Saturday, April 24, 2010

Amoo : Bakat Muda Anfield

Jurulatih skuad simpanan Liverpool John McMahon amat gembira dengan perkembangan anak buahnya David Amoo. Pemain sayap remaja yang berpindah daripada Milwall ini kini menjadi antara penggerak skuad simpanan Liverpool. Beliau menjangkakan Amoo akan muncul antara pemain yang berbakat besar di Anfield. Pemain sayap remaja ini baru berusia 18 tahun dan persembahan beliau cukup menarik ketika perlawanan menentang skuad simpanan Everton sebelum ini. McMahon memberitahu, Amoo mampu bermain sepertimana persembahan beliau ketika menentang Everton tersebut. McMahon cukup yakin dengan bimbingan yang betul serta keyakinan yang tinggi, tidak mustahil untuk Amoo lebih berjaya pada masa hadapan. Tambah McMahon, anda semua dapat saksikan betapa berbakatnya Amoo apabila beliau memperolehi bola di atas padang. Adakah Amoo akan mendapat peluang bermain di skuad utama Liverpool walaupun beliau cukup berbakat? Sama-sama kita ikuti perkembangan pemain sayap remaja Liverpool ini.


YNWA

Friday, April 23, 2010

Skrtel : Harap Kembali Cergas

Pemain pertahanan Liverpool dari Slovakia, Martin Skrtel yakin beliau akan kembali beraksi sebelum musim ini berakhir. Pemain jersi bernombor 37 Liverpool ini tidak dapat beraksi semenjak beliau mengalami kecederaan ketika menang 3-1 ke atas Unirea di Bucharest pad 25 Februari yang lepas. Skrtel yang kini sedang berusaha keras dengan pasukan perubatan Liverpool berharap beliau akan sembuh sepenuhnya menjelang perlawanan penutup musim ini nanti. Skrtel menyatakan beliau kini telah kembali cergas dan tidak sabar untuk turun ke padang. Beliau kini semakin hampir untuk kembali menjalani latihan bersama-sama rakan sepasukan yang lain. Tambah Skrtel, beliau tidak gembira kerana terpaksa berehat selama dua bulan disebabkan oleh kecederaan yang dialaminya. Keadaan ini tidak menggembirakan Skrtel kerana tidak banyak yang boleh dilakukannya termasuk memandu kenderaan namun beliau mendapat sokongan sepenuhnya daripada keluarga, rakan-rakan dan juga pasukan perubatan Liverpool. Persoalannya, musim hanya berbaki tiga perlawanan sahaja lagi, sempatkah Skrtel kembali ke padang?


YNWA

Thursday, April 22, 2010

Cahill : Harga Tidak Munasabah

Bolton Wanderers dilaporkan kini bersedia untuk meletakkan harga 17 juta pound ke atas pemain pertahanannya Gary Cahill. Cahill dikatakan kini telah menarik perhatian Liverpool dan pengurus The Reds Rafa Benitez dilaporkan bersedia untuk mendapatkan pemain tersebut bagi memperkuatkan lagi barisan pertahanan Liverpool pada musim hadapan. Bolton yang telah meletakkan harga perpindahan minimum untuk Cahill pada 15 juta pound di dalam kontraknya kini bersedia menaikkan lagi harga tersebut bagi melenyapkkan minat Liverpool ke atas pemain tersebut. Harga Cahill dijangka akan bertambah jika beliau membuat penampilan bersama-sama skuad England di Piala Dunia Afrika Selatan padan bulan Jun nanti. Bolton akan cuba mendapatkan seberapa banyak wang daripada penjualan Cahill (jika terpaksa dijual) agar pengurus mereka sekarang Owen Coyle mempunyai dana yang secukupnya bagi membina skuad untuk musim hadapan. Bekas pemain Aston Villa ini telah menandatangani kontrak baru dengan Bolton pada musim lepas yang menghapuskan klausa perpindahan 8 juta pound di dalam kontrak lama beliau.


