Wednesday, August 26, 2009

Liverpool : Tengah Perlu Perubahan

Setelah melihat 3 aksi perlawanan awal musim Liverpool pada kali ini, jelas dapat saya rumuskan di sini, Liverpool amat lemah di bahagian tengah. Kelemahan ini telah menyebabkan Liverpool kehilangan penguasaan di tengah padang terutama sekali ketika menentang Tottenham dan juga Aston Villa. Walaupun hakikat ini tidak mahu diakui oleh Rafa, saya yakin para peminat sekalian tahu kelemahan Liverpool pada ketika ini. Dan tiada guna kita mengenangi kehilangan Alonso kerana beliau tidak lagi bersama-sama kita. Lucas walaupun diwar-warkan oleh Rafa antara pemain yang mempunyai masa depan cerah di Anfield jelas masih jauh panggang dari api. Perlawanan demi perlawanan, beliau masih berada di tahap lama dan tidak mahu menunjukkan sebarang peningkatan walaupun telah diberi banyak peluang oleh Rafa. Peminat semakin hilang sabar dengan corak permainan beliau yang jelas akan memudaratkan Liverpool. Terbaru, beliau telah mendermakan sepakan percuma dan menolong untuk menewaskan Reina melalui sepakan tersebut. Sudah sampai masanya Rafa meletakkan beliau di bangku simpanan atau terus menjual beliau bagi mengelakkan lebih banyak kerosakan kepada pasukan. Rafa tiada pilihan? Mungkin jika bercakap mengenai pengganti Alonso, itu mungkin benar tetapi untuk meletakkan Lucas dan berharap beliau bermain seperti Alonso, itu merupakan satu malapetaka. Sistem yang digunapakai sekarang amat sesuai jika Alonso masih bersama-sama Liverpool. Rafa perlu membuat sedikit perubahan kepada percaturan taktikal jika beliau masih mahu melihat Liverpool mencabar kejuaraan liga. Gerrard, Benayoun, Kuyt, Riera adalah antara pilihan pemain yang mampu mevariasikan corak permainan Liverpool.

Saya masih mahu melihat kelibat Aquilani secepat mungkin beraksi di kesebelasan utama Liverpool dan ianya pasti tidak akan berlaku di dalam masa terdekat. Diharapkan Aquilani mampu memberikan lebih banyak suntikan kreativiti kepada bahagian tengah Liverpool. Dan janganlah beliau menjadi seperti Dossena di Anfield. Ianya bukan sesuatu jaminan Aquilani akan terus bermain dengan baik di bahagian tengah Liverpool, namun sekurang-kurangnya Aquilani mampu untuk terus membantu menjana serangan daripada bahagian tengah Liverpool, itu sudah cukup baik. Walaupun belum diketahui kemampuan pemain tengah Itali ini, beliau sungguh berkobar-kobar untuk memulakan kariernya dengan Liverpool. Dan terdapat juga desas-desus yang Rafa kini menimbangkan untuk membawa Rafael Van der Vart ke Anfield dengan bayaran 10 juta pound dari Real Madrid. Saya tidak pasti sejauh mana benarnya berita ini, namun jika dilihat dengan perangai pemilik-pemilik Liverpool sekarang, memang Van der Vart tidak akan menjejakkan kaki ke Anfield. Biar apa pun yang berlaku, saya masih percayakan Rafa merupakan pengurus yang bakal membawa kejuaraan liga ke 19 kembali ke Anfield. Masalahnya cuma satu iaitu kurangnya sokongan kepada beliau daripada pemilik kelab untuk membeli pemain-pemain baru. Sekali lagi saya tegaskan di sini, Menang, Kalah atau Seri, kita semua akan tetap bersama-sama LIVERPOOL FC!!!


YNWA

21 comments:

Firol said...

Betul...

Youll never walk alone....

Tunggu dan lihat macamana perubahannya lawan bolton yang pasti bolton bukan calang team....

Harap itu adalah kekalahan terakhir tahun ni...

beemer said...

bro firol ..
kena ada kemantapan bila lwn bolton nanti ..
team yg juga bergantung kpd set piece utk jaringkan gol ..
juga berhati-hati dgn kevin davies ..
kena kurangkan seri juga musim ni ..

Firol said...

betul .. 2 kalah 30 menang 6 seri mata 96...

impian mustahil aku la bro....bro mintak email..

