Apa motifnya bila pengurus Liverpool Roy Hodgson mengeluarkan kenyataan yang kurang menyenangkan terhadap bekas boss Liverpool Rafael Benitez? Hodgson menyatakan Kenny Dalglish tidak dibenarkan menjejakkan kaki di Melwood semasa Rafa menjadi pengurus Liverpool. Bukankah kenyataan sebegini seolah-olah mahu mencari perbalahan dengan Rafa sedangkan bekas pengurus Liverpool tersebut tidak pula membuat sebarang kenyataan negatif mengenai Hodgson yang kini menerajui Liverpool. Hasilnya Rafa mengeluarkan kenyataan media menyatakan Hodgson tidak mengetahui perkara yang sebenarnya berlaku di Anfield pada ketika itu. Rafa juga mengatakan Hodgson sepatutnya menumpukan tugas yang kini menjadi tanggungjawab beliau di Anfield sekarang iaitu mengembalikan kegemilangan Liverpool yang semakin pudar. Secara peribadi saya bersetuju dengan pendapat Rafa, daripada sibuk bermain api dengan kenyataan media yang bukan-bukan, lebih baik memperkuatkan usaha untuk memperbaiki persembahan Liverpool di atas padang. Jika berniat untuk mengalihkan perhatian media daripada fokus kepada prestasi Liverpool, tindakan sebegini bukanlah caranya. Sedangkan King Kenny sendiri amat profesional di dalam penampilan beliau di media (tidak mengeluarkan kenyataan/pendapat yang negatif mengenai Liverpool), Hodgson perlu lebih bersikap melindungi kelab daripada sebarang kontroversi media. Kepada Hodgson, apa yang berlaku di era Rafael Benitez tidak perlu diungkit lagi kerana setiap pengurus Liverpool yang sebelum ini pasti akan melakukan yang terbaik untuk kelab. Apa perasaan anda jika pengurus baru Liverpool selepas ini asyik menghentam anda di media? Elakkan sengketa kerana perbuatan ini jelas tidak menguntungkan Liverpool.
YNWA
8 comments:
wat keja yg penting dulu...
hehehe...
haha...dua kali lima sahaja, roy dan rafa ni..dua2 tak betul
rafa dan roy, gerrard houllier dan rafa.
erm......
tak payah berbalah rasanya.
tak penting.
yang penting, kelab makin ke depan dan menang liga
pinjam quote sorang journalist,
"Roy Hodgson doesn't even manage to sound clever in recent interviews."
personally, i think rafa should stop making comments about liverpool as well.
meniti senja ..
keja di tangan perlu diutamakan ..
Anoy ..
sama atau tidak ..
terpulang kpd pendapat masing2 ..
frwls ..
betul tu ..
buang masa aja gaduh2 ni ..
the club should came first ..
sis sydney ..
bukan hendak mempertahankan rafa or uncle roy ..
tapi membuang masa utk bertikam lidah ..
lebih baik bertikam lidah dgn mgr kelab2 BPL yg lain ..
Rafa era dah berlalu .. it should be safely kept dlm ingatan semua di Liverpool ..
Post a Comment