Thursday, January 21, 2010

BPL : Akibat Berkokok Sebelum Berlaga

Berbaloi rasanya bangun di awal pagi untuk menonton perlawanan antara Liverpool dengan skuad spurr di Anfield. Kemenangan yang sangat diperlukan oleh The Reds berjaya diperolehi walaupun menghadapi ujian yang cukup getir daripada spurr. Hilang sebentar rasa hampa akibat keputusan seri dengan Stoke pada perlawanan sebelum ini. Namun kita tidak harus terlalu gembira untuk meraikan kemenangan, cukup sekadar sedikit kelegaan untuk para peminat Liverpool di seluruh dunia. Prestasi Liverpool yang masih tidak konsisten masih menghantui pasukan dari Merseyside ini. Walaupun telah berjaya menebus dua kekalahan ke atas pencabar ke Liga Juara-Juara Eropah musim hadapan iaitu villa dan spurr, perjalanan musim ini masih berbaki lebih kurang 4 bulan lagi. Masih jauh perjuangan Liverpool pada musim ini dan kita tidak seharusnya alpa walaupun berjaya menang ke atas spurr pada awal pagi tadi. Bukan tidak mahu bersikap rasional tetapi adalah lebih baik kita meletakkan jangkaan sederhana pada Liverpool. Sederhana dalam erti kata mengambil pendekatan satu demi satu perlawanan pada satu masa. Lebih-lebih lagi Liverpool kini kehilangan 4 pemain tonggak utama iaitu Johnson, Gerrard, Benayoun dan juga Torres. Kepada rakan-rakan peminat sekalian, kita perlu bersedia untuk menongkah arus bersama-sama Liverpool, baik atau buruk pasukan ini, kita perlu menerima dalam keadaan yang lebih terbuka dan banyak bersabar.

Berbalik kepada perlawanan semalam, seperti yang pernah saya tulis sebelum ini, Ayam Masih Belum Berlaga, mana mungkin kita tahu yang mana satu sudah menang sebelum turun ke gelanggang sabung. Dan ianya terbukti pada awal pagi tadi dengan Anfield menjadi saksi, lebih baik berkokok selepas menang perlawanan daripada berkokok sebelum turun ke gelanggang. Dengan pelbagai pihak tidak meletakkan Liverpool sebagai pasukan pilihan untuk menang (kecuali peminat Liverpool), situasi ini dipergunakan sepenuhnya oleh pemain-pemain Liverpool untuk membuktikan sebaliknya. Satu kemenangan yang cukup berharga ketika Liverpool memerlukan suntikan semangat untuk pulih kembali dan memberikan cabaran di liga perdana inggeris. Pujian harus diberikan kepada pemain-pemain Liverpool yang berusaha keras untuk memenangi perlawanan tersebut. Pemain-pemain seperti Carragher, Kuyt, Kyrgiakos, Aquilani, Reina, Mascherano serta Reira jelas menunjukkan persembahan yang lebih baik pada perlawanan ini. Mendahului dengan jaringan Kuyt di awal permainan, Liverpool pada separuh masa pertama lebih banyak mengasak kubu spurr untuk menambahkan jaringan namun tidak berhasil. Bermula pada separuh masa kedua, spurr kelihatan cuba bangkit dan ini membuka ruang untuk Liverpool melancarkan serangan secara counter attack untuk menambahkan jaringan. Setelah berhempas pulas menahan asakan demi asakan daripada spurr, Liverpool akhirnya berjaya menambahkan gol kedua melalui penalti yang diperolehi oleh Ngog yang dijatuhkan oleh Bassong. Kuyt menyempurnakan penalti tersebut walaupun beliau terpaksa mengambil sepakan sebanyak dua kali. Liverpool menang dengan jaringan 2-0 dan menutup terus mulut pemain-pemain spurr seperti Bassong, Krancjar dan juga pengurus mereka Redknapp yang sebelum ini cukup besar gebangannya untuk menang di Anfield tanpa kehadiran Torres dan Gerrard. Itulah akibatnya jika terlalu suka bergebang besar kerana terlalu suka memperkecilkan pasukan lawan, kelak muka sendiri yang malu menahan sindiran. Liverpool harus menjadikan kemenangan ini sebagai batu loncatan untuk bermain dengan lebih baik pada perlawanan-perlawanan selepas ini. Pemain-pemain yang ada harus bangkit untuk membuktikan mereka boleh memenangi perlawanan tanpa kelibat Gerrard dan Torres.


YNWA

8 comments:

Firol said...

lepas ni serigala plak....harap liverpool main lagi bagus..

penyudah takde ni..

Pert Doherty said...

bgus kunyit.. bagus.. walaupun aku x tgk game ni.. tapi aku rasa hidup pada sepanjang hari ni.. aku sungguh bersemangat.. yeah.. kunyit penyeri hidup kami!!!!

Amirul Idham said...

yeah.. redknapp terus tak boleh bagi komen lepas game...


http://liverpool-malaysia.blogspot.com/

RABUN said...

riera bermain sangat baik semalam, walaupun bukan dia yang score dia banyak gerakan game, cayalah!

sangat suka dengan ketahanan mental Kyrgiakos, aku rasa dia lebih baik dari skertel....

cuba bayangkan liverpool menang dengan stroke hari tu.. Liverpool dah pun duduk kat tempat keempat ha rugi betul...

beemer said...

bro firol ..
pasti fight lwn serigala nanti ..
kalu betul2 fokus .. bleh mng dgn diaorg ...

beemer said...

pert ..
mamat tu lari marathon satu padang masa game tu .. mamat ni stamina kerbau agakanya .. hehe!

beemer said...

amirul ..
kan main gebang sblm game ..
lepas game muke toya aja .. amik ko redknapp!!! anak dia terus diam seribu bahasa pas team bapak dia kena kitai dengan liverpool ... haha!

beemer said...

bro indra ..
mmg rugi ..
tp nak buek camno ..
mmg betul2 last minit ..
takde nasib game tu .. :(