalah-masalah lain juga manyumbang kepada kekalutan tetapi punca utama ialah Rafa.

Amat sedih sekali dengan situasi yang dihadapi oleh LFC.

ijat said...

ya..jom kita amik manager bru..

jap..bleh pasti ke manager baru akan bawa trofi bpl ke anfield..

x..manager bru akan bwk 5 trofi ke anfield..ya itu yg diyakinkan dlm comment di atas..

ya kite pcat rafa n kite amik org diatas utk jd manager..sbb die thu everything..

rafa mnghancurkn liverpool..

rafa yg tackle player kita smpai injured..

rafa ke yg jual babi alonso..

rafa ke yg manage akaun kelab

rafa ke owner kelab..

rafa ke fisio..

rafa ke yg men bola dlm starting 11 smpai klh..

rafa yg x bg kalo liv nk bli pmain yg bgus tp x dpt..

rafa ke yg organized jadual antarabgsa fifa..

rafa ke refree utk beach ball..

rafa ke yg rugikan klab kita smpai stadium stanley park x mula bina lg..

ya kalo ini sume salah rafa mri kita blame die 100% dan pecat die...

mari2..kita amik spe manager baru..??

dollah salleh..rajagobal kot..irfan bakti r..

ke mancini..ade pngalamn dlm bpl ke..??

ke juande ramos..bwk hotspur nk jtuh divisyen..

haha..mourinho..yap pnglaman dlm bpl..prnh jd juara ngan chlsea..tp fikir blik..fulus avramovich bnyk..
spe pemain asl chlsea yg mng piala trsbt..terry..lampard..eiikk..??2 org je..mna hsslebaink..??mna gallas..mna gronkjaer..mna mutu..mna veron..mna makelele..mna crespo..mna gudjohnsen..mna babayaro..mna cudicini..mna ambrosio..

ntah..??x taw..yg penting kna pcat rafa jugak..

nk manager baru jugak..

nk jugak..nk jugak..

ya..manager baru membawa sinar dalam kelab liverpool..

rafa salah 100%..bukan player bukan owner..

-YNWA-