Saturday, March 6, 2010

Kjaer : The Reds Pilihan Utama

Pemain pertahanan antarabangsa Denmark dan juga kelab Serie A Palermo, Simon Kjaer telah menyatakan minat beliau untuk berpindah ke Liverpool jika diberikan peluang untuk berbuat sedemikian. Sebab utama beliau selain daripada sebagai seorang peminat Liverpool itu sendiri, Kjaer juga mahu bergandingan dengan rakan sepasukan beliau di dalam skuad antarabangsa Denmark, Daniel Agger. Kjaer yang baru berusia 20 tahun kini telah bersedia untuk meninggalkan Palermo pada musim panas ini walaupun kelab Itali tersebut masih mahu mengekalkan khidmat beliau. Kjaer memang dikatakan amat berminat dengan liga perdana inggeris dan destinasi utama pilihan beliau adalah Anfield. Namun menurut Kjaer beliau akan menyelesaikan permasalahan mengenai masa depan beliau sebelum beliau berangkat untuk beraksi di Piala Dunia Afrika Selatan pada musim panas nanti. Kjaer kini telah bersedia untuk menimba pengalaman dan cabaran di tempat baru dengan kelab yang bakal beliau sertai nanti haruslah sebuah kelab yang terbaik. Kjaer berpendapat, corak permainan fizikal yang sinonim dengan liga perdana inggeris cukup sesuai dengan beliau dan ianya akan bertambah baik jika diberi peluang untuk bergandingan dengan Agger. Nampaknya jika Liverpool berhajat untuk mendapatkan pemain muda Denmark ini maka terpaksalah bersaing dengan mengyu yang juga bercita-cita untuk mendapatkan pemain terbabit. Tetatpi sedikit kelebihan berada pada pihak Liverpool kerana Kjaer adalah peminat Liverpool dan beliau juga mahu bergandingan dengan Agger. Persoalannnya adalah mampukah Liverpool membayar yuran perpindahan (yang saya pasti tidak masuk akal) yang bakal diminta oleh Palermo?


YNWA

Friday, March 5, 2010

Aurelio : Malang Bertimpa

Krisis kecederaan pemain pertahanan The Reds semakin serius dengan berita terbaru dari Anfield menyatakan pemain pertahanan dari Brazil Fabio Aurelio akan diketepikan selama tiga minggu kerana mengalami kecederaan semasa menentang pasukan bakarhitam pada hujung minggu lepas. Menurut pengurus Rafa Benitez, nasib Aurelio sungguh malang pada musim ini kerana tidak putus ditimpa kecederaan. Semuannya bermula pada musim panas yang lepas dimana beliau mengalami kecederaan akibat kemalangan di kampung halamannya ketika bersama-sama keluarga dan keadaan ini berterusan dengan hampir setiap bulan selepas itu, ada sahaja kecederaan yang menimpa beliau, tambah Rafa lagi. Bagi Rafa, amat merugikan apabila Liverpool kehilangan seorang pemain yang baik seperti Aurelio kerana jika cedera, Liverpool tidak dapat menurunkan beliau di kesebelasan utama walaupun Liverpool mahukan beliau bermain. Kecederaan kepada pemain-pemain pertahanan yang semakin serius ini telah memberikan tekanan kepada Rafa Benitez. Kini Johnson, Skrtel, Agger dan Aurelio telah berada di dalam senarai kecederaan terbaru Liverpool. Mungkin telah tiba masanya Rafa memberi peluang kepada pemain-pemain muda sepeti Kelly, Darby dan Ayala bermain di kesebelasan utama bagi mengatasi masalah di bahagian pertahanan. Menggunakan Mascherano di bahagian pertahanan memang satu langkah sementara yang baik tetapi sedikit kerugian buat Liverpool kerana peranan beliau lebih efektif apabila diletakkan di bahagian tengah Liverpool. Mascherano diperlukan di bahagian tengah Liverpool bagi memusnahkan gerakan pasukan lawan ketika mereka mahu melakukan serangan ke atas Liverpool.


