Friday, September 4, 2009

Carragher : Masih Terlalu Awal

Sebagai reaksi kepada kritikan yang bertalu-talu dihamburkan kepada Liverpool kerana prestasi yang terumbang-ambing di awal musim ini, pertahanan tengah yang juga penolong kapten Liverpool, Jamie Carragher telah memberikan amaran kepada mana-mana pihak yang gemar mengkritik, Jangan Sesekali Ketepikan Liverpool. Amaran ini timbul setelah Carragher berasakan adalah tidak adil untuk terus menafikan peluang Liverpool untuk merampas kembali kejuaraan Liga Perdana Inggeris pada musim ini. Kritikan ini berpunca daripada dua kekalahan yang diterima oleh Liverpool pada awal musim ini. Jumlah kekalahan yang sama dengan jumlah kekalahan Liverpool pada musim lepas. Menurut Carragher mereka memang layak untuk dikritik disebabkan oleh prestasi semasa Liverpool yang belum mencapai tahap terbaik. Tetapi untuk mengenepikan Liverpool dan Manyoo untuk menjadi antara pencabar liga perdana inggeris adalah tidak tepat, bukan sahaja di liga perdana malah di mana-mana saja di dunia ini. Tambah Carragher, Liverpool akan membuktikan bahawa mereka mampu bangkit untuk mengejar kemenangan seperti yang dibuktikan di dalam perlawanan menentang Bolton sebelum ini. Kemenangan yang cukup penting kepada Liverpool di dalam usaha mereka untuk kembali ke landasan yang tepat untuk mencabar kejuaraan liga. Carragher yakin, rakan sepasukan beliau pasti akan membuktikan kemampuan sebenar mereka di dalam perlawanan yang akan datang.

Sebelum ini lagenda Liverpool Ian Rush telah bersuara dan kini disusuli pula dengan kenyataan tegas daripada pemain senior Liverpool ini. Walaupun kita semua tahu jika Liverpool dipandang rendah oleh pasukan lawan peluang untuk kita beraksi dengan lebih baik akan terbuka dengan luas. Namun kita semua haruslah ingat, kata-kata pemain seperti Carragher dan lagenda seperti Rush adalah semata-mata untuk menaikkan semangat juang para pemain Liverpool. Jauh sekali untuk berlaku angkuh kerana kita adalah Liverpool. Pemain pasti arif yang sikap angkuh pasti akan memakan diri sendiri juga nanti. Pada pendapat saya, apa yang pihak lain kata adalah tidak penting kerana jika kita berusaha dengan bersungguh-sungguh serta fokus di dalam setiap perlawanan selepas ini, tidak mustahil Liverpool akan kembali menunjukkan persembahan yang lebih konsisten nanti. Pihak yang mengkritik Liverpool selalunya datang dari mereka yang mahu Liverpool terus jatuh dan pendapat orang-orang sebegini hanya layak dibakulsampahkan sahaja.


YNWA

2 comments:

Firol said...

kalu tengok pun memang diorang lebihkan harimau biru tua,manu je...

Yang penting usaha liverpool utk juara tahun ni ada....jangan mengalah selagi belum habis perjuangan..
YNWA

beemer said...

kita perlu lebih fokus kepada permainan sendiri ...