Saya tidak mahu mengulas mengenai perlawanan awal pagi tadi. Kalah atau menang, saya akan tetap bersama-sama Liverpool. Bersama-sama Liverpool bermaksud menerima segala kelebihan dan kekurangan pasukan Merah dari Merseyside ini. Saya bukan hendak mencari salah sesiapa tetapi apabila kita menang, semua yang terlibat dengan Liverpool akan disanjung bagai raja namun apabila kita berada dalam keadaan kemerosotan prestasi seperti sekarang, kenapa kita tidak berdiri bersama-sama Liverpool untuk menangkis segala kutukan musuh? Saya amat terkilan apabila membaca komen serta pendapat yang cukup negatif mengenai Liverpool datangnya daripada peminat sendiri. Di mana semangat Liverpool anda semua? Sekarang bukanlah masa untuk kita menunding jari kepada mana-mana pihak di atas kemerosotan prestasi Liverpool. Rakan-rakan sekalian, sekarang adalah masa untuk kita semua para peminat Liverpool bersatu serta bangkit untuk menyatakan sokongan sepenuhnya kepada LIVERPOOL FC! Hentikan permainan mencari kesalahan pasukan kita yang pasti tidak akan mendatangkan faedah kepada sesiapapun. Saya berharap rakan-rakan dapat bersabar buat masa sekarang (walaupun sudah lama sabar), kerana kita mememerlukan segala sumber yang ada di Liverpool untuk menjana kebangkitan kembali Liverpool secepat mungkin. Kepada rakan-rakan yang kecewa dengan prestasi Liverpool, hayati semangat yang terkandung di dalam lirik keramat dibawah. Semoga kepercayaan dan kesetiaan anda semua tidak pudar ke atas LIVERPOOL FC.
YOU’LL NEVER WALK ALONE
When you walk through a storm
Hold your head up high
And don't be afraid of the dark
At the end of the storm
Is a golden sky
And the sweet silver song of a lark
Walk on through the wind
Walk on through the rain
Tho' your dreams be tossed and blown
Walk on, walk on
With hope in your heart
And you'll never walk alone
You'll never walk alone
YNWA
When you walk through a storm
Hold your head up high
And don't be afraid of the dark
At the end of the storm
Is a golden sky
And the sweet silver song of a lark
Walk on through the wind
Walk on through the rain
Tho' your dreams be tossed and blown
Walk on, walk on
With hope in your heart
And you'll never walk alone
You'll never walk alone
YNWA
26 comments:
Saya ingin bertanya kenapa kita tidak boleh mengkritik Rafa Benitez?? Bukankah kalau Liverpool menang , Rafa yang mendapat sanjungan. Jadi kalau kalah kenapa Rafa tidak boleh dikritik?
Dengan tidak menyokong Rafa Benitez, tidak bermakna kita tidak setia kepada Liverpool.
Rafa Benitez telah menjadi pengurus Liverpool lebih 5 musim. Dan selepas 5 musim, prestasi Liverpool masih terumbang-ambing. Jauh dari konsisten. Alasan bahawa pemilik Liverpool tidak memberi dana yang cukup untuk membeli pemain-pemain terbaik ada kebenarannya. Itu sebahagian dari hakikat. Tetapi adakah kita akan sentiasa menggunakan alasan itu jika Liverpool sentiasa gagal? Apa pulak peranan pengurus? Bukankah Rafa yang membentuk pasukan, memilih pemain dan menentukan formasi, taktik dan pertukaran pemain? Saya tidak akan begitu kecewa andainya Liverpool bermain hebat tetapi tidak menang. Mungkin nasib tidak menyebelahi mereka.
Malangnya Liverpool amat tidak konsisten, lebih banyak bermain teruk dari bermain hebat. Kenapa jadi begitu?? Lebih-lebih lagi bila Torres dan Gerrard tiada. Takkan Liverpool mengharapkan 2 pemain ini sahaja?? Macamana dengan pemain-pemain lain yang dibeli oleh rafa?
Rekod pembelian pemain oleh Rafa juga diragui. Salah siapa? Selepas 5 musim siapakah yang diharapkan untuk menggantikan tonggak Liverpool seperti Gerrard dan Carragher? Sepatutnya sudah ada barisan pelapis yang mantap. Rafa dah diberi tempoh yang lama membentuk pasukan. tetapi adakah Rafa mempunyai perancangan jangka panjang untuk Liverpool?
