Thursday, November 26, 2009

Gerrard : Tugas Belum Selesai

Kapitan Fantastik Liverpool Steven Gerrard mengajak rakan-rakan sepasukan serta para peminat Liverpool di seluruh dunia agar melupakan kekecewaan yang dialami di Liga Juara-Juara Eropah dan menumpukan kepada tugas yang masih belum selesai pada musim ini. Gerrard berkata kini adalah masanya untuk Liverpool kembali bangkit untuk meneruskan perjuangan di liga perdana inggeris, Piala FA serta Liga Europa yang bakal disertai Liverpool nanti. Kapten Liverpool ini mengakui persembahan Liverpool yang tidak konsisten pada musim ini dan persembahan ini belum cukup untuk membawa Liverpool ke peringkat seterusnya di Liga Juara-Juara Eropah. Namun bagi Gerrard itu bukanlah satu alasan untuk Liverpool terus mengalah pada musim ini. Tugas yang berada di tangan di dalam saingan domestik dan juga eropah tidak perlu dipandang mudah. Jika Liverpool tidak mahu pulang dengan tangan kosong pada musim ini, Liverpool harus menunjukkan peningkatan yang ketara bermula dengan perlawanan menentang musuh setempat Merseyside iaitu Everton pada hari Ahad nanti. Jika kapten Liverpool boleh berpendapat sedemikian, saya berharap kita semua sebagai peminat Liverpool bersama-sama menyokong beliau untuk berjuang di sepanjang musim ini. Saya yakin dengan senarai kecederaan kita yang semakin pendek dan jika kita berjaya memperolehi beberapa pemain baru pada bulan Januari nanti (samada secara belian atau pinjaman), musim Liverpool pada kali ini adalah jauh daripada tamat dengan lebih awal. Perlu diingat, kita masih ada lebih kurang enam bulan sebelum musim tamat ini pada pertengahan Mei 2010 nanti.


*Salam Aidiladha Buat Semua Pembaca Setia liverpool-malaya


YNWA

1 comment:

nuruldz said...

ku kuciwa tapi Liverpool 4eva!.. bengong tol fan2 MU yang suh p sokong MU sbb liverpool tgh tunggang langgang. cetek punya akal..emo2! lg sekali, Liverpool 4eva.. sori la luah perasaan kat cni..ehehe