Sunday, October 4, 2009

BPL : Cabaran Di Jambatan Runtuh


Cabaran paling sengit buat skuad The Reds pada musim ini akan hadir pada hari Ahad ini apabila kita bertandang ke tempat lawan menentang skuad jambatan runtuh. Sengit kerana mereka merupakan antara lawan yang paling konsisten persembahannya pada musim ini. Walaupun mereka tewas kepada Wigan pada minggu lepas, itu tidak boleh dijadikan alasan kepada Liverpool untuk mengambil mudah perlawanan ini. Liverpool hadir pada perlawanan ini dengan status bukan pilihan untuk memenangi perlawanan. Hampir semua pengulas, wartawan serta penulis sukan mengenepikan terus peluang Liverpool untuk menang pada perlawanan ini. Biarkan apa yang mereka mahu katakan itu tidak penting buat kita kerana kita semua tahu bahawa mereka semua memang mahukan Liverpool tewas. Anda lihat sahaja laporan yang berjela-jela di internet sejurus selepas kita tewas pada perlawanan Liga Juara-Juara Eropah pada pertengahan minggu lepas seolah-olah kita telah terkeluar daripada pertandingan tersebut walhal masih ada baki 4 perlawanan lagi yang perlu dilalui. Biarlah mereka dengan labu-labunya, bagi saya adalah lebih baik semua pihak memandang rendah keupayaan Liverpool pada perlawanan ini kerana saya pasti keadaan ini akan mengurangkan tekanan ke atas pemain dan membolehkan mereka lebih fokus kepada tugas yang perlu dilakukan pada perlawanan ini. Seterusnya mampu bermain dengan lebih baik pada perlawanan ini dan jangan sesekali kita ketepikan kejutan yang mampu dilakukan oleh skuad The Reds.

Liverpool pasti akan bangkit pada perlawanan ini, itu yang dijanjikan oleh Rafa selepas tamatnya perlawanan Liga Juara-Juara Eropah pada minggu lepas. Tumpuan saya pada kali ini adalah kepada barisan tengah Liverpool. Saya amat berharap agar Mascherano cergas sepenuhnya untuk mengemudi barisan tengah Liverpool pada perlawanan ini. Khidmat beliau amat diperlukan kerana gandingan Lucas-Aurelio tidak begitu menjadi untuk menguasai bahagian tengah. Lebih-lebih lagi Liverpool pada perlawanan ini perlu menghadapi ancaman daripada bahagian tengah mereka yang diterajui oleh Lampard dan juga Essien. Kehadiran Mascherano pasti akan meminimakan ancaman daripada mereka. Saya juga pasti Rafa akan melakukan sesuatu jika taktik lapuk yang akan digunakan untuk merantai Gerrard oleh Essien muncul lagi pada perlawanan ini. Rafa juga mengingatkan barisan pertahanan Liverpool agar memastikan Drogba diam pada perlawanan ini dan juga berhati-hati dengan gaya lakonan peringkat Hollywood daripada penyerang ini. Dan jangan dilupakan ancaman yang bakal diberikan oleh Anelka. Petr Cech juga tidak akan beraksi pada perlawanan ini kerana digantung setelah menerima kad merah pada pertemuan dengan Wigan sebelum ini. Saya menjangkakan perlawanan ini akan sengit dengan kedua-dua pasukan akan cuba mengunci corak permainan masing-masing. Harapan saya agar Gerrard dan Torres mampu mengemudi skuad Liverpool bagi memenangi perlawanan ini. Dan saya juga menjangkakan persembahan barisan pertahanan Liverpool akan lebih baik serta berdisiplin pada kali ini kerana mereka mempunyai pemain-pemain yang mampu menanduk bola seperti Drogba, Terry, Carvalho dan juga Ivanovic. Kita perlu lebih peka kepada sebarang percubaan set piece dari lawan. Saya pasti Rafa sedar betapa teruknya barisan pertahanan beliau apabila tewas di Itali pada minggu lepas dan beliau pasti mahukan persembahan yang lebih baik daripada Carragher dan rakan-rakannya. Berikut adalah barisan kemungkinan Liverpool pada perlawanan ini :

Formasi : 4-2-3-1

Barisan Kemungkinan :

RIENA

JOHNSON SKRTEL CARRAGHER INSUA

LUCAS MASCHERANO

KUYT GERRARD BENAYOUN

TORRES


Keputusan : 1-0 kemenangan kepada Liverpool. Gol dijaringkan oleh Gerrard

Perlawanan akan disiarkan secara langsung di Astro ESPN Rangkaian 812 04/10/09 jam 1055 Malam


YNWA

6 comments:

RABUN said...

go go liverpool eh harap harap riera ngan macherano turun hari ni

Ayu Kl said...

Rafa insistence in playing Lucas is costing Liverpool dearly. His time as a manager is up for he has consistently preferred mediocre palyers in team selection. Rafa is becoming arrogant, stubborn and self-centered. Go to hell, Rafa..

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

kite kene...
ape nak wat...
rafa suke lucas...

beemer said...

bro indra ...
masch main tapi ... luncas oh luncas ...

beemer said...

Ayu KL ...
luncas anak kesayangan rafa lol ...
lagi mahal dr gerrard n torres ..

beemer said...

meniti senja ..
luncas tetap luncas ..
dah bleh anta balik brazil mamat ni ..