YNWA

Thursday, March 4, 2010

Reina : Setuju Kontrak Baru

Maka leburlah cita-cita Mafia jambatan runtuh untuk menyamun penjaga gol Liverpool Pepe Reina kerana mereka sendiri semakin tidak yakin dengan penjaga gol mereka sendiri. Desas desus tersebut yang timbul beberapa hari yang lepas nampaknya telah sampai kepada titik noktahnya apabila Pepe Reina telah memberi persetujuan untuk menyambung kontrak dengan Liverpool selama lima tahun tahun lagi. Kontrak baru Reina dilaporkan bernilai 90 ribu pound seminggu dan ini merupakan satu kejayaan lagi buat pengurus Rafa Benitez yang telah berusaha untuk memastikan pemain-pemain utama beliau kekal di Anfield untuk tempoh yang lebih lama. Jika dilihat daripada persembahan beliau di sepanjang kariernya di Anfield, Reina telah banyak menyelamatkan Liverpool dengan persembahan yang menakjubkan di gawang The Reds, terbaru beliau menyelamatkan percubaan pemain BakarHitam, Samba menjaringkan gol penyamaan di Anfield pada hujung minggu lepas. Reina kini telah mengikuti langkah rakan-rakan sepasukan beliau seperti Torres, Gerrard, Kuyt, Agger dan juga Benayoun yang kesemuanya telah mengikat kontrak jangka panjang dengan Liverpool. Reina sebelum ini dilaporkan telah memulakan rundingan awal dengan Liverpool yang memakan masa berminggu-minggu dan beliau akan menurunkan tandatangan ke atas kontrak barunya apabila pulang daripada menyertai perlawanan persahabatan antarabangsa dengan Sepanyol. Pengurus Liverpool Rafa Benitez kini boleh menumpukan sepenuhnya usaha beliau untuk meneruskan rundingan dengan kapten yang juga merupakan pemain tengah Argentina Javier Mascherano dan beliau mengharapkan Mascherano bersetuju dengan tawaran kontrak terbaru yang dilaporkan bernilai 100 ribu pound seminggu sehingga 2014.


YNWA

Wednesday, March 3, 2010

Mascherano : Kontrak Baru Atas Meja

Kapten skuad antarabangsa Argentina yang juga pemain tengah Liverpool, Javier Mascherano dilaporkan telah ditawarkan kontrak baru dengan lanjutan selama 2 tahun oleh Liverpool. Masa depan Mascherano masih belum menentu dimana pengurus Rafa Benitez telah menyatakan yang beliau tidak akan menjual Mascherano kepada mana-mana pasukan termasuk Barcelona walaupun mendapat tawaran sebanyak 50 juta pound. Kini perbincangan di antara Liverpool dengan Mascherano telah bermula dengan tawaran kontrak yang mencecah 5 juta pound semusim (kira-kira 100 ribu pound seminggu) untuk membolehkan beliau berada di Anfield sehingga 2014. Desas-desus pada musim lepas telah menyatakan bahawa Mascherano berminat untuk ke Sepanyol di atas sebab keluarga sehingga pada satu ketika agen beliau turut menimbulkan tanda tanya apabila menyatakan kliennya itu berbangga kerana dikaitkan dengan Barcelona dan berkemungkinan berlaku perpindahan pada musim panas yang lepas. Namun dengan musim perpindahan yang telah berlalu dan tiada sebarang akitivit perpindahan yang membabitkan Mascherano, kapten Argentina ini kembali menunjukkan prestasi yang membolehkan beliau diberi kepercayaan oleh pengurus Argentina, Diego Maradona untuk mengetuai skuad antarabangsanya di Piala Dunia Afrika Selatan pada musim panas yang akan datang.


YNWA

Tuesday, March 2, 2010

Skrtel : Cuti Dua Bulan

Berita kurang enak buat peminat-peminat Liverpool telah disahkan di laman web rasmi liverpoolfc.tv. Pemain pertahanan tengah daripada Slovakia, Martin Skrtel telah dilaporkan akan berehat selama dua bulan akibat kecederaan yang dialami beliau ketika menentang Unirea di Liga Europa minggu lepas. Walaupun tidak memerlukan pembedahan ke atas kecederaan yang dialami Skrtel, beliau kini hanya mampu beraksi seawal-awalnya pada bulan Mei nanti. Jika beliau sembuh tepat pada masanya maka beliau mungkin sempat beraksi untuk beberapa perlawanan akhir musim Liverpool pada bulan Mei nanti. Keputusan x-ray yang diperolehi daripada pihak hospital telah mengesahkan bahawa pemain pertahanan Liverpool ini telah mengalami kecederaan metatarsal di kaki kanannya. Nampaknya agak serius juga kesan daripada kecederaan Skrtel ini kerana Agger turut disahkan mengalami kecederaan lutut ketika menentang pasukan bakarhitam sebelum ini. Diharapkan kecederaan Agger tidak terlalu serius seperti Skrtel yang memerlukan rehat agak panjang. Kelibat Johnson juga masih tidak kelihatan untuk beraksi di kesebelasan utama. Sedikit berita gembira untuk peminat-peminat Liverpool dimana pemain pertahanan Greek, Kyrgiakos akan kembali ke kesebelasan utama setelah menamatkan penggantungan tiga perlawanan yang diterima beliau sebelum ini.


YNWA

Monday, March 1, 2010

BPL : BakarHitam Terbakar

Liverpool berjaya memenangi pertembungan dengan pasukan bakarhitam di Anfield dengan jaringan 2-1. Walaupun ianya bukan jaringan yang besar namun yang penting adalah tiga mata penuh yang dikutip pada perlawanan tersebut. Tiga mata ini membolehkan Liverpool masih berada di kedudukan untuk perebutan ke Liga Juara-Juara Eropah pada musim hadapan. Perlawanan dengan pasukan bakarhitam ini sebenarnya lebih kepada pertarungan fizikal seperti yang kita ramalkan sebelum ini. Jika dilihat pada persembahan keseluruhan pada perlawanan ini, sepatutnya ada pemain pasukan bakarhitam ini dilayangkan kad merah akibat daripada tindakan ganas mereka. Bermain bolasepak seperti samseng dan bukan lagi bermain secara agresif. Buktinya? Maxi Rodriguez mendapat hadiah stud di perut, Gerrard hampir-hampir patah kaki diterjah oleh peludah bersiri (sehingga hampir menyebabkan pergaduhan) namun berjaya dielakkan setelah beliau melompat untuk mengelak serta beberapa lagi kekasaran yang diterima oleh pemain Liverpool. Taktik murahan yang digunakan oleh pengurus bakarhitam ini dikecam hebat oleh Liverpool kerana mereka bermain bolasepak dengan niat untuk mencederakan pemain lain. Pengadil juga tidak tegas pada perlawanan ini dimana sekurang-kurangnya dua orang pemain pasukan bakarhitam harus dibuang padang. Semakin lembab nampaknya pengadil yang ditugaskan untuk mengadili perlawanan. Walaupun diasak dengan pelbagai jenis kekasaran, namun itu tidak menghalang Kapitan Gerrard dan juga Torres untuk memberikan gol kemenagan kepada Liverpool. Walaupun pahit, namun hakikat ini diakui oleh pengurus bakarhitam yang pasukan beliau tidak mempunyai penjaring seperti Torres yang mampu menjadi penentu kepada kemenangan di dalam sesuatu perlawanan. Barisan pertahanan Liverpool sedikit goyah pada separauh masa kedua, mungkin disebabkan kelibat Mascherano tidak berada di bahagian tengah tetapi beliau beraksi di pertahanan kanan pada perlawanan ini. Kita semakin sampai ke penghujung musim, kini sudah tiba masanya untuk Liverpool mengutip mata semaksimum yang mungkin untuk ke Liga Juara-Juara Eropah pada musim hadapan.


