Friday, January 1, 2010

Pacheco : Prospek Masa Hadapan

Melihat aksi menarik pemain muda Sepanyol Dani Pacheco semasa beliau turun menentang Wolves sebagai pemain gantian cukup untuk menggambarkan Liverpool turut memiliki pemain-pemain muda yang berbakat untuk diserapkan ke skuad utama pada masa hadapan. Kemahiran menggelecek, membuat umpanan tepat serta larian pantas yang dipamerkan beliau amat menarik perhatian ramai pihak. Pengurus Liverpool Rafa Benitez cukup gembira dengan perkembangan anak buahnya ini. Bagi Rafa, perkembangan positif buat Pacheco ini selari dengan bakat yang dimiliki beliau walaupun baru berumur 18 tahun. Pemain bertubuh kecil dari Sepanyol ini menyertai Liverpool daripada Barcelona pada musim panas 2007 dan beliau berjaya menjaringkan gol sulung ketika turun menentang Bolton di dalam perlawanan liga simpanan. Pacheco adalah antara pemain tetapi untuk skuad simpanan Liverpool ketika mereka memenangi liga simpanan pada musim 07/08. Pacheco juga merupakan pemain antarabanang bawah 17 Sepanyol dan beliau menjaringkan hatrik ketika menentang San Marino pada 2007.

Pacheco yang membuat penampilan sulung di liga perdana inggeris ketika menentang Wolves pada hujung minggu lalu dan sebelum itu beliau membuat penampilan di Liga Juara-Juara Eropah ketika menentang Fiorentina pada awal bulan Disember. Bagi Rafa, Pacheco merupakan seorang pemain yang cukup berani untuk memberikan cabaran kepada mana-mana pemain pertahanan pasukan lawan. Amat jelas sekali Liverpool memiliki pemain-pemain muda yang berbakat untuk diketengahkan. Pemain-pemain seperti Martin Kelly, Daniel Ayala, Jay Spearing serta Stephen Darby kini bersedia untuk bermain di kesebelasan utama. Terpulanglah kepada pengurus Liverpool Rafa Benitez untuk memberi peluang kepada pemain-pemain muda ini untuk beraksi di atas padang..


YNWA

3 comments:

Amirul Idham said...

aku rasa dah smpai masa pacheco ni di beri lebih bnyk pendedahan...
ngog tu tak boleh blah la...

more pacheco............

oh... martin kelly pun hebat juga...

http://liverpool-malaysia.blogspot.com/

CrAyOn said...

aritu dia dapat men kejap jer.. tgk cambest gak... nama pon mcm boleh jadi star... lucas?? ngog?? BOLEH BLAH!!!!

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

memang bagus...
10000000 kali lagi bagus dari lucas...