Rafa juga selalu membuat keputusan yang pelik dalam pemilihan pemain. Lucas adalah contoh yang paling ketara. Apakah yang dilihat oleh Rafa? Kenapa Lucas sentiasa diturunkan??
Betul tidak ada jaminan bahawa pengganti Rafa akan lebih baik atau akan menang kejuaraan. tetapi sanggupkan kita melihat pasukan Liverpool yang sentiasa tidak konsisten di bawah Rafa?
Perubahan perlu dilakukan sebelum
terlambat. pada pandangan saya dan ramai lagi, keupayaan rafa Benitez setakat ini sahaja. Rafa juga telah kehabisan idea dan juga alasan-alasan. jadi bila kalah, suka mengulangi perkara yang sama sahaja.
Setuju. Bukan kekalahan yng dipersoalkan tetapi kualiti permainan yang dipamerkan. Selama ini benitez telah membeli 67 pemain tetapi banyak mana yang berjaya? Kalau tengok bangku simpanan, tak ada pemain yang berkebolehan merubah nasib Liverpool. Amat malang.
kesimpulannya bro.. adakah rafa sebenarnya telah gagal?
Sadly, Banitez has lost the plot. The question is, how much more games should he be given? Bear in mind, so far this season, Liverpool have won 7 but lost 6 in all competitions. Is that acceptable? That doesn't look like a decent return, let alone the hallmark of a champion.
WALK ON...WALK ON....WALK ON...WITH HOPE IN YOUR HEART...YNWA
PROUD 2 BE LIVERPUDLIANS......
YNWA
afiq_trulyREDZ
ku tetap bersama setia bersama da reds! YNWA~
Aku tak rasa Rafa telah gagal secara total...
Dia memenangi Piala Eropah dengan Team Liverpool yang dikatakan antara terlemah sepanjang sejarah Liverpool
Dia juga membawa team Liverpool menduduki tangga kedua musim lepas, dengan hanya 2 kekalahan sahaja...
Dia hanya gagal kerana meletakan pemain seperti Lucas ditengah padang sebagai teraju utama!
Bukan penyokong dalam Malaysia sahaja yang pelik, tapi seluruh Dunia!!
Bukan sahaja pengkritik amatur macam aku sahaja yang pelik, tapi pengkritik sukan seluruh dunia?!
Pada tahun lepas kejuaraan liga terlepas setelah Rafa mula memberi kepercayaan kepada Lucas ditengah padang...Sebab itu diawal liga Liverpool cukup kuat tapi akhir liga kita lemah sehinggalah membawa kekalahan dalam champhion league
bukan bertujuan menyalahkan sesiapa sebenarnya, tetapi bila sesuatu masalah timbul seseorang perlu bertanggungjawab, Orang yang bertanggungjawab adalah orang yang diberi tanggungjawab
sebab itulah nama rafa agak panas sejak akhir akhir ini...
Jadi sebagai mengalas tanggungjawab, lakukan sesuatu atau Tinggalkan sahaja Liverpool pada pengurus yang lebih bersistematik dan punya daya kreaatif mengunakan player yang ada...
Aku tidak sekali kali menyokong team lain he he pasal kalau kejuaranlah yang jadi faktor dah lama aku menyokong MU atau Aresenal
Aku tetap penyokong LIVERPOOL
YNWA!! FOREVER N EVER!!
http://rabunmerah.blogspot.com/
mmg bleh slhkn rafa, tp..
just a point to ponder..
game smlm tamat dgn 7 defensive players atas padang (x termasuk keeper), n we still conceded..salah rafa ke salah players?
ak x setuju rafa substitute benayoun,tp adakah by sacking him everything will get instantaneously better? kl sack skrg,sape plk layak ganti die? kte x bleh hire sebarang manager. n yg plg penting, sape nk dtg manage kelab yg x stabil? n ad possibility jgk those spaniards akan pegi.
Rafa is a dead man walking.Kenapa letak banyak sangat defensive players atas padang? Bercadang nak menang dengan 1-0 sahaja ke? Itu la mentaliti Rafa.
SEkarang dia mula menyalahkan kecederaan kepada pemain utama sebagai punca kekalahan. Lepas ni apa pulak ye?
liverpool tetap dihati...
tapi perubahan perlu berlaku dalam team kalau terusan begini.....
sebelum menjawab komen rakan-rakan ..
terima kasih saya ucapkan di atas sokongan anda kpd blog ini dan kepada liverpool amnya ..
sokongan anda amatlah saya hargai ..
terima kasih ..
Pro-LFC ..
terima kasih di atas komen panjang lebar anda ..
dengan menggunakan nama Pro-LFC adakah anda sedar apa yang anda tulis adalah berlawanan dgn nama yang anda gunakan?
Pro-LFC ..
anda tidak boleh mengasingkan di antara pengurus, pemain dan kelab LFC itu sendiri ..
entiti ini saling berkaitan rapat di antara satu sama lain ..
di dalam bahasa yg mudah ..
LFC tidak akan wujud tanpa pemain, pengurus, penaja, pemilik dan juga kita sebagai peminat ..
saya tidak nyatakan sama sekali kita tidak boleh mengkritik Rafa dan juga pemain-pemain di bawah kendalian beliau ..
kita berhak untuk mengkritik pengurus dan juga pemain liverpool kerana kita mahukan yang terbaik buat liverpool ..
tapi harus kita ingat .. kritikan yang melampau dan dilemparkan secara terbuka pasti akan menjejaskan imej liverpool secara langsung ..
sebagai peminat liverpool yang sejati .. sekurang-kurangnya kita harus mempunyai rasa hormat kepada pengurus dan pemain-pemain liverpool ..
jika kita mengkritik dengan berlebihan (walaupun niat kita baik) saya pasti ramai musuh2 yang mahu melihat kita jatuh akan bergelak ketawa melihat kita menghentam pengurus dan pemain-pemain kita sendiri ... adakah kita sanggup melihat mereka lebih bergembira melihat kita berselisih sesama sendiri?
saya akui rafa dan juga pemain-pemain liverpool beraksi di bawah prestasi terbaik mereka ..
namun siapa yang tidak mahukan kemenangan?
mmg pedih apabila melihat pasukan kita semakin hari semakin merosot prestasinya ...
sebagai peminat sejati .. apa yang saya katakan ialah kita seharusnya bersama-sama berdiri di belakang kelab untuk melalui masa sukar ini ..
masalah konsistensi mmg telah lama menghantui liverpool ..
saya akui kita mmg tidak konsisten .. selain rafa banyak lagi faktor2 yg menyumbang kepada perkara ini .. namun sepertimana kata Pro-LFC .. ada benarnya pemain simpanan kita tidak cukup baik .. tp adakah kita pernah sedar Rafa mahukan pemain-pemain seperti Villa, Silva, Alves, Barry, Simao, Albiol (antaranya) yang jelas mempunyai kualiti pemain bertaraf dunia .. namun beliau tidak diberikan dana untuk membeli pemain-pemain ini yg saya pasti akan memberikan lebih pilihan kepada skuad liverpool skrg .. Rafa baru 5 musim bersama-sama liverpool dan kini beliau memasuki musim keenam .. terlalu banyak masalah yang dihadapi oleh Rafa termasuklah serangan peribadi drp pemilik sendiri .. mungkin ada pihak yang mendakwa Rafa telah berbelanja 250 juta selama 6 musim .. namun harus Rafa harus menjual pemain-pemain beliau untuk mendapatkan sebahagian daripada jumlah itu .. rafa juga telah membawa liverpool ke liga juara-juara eropah selama 5 musim berturut-turut yang merupakan antara lubuk pendapatan utama liverpool .. mengenai keputusan pelik dan juga lucas .. bukan anda seorang Pro-LFC yang menggaru kepala terhadap Rafa .. saya sendiri pun tidak faham dengan Rafa ..
Nasihat saya .. kita perlu bersatu sebagai peminat Liverpool ... simpan seketika blaming game (jika ada) ..
kita perlu membantu liverpool mengatasi kemerosotan prestasi ini ...
kelab akan goyah jika pemain, peminat, pengurus dan juga pemilik tidak bersatu padu samada di masa senang atau susah ..
saya bukan Pro-Rafa (jika ada yg beranggapan sedemikian) ..
saya seperti anda semua .. mahukan yang terbaik untuk Liverpool FC .. YNWA ..
faizal ..
pernah anda tengok senrai 67 pemain yang dibeli oleh Rafa?
siapa yang terkandung di dalam senarai tersebut? ramaikah pemain yang bernilai 10 juta pound ke atas yg boleh dikategorikan pemain yg mempunyai kualiti seperti alonso dan Torres? dan adakah anda pasti semua pemain-pemain ini dibeli oleh Rafa? jangan percaya dgn media yg menyatakan semua pemain tersebut dibeli oleh Rafa ..
kingofangel ..
jika anda bertanya kpd saya ..
saya masih belum membuat sebarang kesimpulan mengenai kedudukan Rafa ..
pendapat peribadi saya .. inilah kedudukan Rafa paling teruk semenjak beliau mula mengemudi liverpool 5 musim yang lepas ..
saya seperti anda semua .. pening dgn Rafa .. namun bukan semua perkara yang dilakukan beliau adalah buruk hasilnya .. masa akan menentukan kedudukan beliau di anfield .. sama-sama kita saksikan episod berikutnya di anfield ..
