Wednesday, October 6, 2010

LFC : Dijual Tetapi Perang Belum Berakhir

Laman rasmi Liverpoolfc.tv telah mengesahkan bahawa lembaga pengarah Liverpool telah bersetuju untuk menerima tawaran pengambilalihan kelab daripada konsotium New England Sports Ventures (NESV). Walau bagaimanapun penjualan ini tidak dipersetujui oleh pemilk sekarang iaitu Hicks dan Gillett. Dengan itu mereka telah membawa usul ini ke mahkamah bagi menghalang penjualan Liverpool kepada pemilik baru. Diberitakan Hicks dan Gillett cuba memecat Christian Purslow dan Ian Ayre daripada lembaga pengarah Liverpool namun tidak berjaya dan mereka masih mahu berbuat sedemikian melalui mahkamah. Hicks dan Gillett mahu menggantikan Purslow dan Ayre dengan Mack Hicks dan Lori Kay McCutcheon bagi mendapatkan kembali kuasa veto di dalam lembaga pengarah. Penjualan ini belum lagi muktamad sehinggalah pihak Liga Perdana mengesahkan tiada lagi masalah di dalam lembaga pengarah Liverpool yang boleh menghalang penjualan ini. Kita sama-sama saksikan sejauh mana Hicks dan Gillett mampu bertahan dengan tarikh akhir pinjaman mereka dengan RBS akan berakhir pada 15 Oktober nanti. Harapnya ada berita baik yang mampu diraikan oleh peminat-peminat Liverpool di seluruh dunia sebelum menjelangnya perlawanan menentang Everton nanti.


YNWA

No comments: