Wednesday, November 25, 2009

LFC : Teruskan Perjuangan The Reds!!

Pahit tetapi itulah yang harus kita harungi untuk musim 09/10 ini. Menang menewaskan Debrecen tetapi Liverpool terkeluar daripada saingan Liga Juara-Juara Eropah 09/10. Lyon gagal menghalang Fiorentina daripada mencapai kemenangan di Itali. Liverpool telah melaksanakan tugas mereka di Hungary namun itulah bolasepak. Sukar untuk menjangkakan peluang kita jika mengharapkan bantuan daripada pihak lain. Saya tidak mempunyai sebarang komen mengenai Lyon kerana di Itali, mereka nyata menurunkan barisan terkuat mereka untuk menyaingi tuan rumah. Dan mereka tewas kerana Fiorentina hanya mampu menjaringkan gol penalti dan separuh masa kedua hanya bertahan untuk menyerapkan asakan Lyon. Tamat kisah perjalanan Liverpool di Liga Juara-Juara Eropah pada musim ini dan kita akan meneruskan perjuangan yang belum selesai pada musim ini di Liga Europa. Bak kata penjaga gol Pepe Reina, bukanlah kiamat buat Liverpool jika terkeluar dari Liga Juara-Juara Eropah. Kita harus bangkit di dalam saingan liga perdana inggeris dan berjuang di Piala FA serta Liga Europa nanti. Kepada rakan-rakan peminat, kita semua kecewa dengan keputusan semalam tetapi kita semua harus berdiri di belakang kelab di saat sukar seperti ini. Mungkin kali ini bukan hari kita tetapi hari esok siapakan tahu. Teruskan perjuangan The Reds!!!


YNWA

12 comments:

Takiya Genji said...

sedih,kecewe,mrh,kutuk...
gembire,bersorak,puji..

adat peminat.. yg penting..

owez a kop fan!
YNWA!!

Anonymous said...

proud 2 be LIVERPUDLIANS!!!




~~WALK ON~~

afiq_trulyREDZ


YNWA

Anonymous said...

Liverpudlians?? Sedikit pembetulan bro, Liverpudlians refers to the native/inhabitants of Liverpool. They may or may not be supporters of LFC.

zafa said...

Proud to be KOPITESS..
hope LIVERPOOL lebih kuat pada musim depan

even LIVERPOOL dah out UCL,tp layak MASUK UEFA CUP kan..

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

ape² pon...
owner bodoh...

Anonymous said...

Owners dan Benitez sama-sama bodoh.

Pyan Dahri said...

rasanya liv x kuar lagi la.. masih ada kemungkinan..
kalau lyon kalah dgn debrecen paling sekurang-kurangnya 1-0 dan liv kena menang paling kuyang 4-0 dgn fiorentina.. liv masih ada peluang.. tiada yg mustahil.. liverpool are magic!

firol said...

forever reds....walau hati sakit melihat senyuman owner yg kedekut..

Anonymous said...

ya..LAhanat amerika 2 mmg bullshit..

Anonymous said...

yup dats true kingofangel..

aku analisis table..

cmna liverpool da trkeluar..

plik r..

ade pluang lg..

ABU said...

..when the going gets tough...the TOUGH get going!!!

YNWA

Anonymous said...

Liv memang dh terkeluar. Yang terpakai ialah sekiranya 2 pasukan mempunyai mata yang sama, maka keputusan perlawanan antara kedua2 itu yang diambil kira, bukannya perbezaan gol.

Sekarang ni fiorentina 12 mata, lyon 10 mata, liv7 mata..Utk game terakhir, sekalipun lyon kalah dengan debrecen 1-0 saja dan Liv menang 1000 -0 dgn fiorentina, maka Liv dan Lyon masing2 kumpul 10 mata. perbezaan gol memang akan memihak kpd Liv tp itu tak diambil kira.

Yang diambil kira rekod pertemuan antara Lyon dan Liv. Dalam 2 perlawanan tu, Lyon menang 1 dan seri 1. Jadi Lyon akan layak.