Anti-Rafa ..
yup he lost in 6 games ..
which is not a very good record ..
but the road are still long way to go .. let's hope for the best ..
Afiq ..
you're true liverpudians lah bro!!!
YNWA!!!
princess ..
yeah .. once reds always reds ...
YNWA ..
bro indra ..
kalu kita cakap soal tanggungjawab ..
rasanya kita semua sebagai peminat liverpool perlu juga bertanggungjawab sepenuhnya apabila liverpool berjaya dan juga apabila liverpool merosot prestasinya sperti sekarang ..
tanggungjawab kita untuk berdiri bersama-sama pasukan untuk memastikan liverpool bangkit semula pada musim ini ..
kita perlu ingat ..
Rafa itu adalah manusia ..
dan manusia mmg terdedah kpd membuat kesilapan ..
kita harap rafa dpt belajar drp kemerosotan prestasi sekarang ini .. mungkin ada perkara yang baik berlaku kepada kita semua di dalam mengharungi masa yang sukar ini ..
YNWA ..
sis sydney ..
also if we want to sack rafa ..
is there any money for the owner to pay 20++ mil pound to Rafa and his backroom staff?
Rafafool ..
which is better mng 1-0, seri 1-1 atau kalah 2-1?
jika kita mempunyai sumber yang terhad .. mempertahankan gawang dari dibolosi adalah pilihan terbaik .. perlu diingat top teams in england juga akan bermain defensif jika mereka diserang bertali arus dan hanya mengharapkan counter attack ..
kecederaan pemain itu ada benarnya .. kehilangan pemain-pemain utama pasti akan menjejaskan pasukan .. bolehkan arsenal bermain baik jika kehilangan arshavin, fabregas n van persie serentak? bolehkan chelsea bermain dgn baik jika kehilangan lampard, terry dan juga drogba serentak?
benar kita memerlukan pemain simpanan yang bertaraf dunia .. namun adakah rafa diberi dana untuk membeli pemain sedemikian?
bro firol ..
rafa perlu buat sesuatu ..
dan kita semua berharap torres, gerrard dan johnson pulih sepenuhnya untuk membantu liverpool kembali kepada kemenangan .. YNWA
u r truly LIVERPUDLIANS 2 bro....
troskn bekarya bro beem n
YNWA....
afiq_trulyREDZ
Saya tidak setuju dengan artikel ini. Rafa yang buat salah, mengapa pula saudara kecewa dan menyalahkan peminat Liverpool yang salahkan Rafa?
Rafa peranannya- mengurus secara bijak.
Peminat peranannya- menyokong secara bijak.
Persoalannya, adakah Rafa sekarang mengurus secara bijak?
Sejak Rafa mengurus, saya (peminat Liverpool) memang kurang gemar dengan caranya, tetapi tetap menyokong kerana saya peminat Liverpool.
Sama juga dengan penyokong politik PKR, pasti tidak menyokong UMNO, tetapi penyokong PKR tetap setia dengan Malaysia.
Begitu juga saya, saya setia dengan Liverpool, tetapi tidak dengan Rafa, tidak dengan Lucas, tidak dengan Hick dan Gillet.
Sudah terlalu lama saya bersabar.
Sekiranya kejayaan Rafa membawa piala Eropah dan FA sebagai ukuran, mengapa tak bawa sahaj Kenny Daglish? Kenny Daglis jauh lebih berjaya daripada Rafa.
Sekiranya bukan kerana Liverpool tidak diban oleh UEFA pasti, Kenny Daglish sudah membawa piala eropah lebih awal ke Anfield.
Bagi saya, Rafa, anda memang bagus, tetapi masa anda sudah cukup.
Terima kasih.
|dingin|
saudara dingin ...
terima kasih di atas pandangan serta kesudian saudara singgah di blog kecil saya ini ..
saya kira saudara ini merupakan penulis di blog sokernet bukan? (maafkan saya jika tersilap) ..
nampaknya saudara seolah-olah menyatakan saya ini adalah seorang peminat yang pro-Rafa ..
seperti saya saya tulis sebelum ini ...
kita berhak untuk mengkritik pengurus dan juga pemain di bawah kendalian beliau ...
berhak kerana kita semua mahukan yang terbaik utk Liverpool LFC ..
