Tuesday, May 11, 2010

LFC : Biarlah Logik

Walaupun kelihatan agak merepek dan tidak masuk akal, namun sama-sama kita nilai berita yang dilaporkan ini. Liverpool kini dikatakan sedang berusaha untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 35 juta pound daripada penjualan pemain pada musim panas ini. Pemain-pemain yang dimaksudkan ialah Alberto Aquilani (17 juta pound), Ryan Babel (10 juta pound), David Ngog (10 juta pound) dan Nabil El Zhar. Tidak logik untuk meletakkan harga yang begitu tinggi untuk pemain-pemain Liverpool yang disenaraikan ini. Nilai pasaran mereka tidak mencecah harga yang dinyatakan ini. Mungkin harga yang lebih munasabah adalah Aquilani (12-15 juta pound), Ryan Babel (7-8 juta pound), Ngog (4-5 juta pound) dan El Zhar (2-3 juta pound) sahaja berdasarkan prestasi pemain-pemain tersebut pada musim ini. Penjualan Aquilani (jika berlaku) adalah satu langkah yang terburu-buru kerana pemain tengah Itali ini cukup berbakat tetapi kecederaan telah menghadkan penampilan beliau pada musim ini. Kini beliau telah kembali cergas dan dengan rehat yang secukupnya pada musim panas ini, beliau dijangka akan mempamerkan nilai 20 juta pound yang dilaburkan Liverpool ke atas beliau. Babel, Ngog dan El Zhar mungkin boleh dipertimbangkan untuk dijual dengan syarat Liverpool harus mendapatkan pengganti yang lebih baik daripada mereka untuk mengharungi musim hadapan.


YNWA

4 comments:

uNCLe Joe said...

yang lain nak blah silakan. Aquamantic biar stay lagi setahun...

INDRA QIRANA said...

aquaman jgn jual...main ok jer aku tengok...Elzar nak jual 10 juta, jual 10 ringgit pon belum tentu ada team yang nak beli

beemer said...

uncle joe ..
jgn gerrard n torres cabut sudah ..
haru jugak nak cari backbone baru ..

beemer said...

bro indra ..
aquaman patut dpt satu peluang musim depan .. byk tuh 20 juta semata-mata nak guna satu season aja ..