Pemain antarabangsa Brazil dan juga playmaker kelab pendahulu Liga Brazil, Sao Paulo, Anderson Hernanes de Cavalho Andrade Lime a.k.a Hernanes telah dikaitkan dengan perpindahan ke gergasi Liga Inggeris Liverpool pada bulan Januari nanti. Rafa Benitez dikatakan berminat dengan pemain yang digelar “Kaka Baru” ini dan beliau dikatakan sedang meningkatkan usaha untuk mendapatkan pemain berusia 24 tahun ini. Hernanes sebelum ini turut dikaitkan dengan kelab-kelab Itali seperti AC Milan dan Juventus tetapi mereka gagal untuk memenuhi tuntutan yuran perpindahan oleh Sao Paulo. Pemain tengah Brazil ini dikatakan berminat dengan Liga Itali tetapi jika terdapat tawaran menarik dari Liga Perdana Inggeris, beliau pasti tidak keberatan untuk menelitinya. Pemain-pemain Brazil di Liverpool iaitu Lucas Leiva, Fabio Aurelio serta Diego Cavalieri mungkin memainkan peranan penting untuk menarik perhatian Hernanes ke Anfield. Saya tidak pasti berapakah yuran perpindahan yang diminta oleh Sao Paulo namun saya percaya jumlahnya tidak sedikit sehingga AC Milan serta Juventus juga mempunyai masalah untuk menyediakannya. Jika ditawarkan pada harga yang betul, Liverpool mungkin boleh melihat pemain ini secara serius.
YNWA
3 comments:
mungkin...
owner kasi duit lebih la...
bila timbul bab pembelian player ni...aku tak menaruh harapan sgt...sebba kita kelab yg sederhana..takde banyak fulus
jangan jadi Lucas no 2 sudah ler he hee..ahh lamanya tak cakap pasal bola sejak masalah ekonomi melanda diri..
Post a Comment