Boss baru Liverpool Roy Hodgson tanpa membuang masa selepas perlantikan beliau pada minggu lepas terus meninjau pasaran perpindahan pemain. Hodgson dikatakan telah memulakan rundingan dengan kelab FC Twente untuk mendapatkan pemain sayap Costa Rica iaitu Bryan Ruiz. Hodgson bersedia untuk meletakkan bidaan sebanyak 13 juta pound bagi mendapatkan khidmat Ruiz. Kini Boss baru Liverpool ini dilaporkan masih berunding dengan kelab Belanda tersebut dan beliau telah membuat bidaan permulaan sebanyak 10 juta pound untuk mendapatkan Ruiz. Dijangkakan Hodgson akan meningkatkan lagi tawaran beliau untuk mendapatkan Ruiz.
Siapakah Ruiz? Beliau merupakan pemain antarabangsa skuad Costa Rica dan boleh bermain di posisi sayap, penyerang sokongan dan juga penyerang utama. Beliau kini berusia 24 tahun dan mempunyai ketinggian 1.86 meter. Sebelum menyertai FC Twente, Ruiz bermain untuk kelab Belgium iaitu Gent. Beliau menyertai FC Twente dengan bayaran perpindahan sebanyak 4.5 juta pound pada tahun 2009. Pada musim 2009 dimana FC Twente menjadi juara Eredivisie Belanda dibawah kendalian pengurus England Steve Mclaren, Ruiz menjaringkan 24 gol di dalam 34 penampilan untuk Twente. Satu jumlah yang cukup baik untuk pemain yang baru menyertai liga Belanda.
YNWA
6 comments:
prospek yang menarik nih...
luiz Suarez lagi best kot.. ada stail
rambut stylo, kalau jadi masuk, harap style dan score banyak.
YNWA
bro indra ..
kita akan lihat skill membeli pemain yg dimiliki uncle roy lepas ni ..
tokey ..
suarez tu mmg best tp kita mmg takde pitih nak beli mamat ni .. konpem mahal tak ingat dunia punya ..
frwls ..
stylo kalu kena tanya aquilani .. hehe!
Post a Comment