YNWA

Wednesday, April 21, 2010

Torres : Saya Mahu Bermain

Nampaknya ada pihak yang mula menabur fitnah menyatakan penyerang utama Liverpool Fernando Torres lebih mementingkan negaranya berbanding kelab yang diwakilinya. Saya pasti tuduhan yang dilemparkan ke atas Torres ini sengaja diadakan untuk mengeruhkan hubungan di antara Torres dengan Liverpool. Torres bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut dan beliau menyatakan jika tidak cedera, beliau pasti akan membantu Liverpool untuk layak ke final Liga Europa pada musim ini. Tambah Torres lagi pembedahan yang dilakukan ke atas lutut beliau dilakukan setelah pelbagai pandangan diambil kira termasuklah daripada pihak Liverpool sendiri. El Nino telah bersikap profesional di dalam hal ini di mana beliau tidak sesekali mengenepikan pandangan dan pendapat daripada majikan yang membayar gaji beliau iaitu Liverpool. Hentikanlah niat jahat untuk melagakan Torres dengan Liverpool kerana Torres pasti tidak akan membelakangkan kelab di dalam setiap keputusan yang diambil oleh beliau. Manakala para peminat Liverpool sendiri sedia maklum akan komitmen Torres kepada Liverpool. Sudah beberapa musim beban untuk menjaringkan gol ditanggung oleh beliau dan juga Gerrard. Bukan pemain lain tidak menyumbangkan gol tetapi jumlah yang dijaringkan oleh Torres jelas mengatasi pemain-pemain lain. Kita harus biarkan Torres berehat dan sembuh daripada kecederaannya kerana bukan sahaja skuad Sepanyol di Piala Dunia Afrika Selatan tetapi Liverpool lebih memerlukan El Nino untuk pulih sepenuhnya bagi menghadapi musim hadapan. Jauh sekali untuk menyatakan Torres lebih mementingkan negaranya daripada kelab, kami para peminat Liverpool cukup memahami kedudukan penyerang yang dihormati di Anfield ini.


YNWA

Tuesday, April 20, 2010

Europa : Ranjau Di Madrid

Liverpool bakal menempuh laluan sukar pada perlawanan separuh akhir Liga Europa menentang kelab Sepanyol Atletico Madrid. Sukar kerana selain beraksi di tempat lawan, Liverpool telah kehilangan khidmat penyerang utama Fernando Torres yang mengalami kecederaan dan telah menjalani pembedahan. Beliau perlu berehat sekurang-kurangnya enam minggu sebelum boleh kembali beraksi di atas padang. Sekali lagi Torres terlepas aksi untuk bermain menentang pasukan kampung halamannya ini. Saya jangkakan kehilangan Torres ini sedikit sebanyak akan menjejaskan bahagian serangan Liverpool. Attletico pula kehilangan khidmat Sergio Aguero yang digantung satu perlawanan. Namun itu pasti tidak akan menghalang Atletico beraksi dengan garang di hadapan peminat mereka sendiri pada awal pagi Jumaat nanti. Liverpool juga berdepan dengan jadual perjalanan ke Madrid yang memenatkan kerana terpaksa menggunakan khidmat keretapi untuk ke sana. Ini kerana semua penerbangan di seluruh Eropah terpaksa digantung akibat daripada letusan gunung berapi di Iceland yang mengganggu perjalanan trafik udara. Namun seperti kata pengurus Liverpool Rafa Benitez, mungkin ada hikmah di sebalik kejadian ini. Mungkin perjalanan yang jauh ini akan mendekatkan lagi hubungan di antara pemain-pemain Liverpool. Samada keletihan atau tidak, saya yakin Liverpool pasti akan memberikan tentangan sengit kepada Atletico dan diharapkan kita mampu membawa balik bekalan yang baik ke Anfield untuk pertemuan pada minggu hadapan. Berikut adalah barisan kemungkinan pemain yang akan diturunkan oleh Rafa Benitez untuk perlawanan ini :

Formasi : 4-2-3-1

Barisan Kemungkinan :

RIENA

JOHNSON KYRGIAKOS CARRAGHER AGGER

GERARD MASCHERANO

BENAYOUN KUYT BABEL

NGOG

Keputusan : 1-0 kemenangan kepada Liverpool. Gol dijaringkan oleh Kuyt.

