Wednesday, October 13, 2010

LFC : Mahkamah Tamatkan Keangkuhan G&H

Akhirnya mahkamah membenarkan RBS meneruskan penjualan Liverpool FC kepada New England Sport Ventures (NESV). Dengan ini menghalang sebarang usaha pemilik Liverpool G&H untuk menafikan proses tersebut. Hari yang gembira untuk semua penyokong Liverpool kerana dengan pengambilalihan oleh NESV ini maka Liverpool FC tidak lagi akan menanggung hutang dengan RBS dan juga tidak ditolak 9 mata oleh Liga Perdana. Walaupun G&H masih boleh membuat rayuan kepada mahkamah namun itu tidak akan menghalang proses penjualan ini daripada berlaku. Kini semua pihak yang terbabit dengan Liverpool boleh menarik nafas lega dan semua boleh menumpukan perhatian untuk memperbaiki prestasi Liverpool di atas padang. Biarlah semua yang berlaku ini bakal memberi pengajaran kepada Liverpool agar lebih berhati-hati di masa hadapan. Bagi NESV, peringatan kepada anda agar jangan bersikap seperti G&H kerana kami semua para penyokong Liverpool pasti tidak akan berdiam diri jika perkara yang sama akan berlaku selepas ini. Sama-sama kita tunggu pengumuman rasmi daripada pihak pengurusan Liverpool. Harapnya masa depan Liverpool kembali cerah dan langit tidak lagi mendung buat kita semua!!!!


YNWA

No comments: