Thursday, April 8, 2010

Rodriguez : Kami Belum Mengalah

Pemain sayap terbaru Liverpool Maxi Rodriguez semakin hari semakin mantap persembahannya di atas padang. Semenjak menyertai Liverpool pada bulan Januari yang lepas, prestasi beliau cukup konsisten untuk bermain di kesebelasan utama. Walaupun baru tiga bulan bersama-sama Liverpool, Maxi telah membuktikan beliau tidak mempunyai masalah untuk serasi dengan corak permainan Liverpool dan juga liga perdana inggeris. Cukup berbaloi mendapatkan beliau kerana tiada bayaran perpindahan yang dikenakan oleh Atletico Madrid (jika ada hanya bayaran nominal). Di antara ramai pemain sayap Liverpool, Maxi cukup menyerlah di atas padang. Jika tidak kerana percubaan beliau mengenai Aquilani pada perlawanan dengan Birmingham hujung minggu lepas, Maxi mungkin telah berjaya mendapatkan jaringan pertama beliau bersama-sama Liverpool. Maxi amat gembira dengan prestasi beliau di Liverpool pada ketika ini dan masih yakin Liverpool mampu merebut tempat ke Liga Juara-Juara Eropah pada musim depan. Maxi percaya beliau serta rakan-rakan sepasukannya masih belum mengalah di dalam saingan ke Liga Juara-Juara Eropah musim hadapan. Walaupun gagal mendapatkan mata penuh daripada Birmingham, namun itulah adat permainan bolasepak. Sasaran Maxi hanyalah mahu mendapatkan mata maksimum daripada baki lima perlawanan pada musim ini dan ianya akan menentukan nasib Liverpool pada musim ini.


YNWA

Wednesday, April 7, 2010

Europa : Lawan Tetap Lawan

Samada kita suka atau tidak, tiada pilihan untuk Liverpool pada awal pagi Jumaat nanti. Liverpool harus menang di Anfield untuk mara ke separuh akhir Liga Europa. Walapun ketinggalan 1-2 kepada kelab penipu Portugal, itu tidak seharusnya dijadikan alasan untuk menyerah dengan mudah pada perlawanan ini. Jika dilihat pada prestasi Liverpool pada perlawanan yang sama minggu lepas, Liverpool tidak mempunyai masalah untuk mengatasi kelab penipu ini. Kuncinya adalah barisan pertahanan yang lebih kukuh dan seperti kata penjaga gol Liverpool Pepe Reina, tidak bolos adalah kunci kepada perlawanan ini. Sedikit perubahan bakal dilakukan oleh Liverpool dimana Ryan Babel dan Insua tidak beraksi kerana digantung perlawanan. Insua turut mengalami kecederaan pada perlawanan dengan Birmingham hujung minggu yang lalu. Bukan berniat untuk memperkecilkan kelab penipu Portugal ini, saya pasti mereka lebih kuat daripada Lille yang dihadapi sebelum ini. Mereka turut merehatkan pemain-pemain utama pada perlawanan liga pada minggu lepas. Namun bermain di Anfield dan di hadapan para penyokong sendiri, Liverpool harus mampu menekan kelab penipu ini agar mereka tidak mampu untuk melancarkan serangan. Tidak kiralah siapa yang mahu mereka turunkan, kita harus pastikan kelab penipu ini tidak lagi mengulangi kemenangan mereka di Anfield dan mereka harus dihalang daripada mara ke separuh akhir Liga Europa dengan apa jua cara yang perlu. Torres dan Gerrard kini telah bersedia sepenuhnya untuk menggempur kelab penipu Portugal ini. Buangkan kekecewaan seri dengan Birmingham ini dan diharapkan Rafa tidak lagi membuat keputusan pelik dan tidak boleh diterima akal pada perlawanan ini. Seperkara lagi, kepada UEFA, sila sediakan pengadil bertaraf universiti pada perlawanan ini agar kelab penipu Portugal ini tidak lagi bermain seperti pengecut pada perlawanan yang lepas. Dan jangan lupa memberikan amaran kepada penyokong-penyokong bodoh kelab penipu ini, di Anfield tidak dibenarkan bermain mercun Tahun Baru Cina. Dan kepada Lembu Luisao dan Kerbau Luiz, bersiap sedialah untuk menghadapi mimpi paling buruk kamu pada perlawanan ini. Saya pasti gol tunggal Agger sebelum ini akan membawa Liverpool ke separuh akhir Liga Europa musim ini. Berikut adalah barisan kemungkinan pemain yang bakal diturunkan oleh Rafa Benitez pada perlawanan ini :

Formasi : 4-2-3-1

Barisan Kemungkinan :

RIENA

JOHNSON KYRGIAKOS AGGER CARRAGHER

AQUILANI MASCHERANO

KUYT GERRARD BENAYOUN

TORRES

Keputusan : 2-0 kemenangan kepada Liverpool. Gol dijaringkan oleh Gerrard dan Torres.

Perlawanan akan disiarkan secara langsung di Astro SuperSport Rangkaian 811

09/04/10 Jam 0300 Pagi


YNWA

Tuesday, April 6, 2010

Lee : Menerokai Pasaran Asia

Desas-desus mengenai beliau dikaitkan dengan Liverpool semakin kerap didengari beberapa minggu kebelakangan ini. Mungkin kerana persembahan beliau yang semakin menonjol di Bolton sekarang ini menyebabkan Liverpool dikatakan berminat untuk mendapatkan khidmat beliau. Beliau yang dimaksudkan adalah pemain antarabangsa Korea Lee Chung-Yong. Lee menyertai Bolton daripada kelab Korea FC Seoul pada musim panas yang lepas. Boss Liverpool Rafa Benitez kini dikatakan telah menimbangkan dengan serius untuk membawa masuk Lee ke Anfield pada musim panas yang akan datang. Beliau turut dikatakan menjadi pengganti kepada Albert Riera yang dilaporkan bakal berpindah pada musim panas nanti. Hasil daripada penjualan Riera ini turut dikatakan akan digunakan untuk menampung pembelian Lee daripada Bolton. Pemain yang diberikan gelaran “Naga Biru” ini baru berusia 21 tahun mempunyai corak permainan yang cukup pantas di bahagian sayap kanan Bolton. Selain daripada beliau juga cukup kreatif di dalam mencipta gerakan untuk bahagian serangan Bolton. Prestasi beliau yang konsisten ini turut membantu Bolton menjauhkan diri daripada zon penyingkiran liga perdana inggeris. Walaupun pengurus Bolton Owen Coyle tidak mahu melepaskan Lee namun tidak banyak yang mampu dilakukan beliau untuk menghalang pemain yang telah ditakdirkan untuk beraksi dengan kelab yang lebih ternama. Yuran perpindahan Lee dilaporkan mencecah 8 juta pound dan ini merupakan satu jumlah yang cukup tinggi untuk seorang pemain daripada benua Asia. Namun jika difikirkan kembali, penyertaan Lee bersama-sama Liverpool pasti akan membuka pasaran Asia lebih luas kepada Liverpool.


YNWA

Monday, April 5, 2010

LFC : Dana Tambahan Adidas

Liverpool dilaporkan akan menerima tajaan durian runtuh berjumlah 150 juta pound daripada penaja rasmi kit perlawanan iaitu Adidas. Laporan awal nmenyebut gergasi pakaian sukan tersebut kini bersedia untuk menawarkan kontrak baru tersebut kepada Liverpool di dalam usaha untuk mencabar tawaran yang diperolehi oleh mengyu daripada syarikat Nike. Kontrak Liverpool bersama-sama Adidas kini bernilai 12 juta pound setahun namun Adidas kini telah menghubungi Liverpool bagi membuat perbincangan untuk menyambung lagi penajaan selama sepuluh tahun. Adidas yang kini sedar akan potensi pelaburan serta pemasaran yang dimiliki Liverpool, yakin penajaan ini bakal membawa Liverpool menguasai pasaran global. Di dalam pada itu, Adidas juga yakin Liverpool pasti akan mengekalkan pemain-pemain utama mereka termasuklah Gerrard dan Torres. Kedua-dua bintang Liverpool ini dilihat cukup penting untuk membantu Liverpool menguasai pasaran global. Di atas kepercayaan ini, Adidas tanpa membuang masa mahu membuat rundingan dengan Liverpool bagi meneruskan penajaan mereka. Pengarah Urusan Liverpool Christian Purslow akan memulakan rundingan seawal yang mungkin dengan Adidas agar perjanjian penajaan tersebut dapat ditandatangani dengan seberapa segera. Purslow bersama-sama bahagian komersial Liverpool yang berwajah baru pasti mahu memaksimumkan pendapatan yang diperolehi oleh Liverpool dan mereka akan melihat banyak pilihan di dalam perkara ini. Namun mereka tahu, penajaan daripada Adidas adalah berkait rapat dengan status elit yang dimiliki oleh Liverpool sekarang. Cukup bagus tugas yang dilakukan oleh Purslow. Beliau kini tidak henti-henti membawa masuk pelaburan ke dalam Liverpool. Sebelum ini beliau juga antara tonggak yang membawa masuk Standard Chartered sebagai penaja jersi terbaru Liverpool bermula pada musim hadapan. Persoalannya adakah duit yang diperolehi nanti akan dilaburkan untuk kemajuan pasukan? Atau terus hilang disonglap seperti duit yang diperolehi daripada penjualan pemain sebelum ini?


YNWA

Sunday, April 4, 2010

Babel : Mohon Maaf Kepada Semua

Pemain sayap Liverpool Ryan Babel memohon maaf kepada semua pihak yang terbabit dengan Liverpool (termasuk peminat) di atas kad merah yang diterimanya ketika perlawanan menentang Benfica di Liga Europa. Babel yang diberikan kad merah kerana dikatakan telah mengangkat tangan ke arah pertahanan Lembu Benfica Luisao. Babel amat menyesal dengan tindakan beliau tersebut apabila Benfica memperolehi 2 sepakan penalti (boleh diragui) selepas beliau diarahkan keluar daripada padang. Menurut Babel, pengadil memberitahu kad merah tersebut adalah akibat daripada tangan beliau yang dikatakan mengenai muka pertahanan Lembu Benfica Luisao (tapi belasah pemain lawan daripada belakang hanya kad kuning?). Babel menegaskan beliau hanya mahu melindungi Torres dan cuba menghalang pertahanan Lembu Benfica Luisao daripada terus menerus menekan pengadil (jelas sekali mulut busuk beliau lebih kuat memprotes pengadil). Babel mengakui kesilapan ini dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan sedemikian selepas ini. Baguslah jika sudah mahu belajar daripada kesilapan sendiri. Jangan patah semangat untuk bermain dengan lebih baik selepas ini.


YNWA

Saturday, April 3, 2010

Europa : Kelab Penipu Portugal

MEMALUKAN, MENJIJIKKAN, PENIPU, PENGECUT, hanya itulah ulasan yang boleh diberikan kepada pasukan yang kononnya bertaraf eropah. Begitu rupanya cara permainan pasukan yang kononnya bermain bolasepak. Semuanya bermula apabila pemain pertahanan Lembu Benfica Luisao membentes Torres daripada belakang dan insiden ini dikatakan antara yang kurang disenangi oleh pengurus Liverpool Rafa Benitez. Bukan Benitez sahaja yang yang kurang senang tetapi para peminat serta pemain-pemain Liverpool turut tidak berpuashati dengan pengadil mangkuk dari Sweden Jonas Erikson. Sungguh memalukan UEFA mempunyai pengadil bertaraf tadika sahaja untuk mengadili perlawanan. Disebabkan kebodohan pengadil yang hanya memberikan kad kuning sahaja kepada pemain pertahanan Lembu Benfica ini, maka beliau di sepanjang perlawanan membelasah Torres sehingga penyerang utama Liverpool nyaris cedera. Torres terpaksa dikeluarkan pada separuh masa kedua untuk mengelakkan beliau daripada mengalami sebarang kecederaan. Seorang lagi pemain pertahanan Kerbau Benfica adalah Luiz. Pemain ini turut sama membelasah Torres bersama-sama pemain pertahanan Lembu Benfica. Hari kamu mungkin di Benfica, kami akan tunggu kamu berdua di Anfield dan bersedialah untuk menerima segala azab yang belum pernah diterima oleh pemain-pemain lawan sebelum ini. Sungguh menjijikkan cara kamu gunakan untuk menang termasuklah sanggup menipu. Tidak kira samada kamu mempunyai Aimar, Maria, Saviola atau Cardozo, kami akan pastikan kamu semua akan dilanyak habis-habisan di Anfield nanti. Kamu yang mula bermain secara kotor maka kami akan pulangkan paku buah keras kepada kamu nanti. Jangan kamu ingat kamu akan terlepas dengan mudah di atas perbuatan jahat kamu di Portugal.


YNWA

Friday, April 2, 2010

Riera : Mahu Berdamai

Pemain sayap Sepanyol Albert Riera yang kini diketepikan daripada skuad utama The Reds kini sedang berusaha untuk memperbaiki hubungan beliau dengan pengurus Liverpool Rafa Benitez. Riera yang kini masa depannya terumbang-ambing akibat perpindahan beliau ke Rusia yang masih tergantung, cuba menjernihkan hubungan beliau dengan Rafa. Komen pedas beliau ketika Liverpool sedang berjuang menentang Lille di Liga Europa bulan lepas jelas menjejaskan kedudukan beliau di Anfield. Nada Riera kini berbeza apabila menyatakan beliau masih mahu berada di Liverpool kerana kelab ini antara merupakan salah satu kelab terbaik di dunia. Riera telah mendapatkan nasihat daripada Torres dan juga Reina dan kedua-duanya mereka bersetuju mengenai kehebatan kelab ini. Semakin terdesak nampaknya Riera, beliau tersepit di antara kedudukan di Liverpool dan perpindahan beliau ke Rusia. Saya tidak mahu komen banyak mengenai kedudukan Riera kerana di dalam bolasepak, sesuatu masalah boleh diselesaikan secara dalaman dan bukannya dengan menyerang pengurus atau kelab secara terbuka. Tidak dinafikan Riera adalah seorang pemain sayap yang baik namun jika disiplin dan sikap profesional yang nipis, kerjaya seseorang pemain itu tidak akan kemana. Sejauh mana nasib Riera di Anfield tidaklah diketahui kerana Rafa dilaporkan masih berusaha untuk memindahkan Riera ke Rusia sebelum tempoh perpindahan di sana tamat pada 8 April ini. Jika beliau benar-benar mahu berbakti di Liverpool, beliau harus bersungguh-sungguh untuk memperbaiki hubungan dengan Rafa. Jika tidak, mungkin kelibat beliau tidak akan dilihat lagi oleh para peminat Liverpool.


YNWA

Thursday, April 1, 2010

Aquilani : Musim Telah Tamat?

Pemain tengah Liverpool dan Itali Alberto Aquilani terus dirundung malang apabila kali ini beliau disahkan mengalami kecederaan buku lali semasa menjalani latihan. Aquilani dilaporkan berkemungkinan akan terlepas aksi pada baki perlawanan Liverpool di musim ini. Bekas pemain tengah AS Roma ini masih belum dapat memberikan komitmen sepenuhnya kepada pasukan disebabkan oleh kecederaan demi kecederaan yang menimpa beliau. Pemeriksaan awal menunjukkan kecederaan Aquilani agak teruk namun semuanya bergantung kepada pasukan perubatan Liverpool yang dijangka kan pulang selepas perlawanan dengan Benfica di Liga Europa. Nampaknya nasib Aquilani pada musim ini tidaklah begitu baik namun ianya bukanlah bermakna beliau tidak mempunyai peluang untuk bermain lagi pada musim ini. Namun jika melihat kecederaan demi kecederaan yang dialami beliau, langkah bijak adalah untuk merehatkan terus Aquilani pada musim ini dan lebih baik tumpuan diberikan sepenuhnya kepada beliau untuk pulih sepenuhnya menjelang musim baru 2010/2011 yang akan bermula bulan Ogos nanti. Tiada guna untuk beliau bermain jika kecederaan yang dialami sekarang bakal menjadi lebih buruk jika beliau terus bermain pada musim ini. Rehatkan beliau selama lebih 4 bulan dan pastikan di dalam tempoh tersebut Aquilani membina kembali kecergasan beliau ke tahap terbaik dan bersedia sepenuhnya untuk musim baru nanti.


YNWA