Rafa jika saudara katakan beliau tidak bijak mengurus .. itu adalah pendapat peribadi saudara ..
saya tidak mahu masuk campur di dalam persoalan bijak atau tidak Rafa mengurus liverpool ..
peminat ... menyokong secara bijak ...
bijak sepertimana yang saudara mahu?
adakah bijak hanya dengan mengkritik Rafa apabila pasukan tersungkur seperti sekarang?
saudara dingin ..
saya pasti saudara adalah antara peminat yang cukup lama menyokong liverpool ...
saya sebenarnya tidak mampu untuk menghalang mana-mana peminat liverpool daripada menyalahkan Rafa ..
kita masing-masing mempunyai pandangan peribadi sendiri ..
pernahkah saudara terfikir .. jika kita secara berterusan menghentam rafa dan juga pemain-pemain beliau secara terbuka ...
secara langsung kita juga menjatuhkan imej kelab berprestij ini?
saya juga agak pening Rafa dan juga taktikalnya ... antara persoalan yg masih kekal di dalam benak fikiran saya .. kenapa lucas masih bermain di kesebelasan utama?
namun disebabkan kemerosotan prestasi srkg ini saya ketepikan dulu soal tersebut ..
saudara dingin ..
betul tak kira samada PKR atau UMNO .. kita semua sayangkan Malaysia ..
tapi pernahkah mereka di dalam parti-parti ini menghebohkan apa masalah berlaku di dalam parti secara terbuka?
mungkin ada tetapi ianya tetap dinafikan mereka semua bukan?
jika ada sebarang masalah pasti akan diselesaikan secara dalaman ..
saudara dingin ..
saya akui kelab kita dilanda krisis skrg ini ,,,
tidak salah jika kita mahu mengkritik ... namun lebih baik kita lakukan secara lebih tertutup ...
Kenny Dalglish?
yup beliau adalah antara lagenda Liverpool ...
Namun harus saudara ingat .. zaman Kenny menjadi pengurus telah berlalu hampir 20 tahun lalu ..
corak permainan, sains, ekonomi, mutu pengadilan, liga telah banyak berubah ..
Kenny mungkin memerlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri jika beliau kembali menjadi pengurus liverpool ..
jika Rafa ditakdirkan pergi .. saya amat bersetuju pengganti terbaik beliau adalah Kenny Dalglish ..
saudara dingin ...
kita sebagai antara peminat senior liverpool seharusnya menunjukkan contoh yang lebih baik kepada peminat generasi baru (kurang 10 tahun mengenali liverpool) ...
kita sepatutnya lebih tenang dan tenteram sewaktu pasukan mengalami kemerosotan prestasi ..
saya pasti kita semua cukup lama bersabar ...
yakinlah sabar kita ini pasti akan berbalas samada semasa Rafa menjadi pengurus atau ada pengurus baru yang menjadi pengurus liverpool di masa akan datang ..
saudara dingin ...
saya bukan pro-Rafa atau anti-Rafa ..
dan saya tidak menyalahkan para peminat yang mempunyai pandangan peribadi masing-masing ..
saya seperti saudara-saudara semua ... mahukan yang terbaik utk Liverpool FC ..
yang terbaik buat masa skrg adalah bersama-sama bersatu utk menyatakan sokongan kita ke atas Liverpool FC ..
mohon maaf jika pendapat saya tidak tepat ataupun tidak selari dgn pendapat saudara ...
tujuan saya mewujudkan blog ini adalah untuk bertukar-tukar pandangan dan idea dgn para peminat liverpool di seluruh dunia ..
bukan niat saya untuk berselisih dgn rakan-rakan peminat liverpool disbbkan perbezaan pendapat di antara kita ..
malah pendapat saudara amat dialu-alukan di blog ini ..
Tugas kita sukar pada hari Ahad ini ..
namun jika semua percaturan kita mengena nanti ... pasti lumayan pulangan yang akan kita perolehi ..
jika tidak berjaya (saya tidak mahu kalah lagi) .. saya tidak tahu mengenai saudara .. tetapi saya akan tetap bersama-sama Liverpool FC ... YNWA ..
no hal bro,
Ahad ni, tetap baju merah di mapley.
YNWA!
|dingin|
yup that's the spirit bro ..
once reds always reds!!
YNWA!
Post a Comment