Wednesday, November 4, 2009

UCL : Ayuh Gegarkan Lyon Pagi Ini


The Reds akan turun pada awal pagi ini untuk menyambung perjuangan di Liga Juara-Juara Eropah. Di atas kertas, perlawanan menentang Lyon di Stade de Gerland ini amatlah penting kepada Liverpool bagi menghidupkan kembali sisa-sisa peluang untuk ke pusingan kalah mati selepas ini. Kemenangan amat diperlukan oleh Liverpool untuk terus bersaing namun ianya bukan tugas mudah apabila berdepan dengan pasukan Perancis ini. Liverpool akan hadir sebagai underdog di dalam perlawanan ini berdasarkan prestasi yang tidak menentu sekarang ini. Ditambah lagi dengan senarai kecederaan yang tidak putus-putus dan yang terbaru pengesahan telah diterima menyatakan Glen Johnson dan Fabio Aurelio tidak akan dapat beraksi di dalam perlawanan ini. Skuad Liverpool yang turun di dalam perlawanan ini bukan berada di tahap keupayaan sebenar setelah kehilangan ramai pemain-pemain utama akibat kecederaan. Penyerang utama Fernando Torres dijangka akan diturunkan dan beliau dikhabarkan akan bermain dengan kesakitan di dalam usaha untuk membantu Liverpool. Namun seperti yang pernah saya katakan sebelum ini, kalah sebelum berjuang di atas padang bukanlah satu pilihan buat Liverpool. Saya pasti pemain-pemain Liverpool pada awal pagi ini akan bermain bermati-matian untuk mencapai kemenangan. Tugas kita sukar di Stade de Gerland namun ianya tidak mustahil untuk dilakukan. Bak kata pemain Lyon sendiri, Toulalan dan Cris, sukar untuk menjinakkan harimau yang sedang luka dan adalah satu kesilapan untuk mengenepikan terus pasukan seperti Liverpool. Berikut adalah barisan kemungkinan pemain yang akan diturunkan Rafa Benitez pada perlawanan awal pagi nanti :

Formasi : 4-2-3-1

Barisan Kemungkinan :

RIENA

CARRAGHER AGGER KYRGIAKOS INSUA

LUCAS MASCHERANO

KUYT AQUILANI BENAYOUN

TORRES


Keputusan : 2-1 kemenangan kepada Liverpool. Gol dijaringkan oleh Torres dan Aquilani

Perlawanan akan disiarkan secara langsung di Astro ESPN Rangkaian 812

05/11/09 Jam 0340 Pagi


YNWA

10 comments:

ms.hafiz said...

harap aquilani akan mengurangkan beban yang ditanggung torres...

Firol said...

Come on reds

RABUN said...

ahhh ibarat hero yang tercedera,

Anti-rafa said...

Sebagai peminat setai Liverpool selama lebih 20 tahun, saya amat sediah dengan nasib yang menimpa Liverpool. Apa tah lagi Liverpool telah melacurkan kelab kepada seorang seperti BEnitez yabg hanya pandai bercakap.Kita tunggu lah alsan2 Benitez. Kepada yang ingin mempercayai Benitez, teruskan sahaja but he writng is on the wall!

Ayu KL said...

Rafa's official comment: "We had some chances but to concede a goal at the very last minute in really, really unlucky!!" Yeah right. Same old same old comment from Benitez. Haven't we all heard that before? Sounds familiar isn't it? How low can he go? What about last season when we won many games in the last minutes? Wasn't it down to luck as well?? Or was it due to Rafa's genius??

.Goodbye, Mr Benitez.

beemer said...

hafiz ..
kempunan dia tak main pagi tadi ..
lwn birm isnin depan bleh kot ..

beemer said...

bro firol ..
hampir mng .. tp seri ..

beemer said...

anti-Rafa ..
setiap peminat ada pendapat masing2 ..
kita semua mahu yang terbaik utk LFC!!

beemer said...

bro indra ..
hero yang nyaris mng ..

beemer said...

Ayu KL ..
in football ..
bukan semua bernasib baik .. ada juga yang bernasib tidak baik ..