Friday, November 20, 2009

BPL : Ayuh Gempur Citeh!

Perlawanan menentang citeh pada hari Sabtu ini adalah medan terbaik buat The Reds untuk menutup mulut-mulut busuk pemain-pemain yang kononnya “bintang” di dalam skuad jiran sekampung manyoo ini. Masakan tidak dua minggu sebelum perlawanan ini bermula, sudah pemain mereka yang jelas memperlekehkan Liverpool dengan berkata mereka tidak akan memberikan belas kasihan ke atas Liverpool. Bercakap seolah-olah telah beratus kali menjadi juara liga inggeris atau juara Liga Juara-Juara Eropah lagaknya. Tak mengapa jika mulut mereka busuk-sebusuknya, seperti yang saya tulis sebelum ini, mari kita mengajar mereka cara bermain bolasepak sebenarnya di Anfield Sabtu ini. Mereka berlagak agaknya sebab mampu menewaskan senapang dan tewas tipis kepada manyoo sebelum ini. Mungkin dengan rasa megah sebegitu, mereka rasakan skuad mereka yang mahal ini mampu dengan mudah melaukkan Liverpool. Kita tinggalkan skuad bermata duitan ini dan tumpukan kepada persiapan pasukan kita pada perlawanan ini.

Liverpool pada perlawanan ini dijangkakan akan membuat sedikit perubahan di dalam kesebelasan utamanya. Dengan beberapa pemain utama yang telah pulih daripada kecederaan dan cergas sepenuhnya kerana telah berehat selama dua minggu daripada menyertai perlawanan antarbangsa, Liverpool dijangkakan akan dapat menurunkan pemain yang lebih cergas berbanding citeh. Kapten Steven Gerrard, pemain pertahanan Daniel Agger dan Glen Johnson dilaporkan kini bersedia untuk diturunkan pada perlawanan ini setelah pulih daripada kecederaan. Penyerang utama Fernando Torres dijangka tidak dapat berkasi sepenuhnya tetapi masih berpeluang untuk disenaraikan di bangku simpanan. Pemain sayap Riera dan Benayoun masih belum pulih dari kecederaan dan kini masih menjalani rawatan. Manakala Jamie Carragher masih menjalani penggantungan perlawanan akibat kad merah yang diterima sewaktu menentang Fulham. Pemain tengah Javier Mascherano dan Lucas pula tidak terbang ke Amerika Selatan kerana perlawanan persahabatan antarabangsa mereka hanya diadakan di Eropah dan juga Asia. Perjalanan yang lebih pendek dan masa rehat yang lebih diperolehi oleh kedua-dua pemain tengah Liverpool ini. Jika kita semua bernasib baik, mungkin kita akan berpeluang untuk melihat kelibat pemain tengah terbaru The Reds, Alberto Aquilani membuat penampilan sulung daripada kesebelasan utama setelah masuk sebagai pemain gantian sebelum ini. Berikut adalah barisan kemungkinan pemain-pemain kesebelasan utama yang bakal diturunkan oleh Rafa Benitez di dalam perlawanan pada hari Sabtu ini :

Formasi : 4-2-3-1

Barisan Kemungkinan :

RIENA

JOHNSON AGGER SKRTEL INSUA

LUCAS MASCHERANO

KUYT AQUILANI GERRARD

TORRES


Keputusan : 2-0 kemenangan kepada Liverpool. Gol dijaringkan oleh Gerrard dan Kuyt.

Perlawanan akan disiarkan secara langsung di Astro ESPN Rangkaian 812

21/11/09 Jam 0845 Malam


YNWA

4 comments:

Firol said...

ngog kot..torres belum sepenuhnya..kena sabar...

Hoo MC kata apa lauk..boleh kalahkan......hohohoo..belum lawan dah merepek

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

btol firol...
ngog main...
def agger n carra la...

mufc said...

hai kawan,,jgn mare..ni penyokong MU. Menang kalah sabtu ni aku tak pasti, tapi kekuatan Live dan Man C setaraf shj tahun ni, dua2 pasukan ramai penyerang tapi bermain corak bertahan. Takut bayang2 sendiri baik Rafa maupun Hughes.

Kalau Kuyt, Lucas main payah sikit nak menang tapi kalau Bennayoun dan Ngog main aku sure Live boleh ratah city. camni sng citer biar adil aku letak Live mng 2-1. ok puas hati???

Anonymous said...

Sy peminat Liv tp sy setuju dgn mufc..Liv blh menang dgn semua team tp masalah Liv ialah Rafa, taktik dan siapa yg diturunkannya.Amat malang bila pemain seperti Lucas dan Kuyt serta Voronin dijadikan sandaran oleh Rafa.