YNWA

Sunday, February 28, 2010

Carragher : Pengorbanan Mr Liverpool

Pemain pertahanan senior Liverpool, Jamie Carragher mahu bermain di bahagian pertahanan tengah jika beliau berhasrat untuk bermain bolasepak dengan lebih lama. Walaupun Liverpool hanya dibolosi dua gol di dalam lapan perlawanan terakhir dan mengukuhkan lagi cabaran mereka ke Liga Juara-Juara Eropah musim hadapan setelah Carragher beraksi di bahagian pertahanan kanan (akibat kecederaan Johnson) semenjak awal tahun ini, Carragher percaya kini sudah tiba masanya untuk beliau kembali beraksi di posisi kegemarannya iaitu pertahanan tengah. Menurut Carragher, di dalam sejarah Liverpool tiada pemain yang beraksi di luar posisi lebih kerap berbanding beliau dan hampir separuh kariernya di Liverpool, Carragher bermain di luar posisi. Bagi Carragher, inilah perngorbanan beliau kepada Liverpool kerana mahukan pasukan lebih berjaya. Dan beliau mula melakukannya semenjak mula-mula mewakili Liverpool dan tidak hanya semasa kecederaan Johnson baru-baru ini. Carragher percaya Johnson akan kembali pulih dan mengisi kembali posisi pertahanan kanan Liverpool kerana Johnson sendiri mahu bermain dengan baik untuk Liverpool bagi menjamin tempat beliau ke Piala Dunia di Afrika Selatan pada musim panas nanti. Carragher bagaimanapun memahami setiap keputusan pengurus dan bagi beliau jika diberi peluang untuk bermain di pertahanan tengah, beliau akan memberikan yang terbaik kerana itulah posisi terbaik beliau bersama-sama Liverpool. Itulah Carragher yang kita semua kenal, kepada peminat Liverpool yang mengikuti perkembangan beliau semenjak kemunculan pertama beliau bersama-sama Liverpool, pasti amat memahami pemain yang cukup setia dengan pasukan ini. Kita pasti menghargai pengorbanan dan sikap tidak mementingkan diri beliau demi untuk kemajuan pasukan. Selain daripada Kapitan Gerrard, beliau boleh dianggap sebagai Mr Liverpool yang cukup komited kepada pasukan. Kita kini memiliki 4 pemain pertahanan tengah yang cukup baik di Liverpool. Carragher, Agger, Skrtel dan Kyrgiakos mampu untuk diturunkan di mana-mana perlawanan dan boleh beraksi dengan baik. Ditambah dengan dua lagi pemain pertahanan muda iaitu Martin Kelly dan Daniel Ayala yang turut mampu beraksi di posisi pertahanan tengah, Liverpool tidak ketandusan bakat untuk mengisi posisi tersebut pada masa hadapan.


YNWA

Saturday, February 27, 2010

Agger : SERATUS Bersama Liverpool

Pemain pertahanan Liverpool dari Denmark telah mencapai perlawanan ke 100 beliau bersama-sama Liverpool semasa beraksi menentang Unirea di Liga Europa yang lalu. Namun bagi Agger, beliau mungkin akan mencapai 100 perlawanan dengan The Reds lebih awal jika tidak kerana kecederaan yang menghantui beliau di beberapa tahun kebelakangan ini. Agger mencapai jumlah ini di dalam masa 4 musim bersama-sama Liverpool dengan purata 25 perlawanan semusim. Dan bagi Agger, ianya satu pencapaian yang cukup besar buat karier bolasepak beliau. Sasaran beliau berikutnya adalah untuk mencapai 200 perlawanan bersama-sama Liverpool secepat mungkin tetapi Agger menjelaskan ianya turut bergantung kepada tahap kecergasan beliau di sepanjang karier bolasepaknya di Anfield. Agger tidak perlu terlalu memikirkan tentang berapa banyak perlawanan yang beliau turun bermain untuk Liverpool kerana usia beliau masih muda. Agger baru mencecah 25 tahun dan saya berpendapat beliau mampu bermain di antara 7 hingga 8 musim lagi bersama-sama Liverpool. Masa depan pemain muda ini cerah memandangkan beliau telah diberi kepercayaan oleh pengurus Rafa Benitez untuk mengemudi benteng Liverpool. Diharapkan Agger tidak lagi dibelenggu oleh kecederaan yang jelas merugikan beliau dan Liverpool. Kepada Agger, teruskan permainan cemerlang anda bersama-sama The Reds!


YNWA