Perlawanan akan disiarkan secara langsung di Astro SuperSport Rangkaian 811

23/04/10 Jam 0300 Pagi


YNWA

Monday, April 19, 2010

LFC : Tidak Berotak

Salah seorang pemilik kedekut Liverpool, Tom Hicks bakal menimbulkan kemarahan para peminat Liverpool di seluruh dunia apabila beliau mengeluarkan kenyataan akan membuat keuntungan empat kali ganda apabila penjualan Liverpool selesai nanti. Hicks dan Gillett membeli Liverpool pada harga 219 juta pound dan bercadang untuk menjualnya pada harga 800 juta pound kepada pemilik baru. Inilah yang dikatakan sikap tamak yang dimiliki oleh pemilik Amerika a.k.a kapitalis ini. Sungguh tidak masuk akal untuk menjual Liverpool pada harga berkenaan dan ianya pasti akan memberikan masalah kepada pelabur yang berminat untuk membeli Liverpool. Jika pelabur baru perlu membelanjakan 800 juta pound untuk membeli kelab, berapa sen lagi yang tinggal untuk pembangunan kelab di masa hadapan? Nampaknya si Hicks ini masih cuba terus menerus bermusuhan dengan para peminat Liverpool walaupun kini berada di penghujung pemilikan kelab. Jurucakap kumpulan peminat Spirit Of Shankly pula memberitahu, nilai kelab adalah tidaklah mencapai tahap tersebut dan mereka sedikitpun tidak menyokong tindakan Hicks ini. Tambah mereka perbuatan Hicks ini pasti akan mengundang masalah kepada pemilik baru Liverpool dan seterusnya pasti akan memberikan kesan jangka panjang kepada kelab.


YNWA

Sunday, April 18, 2010

Torres : Kecederaan Akhiri Musim

Penyerang utama Liverpool dan juga skuad antarabangsa Sepanyol Fernando Torres kini boleh melupakan aksi bersama-sama skuad utama Liverpool setelah disahkan perlu menjalani pembedahan untuk memulihkan kecederaan lutut yang dialami beliau. Torres yang sebelum ini telah menjalani pembedahan di lutut yang sama telah dinasihatkan oleh pakar perubatan agar menjalani pembedahan tersebut bagi mengelakkan kecederaan untuk jangka masa yang lebih panjang. Selepas pembedahan tersebut, Torres dinasihatkan agar berehat selama enam minggu bagi memulihkan kecederaan tersebut. Walaupun tidak lagi boleh beraksi dengan Liverpool, Torres masih menaruh harapan agar pulih sepenuhnya menjelang Piala Dunia Afrika Selatan yang akan bermula pada bulan Jun nanti. Samada beliau mampu menanggotai skuad antarabangsa Sepanyol atau tidak, semuanya bergantung kepada tahap pemulihan ke atas pembedahan yang dijalani oleh beliau. FIFA telah meletakkan tarikh 1 Jun ini sebagai tarikh akhir untuk pasukan-pasukan yang layak ke Piala Dunia untuk menamakan pemain yang bakal beraksi di Afrika Selatan nanti. Kita harap agar Torres cepat pulih untuk membolehkan beliau bermain di Afrika Selatan nanti.


YNWA

Saturday, April 17, 2010

LFC : Pengerusi Baru Diragui

Kelakar juga apabila membaca berita yang dilaporkan oleh media dan juga di internet. Kenapa? Kedua-dua pemilik kedekut Liverpool telah membuat keputusan untuk melantik Martin Broughton sebagai pengerusi baru Liverpool di dalam usaha mereka untuk mencari pembeli yang berpontesi untuk Liverpool. Yang kelakarnya, Broughton adalah peminat fanantik pasukan Jambatan Runtuh. Beliau juga merupakan pemegang tiket semusim kelab tersebut. Broughton sebelum ini telah menyatakan beliau masih peminat pasukan tersebut dan berharap agar para peminat Liverpool dapat menerima beliau. Mungkin daripada segi profesional, perlantikan Broughton adalah tepat. Namun ini adalah bolasepak inggeris yang jelas saingan antara kelab adalah cukup sengit. Seharusnya pengerusi baru yang dilantik oleh pemilik-pemilik kedekut Liverpool tidak mempunyai sebarang pertalian dengan kelab-kelab gergasi lain di dalam liga inggeris. Sebarang pertalian walaupun kabur (Broughton pula cukup jelas) perlu dielakkan agar sebarang syak wasangka di dalam urusaan pindah milik Liverpool tidak timbul. Jika Liverpool jatuh ke tangan pemilik yang tidak berguna, maka kesalahan akan tetap ditundingkan kepada pemilik-pemilik kedekut sekarang.


YNWA