Tuesday, September 1, 2009

Rush : Jangan Ketepikan The Reds

Walaupun hanya mengutip enam mata daripada 4 perlawanan, penyerang lagenda Liverpool, Ian Rush percaya Liverpool mempunyai peluang untuk menjadi pencabar kepada kejuaraan Liga Perdana Inggeris pada musim ini. Kemenangan ke atas Stoke dan juga Bolton harus dijadikan sandaran kepada kebangkitan berterusan Liverpool hingga ke akhir musim. Menurut Rush walaupun pada musim lepas, Liverpool hanya tewas dua kali di sepanjang musim tetapi sudah tewas dua kali di dalam tempoh sepuluh hari pada musim ini, itu tidak boleh dijadikan alasan utama untuk menidakkan cabaran Liverpool pada kali ini. Ini kerana menurut Rush, penyandang juara musim lepas tewas empat kali dimana dua daripadanya kepada Liverpool tetapi mereka masih mampu menang kejuaraan liga. Ini kerana mereka mempunyai kurang keputusan seri berbanding Liverpool dan itu jelas memberi kelebihan untuk menjadi juara. Rush berharap pemain-pemain Liverpool akan lebih berfikiran positif di dalam mengejar kemenangan di setiap perlawanan selepas ini. Tambah Rush, keputusan seri tidak banyak membantu Liverpool kerana sudah tewas sebanyak dua kali pada musim ini. Beliau percaya ruang untuk melakukan kesilapan semakin kecil jika mahu merampas kembali trofi kejuaraan Liga Perdana Inggeris dan kemungkinan besar mata yang diperlukan untuk menjadi juara akan berbeza daripada musim lepas. Amaran Rush, jika bijak jangan sesekali mengenepikan terus cabaran Liverpool pada musim ini kerana musim masih berbaki sembilan bulan.

Banyak kebenarannya pendapat yang diberikan oleh penyerang lagenda kita ini. Kita harus akui kekalahan dua kali yang kita alami telah menyebabkan ruang untuk membuat sebarang kesilapan semakin mengecil. Liverpool harus bangkit semula bermula dengan kemenangan di Bolton tempohari. Kita perlu bermain secara lebih konsisten dan mengejar kemenangan di dalam setiap perlawanan selepas ini. Elakkan daripada mendapat keputusan seri mahupun kalah di perlawanan akan datang jika kita mahu meletakkan diri kita kembali ke landasan yang betul sebagai pencabar kejuaraan liga. Saya seperti kata Rush, jika bijak jangan sesekali memandang sebelah mata cabaran Liverpool pada musim ini. Musim masih panjang dan sebarang kemungkinan boleh berlaku. Tidak mustahil untuk Liverpool mempamerkan persembahan yang lebih konsisten selepas ini dengan kembalinya beberapa pemain utama seperti Aurelio, Agger dan Aquilani yang akan pulih dari kecederaan sedikit masa nanti.


YNWA

8 comments:

Firol said...

Lagenda no9 dah bersuara...boleh tu...bile macam ni player mesti tak nak main-main..diorg mesti serius...dan harap terus menang...

Ada harapan Liverpool kena cantas baik Arsenal,MU,BlueShit boy macam tahun lepas...

Aku pun tak sabar nak tunggu kepulangan Aurelio dan Agger....dan jugak orang baru
Aquaman

angelmaycry said...

aku lebih suka kalau team lain mengenepikan cabaran livepool musim ini.. biarlah dorang memandang rendah kepada kita

tapi akhirnya di akhir musim nanti baru diorang tahu siapa liverpool sebenarnya...

blassom said...

ya...aku pun setuju ngan angelmaycry...
apa pendapat team lain tntang liverpool tak penting,yg penting liverpool mesti trus bangkit...
nak pendang sebelah mata ker,4 mata ker lantak p kat dape la...

takde player team lain ker nak cantas kaki lucas???huhu xbaik tau

beemer said...

bro firol ...
sama-sama kita lihat kebangkitan liverpool nanti ..

beemer said...

angel ...
wait n see at the end of the season ..:)

beemer said...

sis blassom ...
lucas kebal dr injury ...
itu yang hampeh tu ...

Amirul Idham said...

rush the man..

we trust you..

the reds will back on track..

the track of victory..

http://liverpool-malaysia.blogspot.com/

beemer said...

amirul ...
masih lom ada pengganti rush ...
mungkin torres akan pecah rekod beliau? sama-sama kita lihat nanti ..