Kerana Mulut, Badan Binasa. Itulah pepatah yang tepat mengenai apa yang berlaku terhadap kedua pemain sayap kiri Liverpool iaitu Ryan Babel dan juga Albert Riera. Disebabkan kelancangan mulut oleh mereka berdua yang mengkritik Rafa di media, kedudukan mereka di Liverpool agak goyah pada waktu ini. Rafa yang tidak mengeluarkan sebarang kenyataan sebelum ini, telah mengeluarkan amaran kepada kedua-dua pemain sayap kiri ini supaya membuktikan diri mereka masih layak untuk bermain di Liverpool. Kedua-dua pemain hanya bermula di satu perlawanan pada musim ini dengan Babel bermain di Spurs dan Riera bermain di Bolton tempohari. Rafa tahu kedua-dua pemain hendak bermain dengan lebih banyak di atas padang tetapi mereka berdua bermain di posisi yang sama dan perlu bersaing antara satu sama lain dan bagi Rafa situasi ini amat menguntungkan Liverpool. Prestasi di atas padang akan menjadi ukuran setiap pemain di dalam kesebelasan utama Liverpool dan Babel serta Reira tidak akan terlepas dari perkara ini. Menurut Rafa, babel tahu beliau adalah pemain yang baik dan berbakat. Beliau perlu bangkit dan bermain dengan lebih konsisten. Rafa akan mengadakan perbincangan dengan Babel dan beliau akan memantau perkembangan Babel di dalam masa beberapa bulan ini. Dengan Piala Dunia yang bakal menjelang, Rafa tahu setiap anak buahnya mahu membuktikan kemampuan mereka di atas padang. Jika mereka menunjukkan prestasi yang baik semasa latihan di sepanjang musim maka peluang mereka untuk bermain di kesebelasan utama akan lebih terbuka, jelas Rafa lagi.
Pada musim ini, Rafa telah menggunakan tiga orang pemain sayap kiri iaitu, Babel, Riera dan juga Benayoun. Posisi sayap kiri ini masih belum mempunyai pemilik tetap dan mereka semua berpeluang untuk bermain di situ. Rafa yang sebelum ini memang dikaitkan rapat dengan pemain sayap kiri Valencia iaitu David Silva di sepanjang musim panas ini. Beliau dikatakan belum berpuashati dengan pemain sedia ada yang beraksi di posisi tersebut. Pada pendapat saya, di dalam hal ini, Rafa tidak boleh dipersalahkan kerana beliau hanya mahukan prestasi terbaik daripada pemainnya jika mereka berhajat untuk mengisi posisi sayap kiri dengan lebih kerap. Jika kita lihat pada prestasi semasa, hanya Benyaoun yang boleh diharapkan untuk mengisi posisi tersebut. Kepada Babel dan Riera, lebih baik anda berdua mendengar nasihat Rafa supaya meningkatkan prestasi di atas padang. Tiada pihak yang akan rugi jika anda berdua mampu membantu Liverpool bermain dengan lebih baik.
YNWA

10 comments:
Say rasa babel and riera perlu bekerja keras if x nak diketepikan..kita tgk entah episode vs Burnley nanti..
tp aritu ok gak la riera main.. takpe2 sabar, kita takkan sentiasa di bawah.. :)
tengok gambar benitez versi simpsons..
hhahaha..
saingan macam ni bagus..player usaha keras untuk bermain dalam kesebelasan utama...tengok insua..dia rajin usaha kuat...bek kiri dia pegng lagi...
nanti aurelio balik kena usaha lagi la
riera antara pemain terbaik ketika bermain menentang bolton...aku tak rasa dia bermain teruk,
kedua dua nya walaupon posisi sama tapi permainan mereka berbeza...
Riera lebih simple n direct player sebagai sayap kiri, satu hala serangan dari kiri terus cross ke penyerang
manakala benayoun lebih banyak mengelecek dan bergerak terus ketengah kotak panelti dengan hantaran hantaran pendek, gerakanya pelbagai..
Riera dan benayon walaupon mereka berbeza style permainan tetapi mempunyai persamaan iaitu kedua duanya mampu mengucar kacirkan pertahanan lawan..
Babel?
babel sudah sampai ketahap untuk menyamai standart Lucas, jgn samakan dia dengan Riera...
kita dah kekurangan permainan so yang sepatutnya senyap adalah RAFA!
tolenrasilah sikit ngan player jangan nak bermanja ngan lucas jer pemain lain pun ada perasaan ingin dimanja gak
he he
SwapNAVY ....
harapnya begitulah ...
Pert ...
Riera ok aritu ...
tp mungkin sbb Babel, dia pun kena tempias ... mslh Reira rasanya berpunca drp masa barca dok kacau aritu ...
bro firol ...
insua mmg mantap ...
usaha tak kenal putus asa ...
kurang bercakap dan biar permainan atas pdg yg jadi jawapan kpd rafa ..
bro indra ...
bukan tak leh toleransi ...
tp bila diberi peluang atas pdg, mcm tak sungguh2 main ... rugi betul ...
riera ok gak masa vs bolton aritu ..
babel mcm nak salin kulit aja ... hehe!
babel nak salin kulit! he he dipersilakan.. ada ker team lain nak?
bro indra ..
babel kena salin kulit ...
kalu dok degil pakai kulit yg sama kat liga belanda ... mmg konpem kena juai timbang kati la jwbnya januari ni ...
Post a Comment