Friday, January 22, 2010

Degen : Pejuang Yang Dilupakan

Nama beliau lebih dikenali sebagai seorang pemain yang gagal menyesuaikan diri dengan corak permainan Liverpool. Malah pada musim pertama beliau dengan Liverpool (musim lepas) selepas berpindah daripada kelab Bundesliga iaitu Borussia Dortmund, nasib beliau agak malang apabila teruk dibelenggu kecederaan sehingga diketepikan terus daripada bermain disebabkan keadaan tersebut (beraksi hanya untuk beberapa perlawanan Liverpool). Namun hujan tidak berpanjangan hingga ke petang buat pemain pertahanan kanan skuad antarabang Switzerland dan juga Liverpool iaitu Philipp Degen. Beliau yang kini berpeluang untuk beraksi dan menunjukkan kemampuannya setelah seorang lagi pemain pertahanan kanan Liverpool iaitu Glen Johnson mengalami kecederaan selama 3 bulan. Degen mempergunakan sepenuhnya kepercayaan yang diberikan oleh pengurus Liverpool Rafa Benitez dengan persembahan yang baik daripada beliau. Terbaru ketika bermain sebagai pemain sayap kanan Liverpool ketika menentang spurr, Degen berjaya menghuru-harakan bahagian kiri pertahanan spurr. Disebabkan mempunyai larian yang agak pantas, Degen adalah antara pemain yang teruk dipancung oleh pemain-pemain spurr pada perlawanan tersebut. Walaupun beraksi di posisi yang baru buat beliau, Degen masih boleh bermain dengan baik walaupun terlepas peluang untuk menjaringkan gol. Jelas naluri beliau sebagai seorang pemain pertahanan masih tidak lekang di dalam dirinya. Degen yang amat gembira dengan pesembahan beliau ketika menentang spurr menegaskan banyak lagi yang perlu beliau buktikan dan kini beliau telah bersedia sepenuhnya untuk bertarung merebut tempat di kesebelasan utama Liverpool. Degen berkata beliau tidak bermain selama tiga bulan dan kini bermain di tiga perlawanan dalam masa tujuh hari. Degen telah lama menunggu peluang ini dan beliau merasakan masih banyak ruang untuk memperbaiki persembahannya. Setakat ini beliau hanya bermain pada tahap 60 peratus daripada potensi beliau dan berharap lebih banyak peluang bakal diperolehi beliau selepas ini untuk mempamerkan keupayaan sebenarnya.


YNWA

4 comments:

MOFASAD said...

dulu bila rafa bawak dia gua dah agak dia antara defend kanan terbaik.. gua suka dia bila dia men tuk negara dia kat negera dia dulu.. memng best.. tapi sayang. dia cedera massa dulu... tapi skang.. dia begitu baik.sekali. semoga dia kekalkan kosisten dia..

Amirul Idham said...

yup...
harap2 rafa tak jual dia..
aku rasa bnyk lg potensi & trick yg aku dia tunjuk di masa depan....

http://liverpool-malaysia.blogspot.com/

beemer said...

farid ..
degen byk lagi leh improve ..
berbaloi dia jadi backup johnson ..

beemer said...

amirul ..
tak payah jual kalu dah improve ..
cuma degen kena elak injured aja ..