Saturday, August 22, 2009

Rafa : Kerana Peminat, Kakitangan Dan Pemain Liverpool

Setelah melalui 2 perlawanan awal Liga Perdana Inggeris, Pengurus Liverpool adalah antara pengurus terawal yang dikaitkan dengan berita perletakan jawatan dengan pasukan dari Merseyside ini. Rafa diberitakan tidak gembira dengan kekurangan sokongan kewangan yang diperlukan oleh beliau untuk mengemudi cabaran Liverpool pada musim ini. Namun Rafa dengan pantas telah menafikan desas-desus tersebut dan beliau 100 peratus komited untuk terus bersama-sama dengan The Reds. Setelah kejayaan membenam Stoke City 4-0 di Anfield pada awal pagi Khamis lepas, berita ini semakin pudar di media. Rafa dikatakan menjadi sasaran syarikat pertaruhan yang meletakkan beliau sebagai antara pengurus teawal yang angkat kaki dari Liga Perdana Inggeris. Namun mereka tidak lagi meletakkan boss Anfield ini sebagai pengurus terawal yang akan meletakkan jawatan setelah kejayaan Liverpool menumpaskan Stoke City. Kejayaan ke atas Stoke dikatakan memberikan ruang kelegaan kepada Rafa untuk terus mengemudi skuad The Reds ini.

Namun, di sebalik perlunya Rafa untuk mendapatkan peruntukan bagi membeli pemain-pemain baru, bekas pengurus Valencia itu bertegas yang Liverpool akan tetap mencabar kejuaraan liga pada musim ini samada dengan tambahan pemain baru atau tidak. Rafa telah mengetahui mengenai desas-desus itu yang menyatakan sesuatu akan berlaku di Anfield tetapi janji beliau dengan peminat Liverpool, beliau amat komited dengan kelab ini dan masih mahu kekal di Anfield. Tambah Rafa, jika jika beliau masih mampu memperbaiki pasukan yang sedia ada, beliau amat gembira namun jika tidak, beliau akan mencuba sedaya upaya untuk membawa cabaran Liverpool dengan pemain-pemain yang telah beliau ada sekarang. Bagi Rafa, setelah menandatangani kontrak baru sebelum ini, itu menandakan beliau komited untuk bersama-sama dengan peminat, kakitangan dan juga para pemain-pemain Liverpool. Nampaknya pengurus kita ini amat komited dengan kelab, namun saya pasti kita semua agak gusar jika sokongan yang diterima beliau dari pengurusan Liverpool semakin terhakis. Sesuatu harus dilakukan dan sokongan kepada Rafa harus dipertingkatkan agar kita tidak kehilangan beliau. Kita semua tahu, banyak kelab-kelab luar yang amat berminat untuk mendapatkan khidmat Rafa dan menjadi penghalang hanyalah komitmen Rafa kepada Liverpool. Untuk mengatakan beliau semata-mata menghabiskan duit kelab adalah tidak benar sama sekali kerana Rafa adalah antara pengurus yang paling banyak membuat keuntungan dengan penjualan pemain. Tetapi yang menjadi persoalannya, ke manakah hilangnya wang yang diperolehi itu?


YNWA

8 comments:

Firol said...

Untuk peminat,kakitangan dan pemain..

Ada sebut PEMILIK?

Pemilik Liverpool americana tu menjadi tanda tanya semua. Dengar dapat suntikan dana tambahan...macam tak bagi pun....

Rafa banyak buat jual beli pemain dengan duit tu dia rolling beli pemain baru...khabar angin kata dia membazir tak betul

Walau kadang-kadang kite heran dengan tindakan dia.

Aku masih letak Rafa untuk bawak liverpool ke angka 19

Anonymous said...

rafa x leh d salahkn...
mase awl2 rafa join kite dh menang CL n dbawah kendalian rafa gak kite dh byk improve di BPL....
y spatutny kena berambus dr dlu lg si rick pari n 2 EKOR US KAYAP LG JAHANAM 2...
rafa xda banyak pilihan n dana utk pembelian pemain...
tp dgn pemain y ada die masih dpt improve kn klab ksayangan kite nih...
maseh byk lagi rafa bleh sumbangkn kt team...
KITE PERLUKN OWNER Y BARU N YG KAYE...BKN Y KAYAP N MLINGKUPKN TEAM....

IN RAFA WE TRULY TRUST...HEHEHE


afiq_trulyREDZ


YNWA

Khan said...

Isteri dan anak rafa suka tinggal kat Liverpool. mereka tetap mahu tinggal di Liverpool walaupun Rafa jadi keluar...so pening kepala bro..

JJ said...

Rafa adalah satu2nya pengurus yg berjiwa scouse tpi bukan org British! Sayangnya, sejak LFC diambilalih oleh Tom & Jerry dari Amerika yg sengkek tu, Rafa telah dipermainkan oleh mereka dgn pelbagai janji palsu. Rafa tidak diberi wang mencukupi utk membeli pemain2 yg berkaliber, sementara stadium baru kat Stanley Park pula dah lama tak dengar lgi cerita. Kedua2 ekor kartun ini sdg menghancurkan Rafa & juga kelab kesayangn kita semua!

Tidak dpt dinafikan Rafa adalah pengurus bukan British terbaik dlm BPL & paling komited dgn kelab. Tidak hairanlah jika beliau angkat kaki tinggalkan Liverpool kerana kecewa dgn pemilik kelab ini yg pandai cakap tpi tak serupa bikin. Jika ini berlaku, kita akan kehilangan seorg pengurus yg mampu diletak sebaris dgn pengurus lagenda Liverpool spt Bill Shankly, Bob Paisley, Joe Fagan dan Kenny Dalglish....YNWA Rafa!!!!!

beemer said...

bro firol ..
bukan americana tp kepalabana ...
hampeh betui .. berlagak nak amik alih kelab tp kayap ....

beemer said...

afiq ...
apa kate ko gi beli livrpool bro?
bleh jugak wa merasa duduk kat director's box tu ... hahaha!

beemer said...

bro khan ..
itu la psl ...
so kita kena bagi gula2 byk sket kat anak2 rafa dan org umah dia ... hehe!

beemer said...

JJ ...
spot on bro ..
mmg asyik kena tipu aja rafa ..
naya sungguh .. pyh betul kalu ada owner penipu ni ..