Saturday, January 9, 2010

Stearman : Menuju Anfield?

Boss Liverpool Rafa Benitez kini dilaporkan sedang mencari pemain bagi memperkuatkan barisan pertahanannya apabila kehilangan Glen Johnson yang berehat selama du bulan akibat kecederaan dan juga pemergian Andrea Dossena ke kelab Serie A Napoli telah dimuktamadkan. Manakala pemain pertahanan muda berbakat, Martin Kelly turut dibelenggu kecederaan. Benitez mahu mencari pengganti kepada pemain-pemain ini untuk membolehkan Liverpool mempunyai lebih pilihan untuk mengharungi baki perlawanan pada musim ini. Pemain yang turut menjadi perhatian Rafa adalah pemain pertahanan Wolves iaitu Richard Stearman. Beliau yang baru berusia 22 tahun adalah merupakan bekas pemain bawah 21 tahun England. Stearman adalah antara pemain yang menonjol di Wolves walaupun prestasi mereka agak terumbang ambing sekarang ini. Pemain pertahanan muda Wolves ini mampu bermain di pertahanan kanan serta di bahagian pertahanan tengah. Walaupun ini hanya sekadar desas desus terbaru dari Anfield, saya pasti jika Wolves mahu melepaskan pemain ini (saya meragui McCarthy mahu melepaskan antara pemain terbaik beliau) mereka pasti akan meletakkan harga perpindahan yang tidak masuk akal sepertimana yang pernah berlaku kepada bekas pemain Hull yang kini mewakili Sunderland Micheal Turner. Jika perkara sebegitu berlaku, saya cadangkan Liverpool melihat pilihan lain yang lebih munasabah.


YNWA

1 comment:

satorare said...

mampukah Liverpool menjadi 4 pasukan teratas.. musim ini merupakan musim yang sangat hambar buat Liv.. Kadang x paham aku tgk taktikal Benitez.. Mmg rugi jual Alonso dulu.. Semua salah benitez la.. Nk jual Alonso ke Juve