Liverpool kembali ke kancah Liga Perdana Inggeris pada malam ini dengan membuat kunjungan kembali ke London. Setelah beraksi di Emirates pada awal pagi Khamis lalu, skuad The Reds akan berkunjung ke Craven Cottage untuk menghadapi Fulham a.k.a The Cottagers di dalam perlawanan ke 11 liga. Kita mengharapkan skuad The Reds akan dapat meneruskan rentak kemenangan selepas Berjaya menewaskan skuad syaitan merah pada minggu lepas. Liverpool akan kehilangan khidmat kapten Steven Gerrard dan juga pemain pertahanan Glen Johnson disebabkan kecederaan. Namun Liverpool akan diperkuatkan dengan kembalinya khidmat pemain tengah Argentina, Javier Mascherano yang sebelum ini digantung satu perlawanan ketika menentang skuad senapang di dalam Piala Carling awal Khamis yang lalu. Penyerang utama Liverpool, Fernando Torres dijangkakan cergas sepenuhnya untuk perlawanan ini setelah beliau direhatkan ketika menentang skuad senapang. Albert Riera masih belum pulih daripada kecederaan dan Alberto Aquilani juga dijangkakan tidak dapat beraksi kerana serangan virus. Berikut adalah barisan kemungkinan yang bakal diturunkan oleh Rafa Benitez di dalam perlawanan pada malam ini:
Formasi : 4-2-3-1
Barisan Kemungkinan :
RIENA
CARRAGHER AGGER SKRTEL INSUA
LUCAS MASCHERANO
KUYT BENAYOUN AURELIO
TORRES
Keputusan : 1-0 kemenangan kepada Liverpool. Gol dijaringkan oleh Torres
Perlawanan akan disiarkan secara langsung di Astro ESPN Rangkaian 812
31/10/09 Jam 1055 Malam
YNWA
14 comments:
maknanya liv akan kurang serangan dari sebelah kanan, sebelah kiri pulak akan lebih mantap.
Tak habis2 betul aquaman kita ni.. dah pulih cedera, kena virus plak.. Virus apa tu? H1N1?
la main baru berapa minit hari tue dh kena virus plak...kalau bukan h1n1 takkan hiv plak kot...hahaha...bila la agak nyer dpt tngok 1st 11 yg mantap ek...
aku rasa dah smpi masa benitez ni kene pecat.. aku dah hilang sabar tgk mamat ni. game lwn fulham ni aku rasa first half liverpool main ok walau kene sebijik masa tu.Tapi liverpool mula rosak bila torres keluar. Bila fulham dah score 2 goal benayun lak kuar. player mana ntah ganti dia. tak penah aku dgr nama. ntah apa ada dlm otak benitez tu. Tau la nanti ada ucl tapi apa yg benitez wat dlm game ni buat leverpool rosak. Padah nya 2 player liverpool kene buang padang. aku tak penah menyampah mcm ni kat benitez tapi kali ni aku betol2 tak tahan. Buang je benitez dgn mangkuk amerika 2 eko tu. ambik je king kenny jagi manager sementara. geram aku.. cis
sokong je ngan pdpt bro naz.. sungguh menyakitkan.. memalukn.. argghh! tensen aku dibuatnye.. shutdown trus impian nk jd juare.. da ilang kesbrn~
Saya sgt setuju dgn pandangan Naz.Saya dah lama hilang keyakinan pada Benitez. Boleh dikatakan Benitez sentiasa mencari alasan bila Liverpool tidak perform, semua salah orang lain kecuali dirinya. Benitez adalah KANSER kepada Liverpool. Saya harap kita semua buka mata dan berfikiran rasional. Lihatlah corak permainan dan strategi yang diamalkan oleh Benitez. Memalukan! Kalau alasan tak ada duit nak beli pemain digunakan, kelab-kelab lain seperti Fulham, Wolves, Burnley dan dll boleh juga gunakan alasan yang sama.
Lagi cepat benitez pergi lagi bagus untuk Liverpool sebelum Liverpool lebih parah lagi. Kemenangan dengan MU sudah jadi tidak bermakna. jangan dibuai dengan kemenangan ke atas MU. "One win doesn't make a summer".
SELAMAT JALAN BENITEZ. PEMERGIAN MU TIDAK AKAN DITANGISI MALAH DISAMBUT DENGAN KEGEMBIRAAN KERANA KAULAH PEROSAK SEBENAR LIVERPOOL
ni pendapat peribadi aku la.. mmg ada yg kata liverpool jadi lemau ni sebab player injured pastu player yg dok kat bangku simpanan tu tak setaraf player utama.. tp kita kene pikir gak ni pon satu kegagalan benitez. dia lama dah kat liverpool takkan dlm tempoh tu dia tak bole nak sediakan skuad yg mantap. bila alonso out je dari liverpool teros liverpool jatuh merudum. lojik ke beb. Benitez mungkin bagus kat valencia dulu tapi ni epl lain corak permainan. Takkan kita nak teros pertahankan benitez semata2 dia bg liverpool juara ucl tahun 2005 dulu. benitez kene cepat out dari liverpool sebab bg aku makin lama dia kat leverpool makin cepat liverpool jatuh terok. Tempatmu bukan di liverpool lg benitez. pergi la secara terhormat sebelom kena pecat. Aku menanti saat itu..... cis cis benitez.
Bravo Naz, for speaking the truth!
dia rasa dah selamat sebab tu dia buat benda bodoh ni, boleh ker Liverpool pecat dia sekarang??
Bukan nanti Liverpool terpaksa bayar pampasan yang banyak ker?
SIALAN betul benitez ni...
kingofangel ..
demam aja bro ..
h1n1 kalu mahu kena kuarantin kat spital ..
sis blassom ..
kena sabo .. dia ada 5 musim dgn liverpool ..
bro naz ..
pecat-memecat wa tak masuk campur ..
with or without benitez .. i still support LFC ..
bro kisuke ..
layan naruto aja bro .. ilang sakit ati .. hehehe!
anti-Rafa ..
it's your personal opinion ..
setiap peminat berhak ada pendapat masing2 ..
bro indra ...
kena bayo leboh kurang 30 juta pound ..
including staff dia yang ada di liverpool skrg ni .. byk tu wehhh!
Post a Comment