Thursday, May 13, 2010

Fowler : Mahu Urus The Reds

Bekas penyerang lagenda Liverpool Robbie Fowler menaruh harapan beliau mahu kembali ke Anfield sebagai pengurus Liverpool apabila tamatnya karier bolasepaknya nanti. Sedar dengan kemampuan beliau bermain di atas padang semakin menghampiri penghujungnya, Fowler meletakkan cita-cita menjadi pengurus Liverpool sebagai impian masa depannya. Penyerang berusia 35 tahun ini yang kini bermain di Liga Australia dimana beliau mempunyai kontrak semusim lagi dengan Perth Glory. Fowler yang masih belum mempunyai lesen kejurulatihan yang sah, bagaimanapun mengakui mungkin masih jauh untuk beliau kembali semula ke Anfield namun tidak menafikan ianya mungkin akan berlaku jika diberi peluang oleh Liverpool di masa hadapan.


YNWA

6 comments:

Amberan said...

bukan jadi coach..
jadi owner lar..
en fowler antara ex EPl yg tafaf millionare.

Amirul Idham said...

tapi rasa nye belum cukup kaya kot utk beli liv...

Takiya Genji said...

kalo x jd manager pun.. jd coach sudh.. tajamkan pemaen2 mude liverpool.. hehe~

beemer said...

bro amberan ..
jd owner+coach+manager ... hehe!

beemer said...

amirul ..
yg pasti mmg kaye si fowler ni ..
dia byk buat investment dlm hartanah kalu tak silap ..

beemer said...

genji .. byk tul nama ko bro ... haha!
pemain muda ramai yg berbakat ..
tp peluang hanya diberi kpd pemain yg perlukan berseason-season sblm kenal apa itu passing bola .. haha!