Firol said...
This comment has been removed by the author.
RABUN said...

apa pon player seperti Ayala perlu diturunkan selaku player utama... jadi caragher mungkin bleh ditolak ketengah

mungkin meletakan caragher di tengah adalah option yang agak drastik tapi siapa tau kan... aku tgk hantaran hantaran caragher agak bleh tahan gak, dan yang pasti lebih kreatif nak dibandingkan LUCAS

dan player seperti ngog perlu dicuba, pasal aku tgk ngog kurang diturunkan, kalau diturunkan pun masanya agak suntuk tapi masih bleh menjaringkan gol,sampai bila nak perap player muda RAFA oi?

aku rasa bosan tgk Torres sorang sorang kat depan, ... gerrad banyak membantu dalam mencari gol tapi ada masa masa player akan pancit buat dua tugas dalam satu masa,

arg apa apa jer la

NO MORE LUCAS!

Amirul Idham said...

Lucas gagal memenuhi kehendak permainan liverpool..
sebenarnya aku sendiri pelik macam mana rafa boleh beli dia in the first place..

aquilani? akhir bulan 9 baru boleh main...

rafa kena tukar taktik..
kalau tak.... punah liverpool...

lawati blog saya juga..
sama2 support liverpool...

http://liverpool-malaysia.blogspot.com/

YNWA

CrAyOn said...

xtau nak cakap apa.. tgk je la game mendatang ni.. kalo bungkus gak makna nye xda piala la tahun ni......

aku ngat nak upah pembunuh upahan la.. nak tembak c lucas... hahaha

Firol said...

crayon..jom g mersyside..cari rumah lucas

JJ said...

Jika Liverpool kalah dlm perlawanan seterusnya, Rafa bukan lagi merupakan pengurus yg akn membawa kejuaraan ke-19 tetapi bakal keluar dari Anfield! Jika dilihat perkembgn yg berlaku & sikap dua ekor lembu Amerika tu, ia akn berlaku. Mereka skrg ni dah tak kisah lagi dgn perasaan rafa, pemain, penyokong ataupun sejarah Liverpool yg membanggakn kerana mereka lebih berminat nak cari pembeli kelab ini & buat duit bnyk2. Bagi mereka Liverpool adalah lombong emas yg boleh mendtgkn keuntungn ratusan juta dollar dlm masa singkat. Tunggu & lihat perkembgn ini....YNWA!

RABUN said...

macam mana nak halau 2 ekor lembu tua ah??

Badie88 said...

u must walk alone lucas...xdak tmpt utk pemain trok cm lu...

cmna nk halau bedebah amarika 2???wat msa la leh sign in petition y telah dibuat...

http://www.petitiononline.com/ggthout/petition-sign.html

beemer said...

bro firol ...
nothing impossible ...
kalu selamba aja mng 35 game ok ka bro? hehehe!
tp rasanya season ni ... point akan lebih sikit untuk menang league ... silap gaya 85 point dah cukup utk jadi champ ...
nanti wa email bro....

beemer said...

bro indra masih angin dgn lucas nampaknya .. hehehe!
yup ayala n ngog mungkin boleh jadi pemain yg lebih baik jika selalu diturunkan ...
carra main tgh agak sesuai utk jd DM ... kalu letak Agger lagi best bro ... attacking instinct mmg power Agger ...

beemer said...

welkam bro amirul ..
yup you're right ...
kena tuka taktik kpd 4-4-2 dgn gerrard main mid ...
tak sabo nak tgk aquilani dlm 1st eleven ...
wa dah link dengan liverpool-malaysia bro ...

beemer said...

bro crayon ..
kalu kalah lagi pasni ... kita kejar champ league bro ... hahaha!
pembunuhan upahan? takde pula yg wa kenal ... hehehe!

beemer said...

bro firol & crayon ... jom gi anfield n ketuk pintu umah lucas .. hahaha!

beemer said...

JJ ...
dua ekor tu mmg jelas menjahanamkan liverpool ...
mmg totally nak amik utg atas liverpool ... hampeh!

beemer said...

bro indra ...
dua ekor lembu tu nanti kena buat korban untuk raya haji nanti ... hehehe!

beemer said...

welkam badie88 ...
mmg ayam tul lucas ...
kena ayam aja dgn petrov aritu ...

MCM said...

sebenarnya adalah rafalah yg bodoh....dan jangan salahkan lukas.....RAFA ADALAH BUTA....lukas main macam tai pun dia turunkan....sedangkan riera dan Ngog lagi bagus dibandingkan dgn Luncai ni...kalau Liverpool lingkup semuanya adalah salah RAFA...kerana menurunkan pemain yg dia cinta...bukan pemain berbakat....LUNCAI LA**HAU...WE DONT WANT HIM......WE LOVE LIVERPOOLLLLL!!!!

beemer said...

bro MCM ...
abis la suma org kena marah .. hahaha!