Sunday, April 19, 2009

Rafa : Aper Masalah 2 Orang Tua Ni?

Tersenyum sinis dan tergelak juga saya apabila membaca komentar Bro Amberan di laman LIVERPOOLKITA. Bukan apa, saya masih tertanya-tanya kenapa pengurus manyoo dan Blackburn berganding bahu untuk menyerang Rafa di media. Apa agenda mereka ini? Takkan takut dengan kebangkitan Liverpool di kebelakangan ini? 

Mereka berdua menuduh Rafa membuat isyarat kurang sopan selepas Torres menjaringkan gol kedua Liverpool. Rafa kelihatan tersenyum apabila melihat anak-anak buahnya menjaringkan gol kedua tersebut. Dan ini dianggap oleh Allardyce sebagai hinaan dan tidak hormat kepada pasukannya Blackburn. Dan perkara ini dipersetujui oleh pengurus manyoo melalui temubual di televisyen. Nampaknya ini merupakan serangan terancang dari kedua-dua pengurus ini.

Apa jawapan Rafa kepada tuduhan yang tidak masuk akal ini? Memang mantap serangan dari kedua-dua pengurus yang bersahabat baik ini. Menurut sumber yang terdekat dengan Rafa, yang sebenarnya isyarat dan senyuman dari beliau itu adalah ditujukan kepada anak-anak buahnya yang berada di tengah padang. Isyarat tangan diberikan kepada Insua dan Alonso yang bersedia untuk mengambil sepakan sudut dengan tujuan taktikal. Tetapi Alonso tidak mengikut arahan tersebut dan terus menghantar kepada Torres yang menjaringkan gol kedua Liverpool dalam perlawanan tersebut. Dan senyuman itu adalah kerana pada pendapat Rafa, dalam keadaan tertentu, anak-anak buahnya adalah lebih tepat dalam memburu gol di atas padang.

Nah amik jawapannya dari Rafa, pastinya akan menyebabkan kedua-dua pengurus itu merah muka kerana tuduhan mereka adalah tanpa usul periksa. Allardyce, lebih baik anda uruskan Blackburn yang berada dalam bahaya tersingkir dari Liga Perdana Inggeris setelah dibelasah Liverpool 4-0 di Anfield dan semalam dimalukan Stoke 1-0. Sementara pengurus manyoo pula lebih baik hadapi tekanan dari Liverpool secara anak jantan dan bukannya secara masih gunakan serangan psikologi yang sudah lapuk itu. Semua orang sedia maklum tentang perangai anda jika ada ancaman dari pasukan lain. Ingat, anda telah mengenepikan Liverpool sebagai pencabar kejuaraan liga pada awal musim ini dan terbukti anda bukanlah tok nujum dalam segala hal. Buat Rafa, kami peminat akan tetap bersama-sama anda dalam menangani cabaran dulu, sekarang dan pada masa yang akan datang.


YNWA

7 comments:

Che said...

Setelah aku menganalisis muke RB lps gol tu, aku menyimpulkan terdapat 3 gesture yg dibuat RB:

1. RB tersengih dan kita amat tau yg RB amat jarang sekali tersengih ketika permainan melainkan ketika diwawancara. Jadi mungkin ada pemain Liverpool di atas padang (mungkin Alonso) yg memomokkan arahan RB tu yg menyebabakan RB terasa gelihati. Ini menjurus kepada perlakuan kedua..

2. RB mendepakan tgn dan dalam bahasa badannya kita boleh menganggap RB berkata, "korunk pndai sgt x ikut arahan aku, aku nak wat cmne kan?seb baek gol"...

3. RB menunjukkan tanda seperti referee boxing (bak kata bro Ambeeran),mungkin ini yg paling SA ngn SAF xpuas ati..tp aku rase tu tu RB nk signal pada anak2 buah die supaye 'rilex..kontrol the game lg..slow the tempo..kite baru skor dua..game lama lagi...'

Sekian sahaja analisis berangka daripada aku..hahahaha

beemer said...

che ... mana kembar ko ...
takkan my-lfc cuti kejap dah lupa kawan2? hehehe ...

Che said...

hehehe..kembar aku?afiq kah...?ade je aku tgk die dtg blog anep smlm..dok meroyan nk masuk my-liverpool..hehe...aku exa sok ni..ilang2 stress sket tgk blog ko....

beemer said...

layan che jgn tak layan ...
ilang gak boring tak leh lepak my-lfc ..
your comments are welcome here ... hehehe ...
afiq@abg owen lek la .. nanti ok la my-lfc tu ... hehehe

Firol said...

Che aku suke yang no 2 tu...mcm kena jee........

Senyum pun salah ke..dah le Rafa jarang senyum ingat masa lawan Aston villa..sammy lee lak lebih² dia terus mencatat ...dapat tgk sesekali orang tua tu senyum ok pe??

beemer said...

betul tu bro firol ...
ada la yang jaki bila rafa senyum ...
yg manager lain lompat2 cam ....
takde lak ckp menghina ker apa ..
siap ada tag team tuh nak bantai rafa ... apa la punya turrrrr!

xali alonso said...

serangan terbaru alex kt rafa. kalau korang perasan, tiap2 season, die akan cr pasal dgn manager team contender BPL. dulu, dgn wenger. pastu, dgn mourinho. skrg, dgn rafa lak. mmg perlakuan biase die. serangan psikologi. maksudnye, die takut tu.
n, kalau korang perasan, mase lampard score gol ke-4 aritu, drogba lagi kurang ajor. siap buat pangkah gune tgn. lg kurang ajor. liv supporters x bising pon.
bg aku, x salah pon kalau rafa nye perbuatan tu bermakne KO. mmg dh 2-0 kan. bkn senang nk mkn liv kalau liv dh lead 2-0. so, sndri ingat la.