Tuesday, October 20, 2009

UCL : Les Gones Perlu Dihormati


Awal pagi nanti skuad Liverpool akan menanti kunjungan Lyon a.k.a Les Gones di Anfield di dalam perlawanan ketiga peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah 2009/2010. Dengan perkhabaran kapten Steven Gerrard telah pulih dari kecederaan diharapkan beliau boleh mengemudi Liverpool untuk memenangi perlawanan ini (Rafa juga berharap sedemikian). Dengan Mascherano, Insua dan Riera juga dilaporkan cergas untuk menyertai kesebelasan utama diharapkan Liverpool boleh mempamerkan aksi yang lebih baik di dalam perlawanan di Anfield ini. Penyerang utama Liverpool, Fernando Torres belum cergas sepenuhnya untuk perlawanan ini. Diharapkan para penonton di Anfield juga dapat memberikan sokongan yang jitu untuk membolehkan Liverpool bermain dengan lebih bersemangat sepertimana yang dikatakan oleh Jamie Carragher. Namun Liverpool harus berwasapada dengan skuad Les Gones yang kini sedang mendahului Liga Perancis. Walaupun mereka tewas 2-0 di tempat sendiri kepada Sochaux, itu bukan menjadi alasan untuk Liverpool mengambil mudah perlawanan ini. Mereka adalah lawan yang lebih mantap berbanding Debrecen dan juga La Viola sebelum ini (kedua-duanya ditewaskan oleh Lyon). Hati-hati dengan kelibat bekas penyerang Porto iaitu Lisandro Lopez yang kini mengetuai barisan serangan Les Gones ini. Saya tidak kisah bagaimana cara yang digunakan oleh Liverpool untuk menang pada malam ini kerana kemenangan amat diperlukan oleh The Reds untuk mengembalikan keyakinan pada musim ini. Buruk atau tidak corak permainan malam ini tidak penting, yang penting kita perlu menang dan memungut lagi 3 mata berharga di Liga Juara-Juara Eropah. Berikut adalah barisan kemungkinan Liverpool yang akan diturunkan oleh Rafa pada perlawanan menentang skuad Les Gones ini :

Formasi : 4-2-3-1

Barisan Kemungkinan :

RIENA

JOHNSON AGGER CARRAGHER INSUA

LUCAS MASCHERANO

BENAYOUN GERRARD RIERA

KUYT


Keputusan : 1-0 kemenangan kepada Liverpool. Gol dijaringkan oleh Gerrard

Perlawanan akan disiarkan secara langsung di Astro ESPN Rangkaian 812

21/10/09 Jam 0245 Pagi



YNWA

12 comments:

Firol said...

3 kekalahan berturut-turut sikit sbyk akan meruntuhkan keyakinan peminat...

kalau kemenangan malam ni berpihak,dan menjelang pertemuan dengan woMAN mencapai kemenangan mungkin boleh merubat sikit

Amirul Idham said...

tak de torres?
adoi....

RABUN said...

aku rasa game ni seri 1-1 sama...

Anonymous said...

aku mau menang gak.. tak kira
lagi satu.. jangan bagi man belon buang belon dier merata2..

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

4 game kalah berturut²...
lagi sakit...
rafa byk wat benda pelik...
adoii...

Pro-LFC said...

Buang je la Rafa tu, dia dh abis idea,..Dia pun dh tak ada banyak alasan lagi.. Takkan tiap-tiap hari nak salahkan owners atau players. yang dia tu bagus sangat ke. Kalau Liverpool main bagus, banyak attempts at goal tapi kalah, bolehla diterima, cuma nasib je takde, Ni main entah apa-apa..Takkan nak harap Gerard dengan Torres sampai kiamat.

Apa-apa pun tahniah la Rafa, kerana dah cipta satu lagi rekod iaitu manager pertama Liverpool sejak 1987 yang kalah 4 perlawanan berturut-turut.Dia dan penyokong-penyokongnya@rafalogists boleh berbangga dengan kejayaan itu. Bravo.

Saya tetap sokong Liverpool in good times and bad times, tp saya tak sokong Rafa. YNWA.

beemer said...

bro firol ...
tetap REDS!!!

beemer said...

amirul ...
hopefully ahad ni dia fit ..

beemer said...

bro indra ..
hampir2 keputusan tu ..

beemer said...

Anoy ...
Man Belon takde di Anfield awal pg tadi ..

beemer said...

meniti senja ..
kita kena terus bergerak ...

beemer said...

Pro-LFC ..
bukan mudah menjadi pengurus liverpool ...