Saturday, May 9, 2009

Cabaran Berikutnya : Skuad Tukul Besi London

Liverpool akan bertandang ke London hujung minggu ini untuk menghadapi cabaran West Ham a.k.a The Hammers a.k.a Skuad Tukul Besi untuk meneruskan tekanan ke atas pendahulu liga dengan Liga Perdana Inggeris semakin hampir ke penghujung musim. Walaupun musim hanya berbaki 3 perlawanan dan harapan tinggal setipis kulit bawang (meminjam kata-kata bro Amberan-LIVERPOOLKITA) namun mengalah jauh sekali selagi secara matematik kita masih mampu memintas pendahulu liga. Kemenangan ke atas skuad Tukul Besi esok, sekurang-kurangnya akan meletakkan Liverpool di persada liga selama 24 jam sebelum manyoo menentang Man City pada hari Ahad nanti. Mampukah skuad Mark Hughes melakukan sesuatu? Terpulanglah kepada mereka kerana Man City juga memerlukan mata untuk bersaing merebut tempat ke 7 liga bagi memastikan kemaraan ke Liga Europa Musim depan terjamin. Kini mereka bersaing hebat dengan Fulham dan Tottenham Hotspurs serta skuad Tukul Besi untuk mengisi tempat tersebut. Dengan Arsenal dan Chelsea bercakaran sesama sendiri di Emirates Ahad ini, peluang untuk Liverpool mengukuhkan kedudukan di tempat kedua liga juga perlu dimanfaatkan sepenuhnya.

Perlu saya ingatkan di sini, misi Liverpool di Upton Park bukanlah semudah yang dijangka. Ini kerana Chelsea hanya mampu menang 1-0 sahaja di situ 2 minggu lepas dan ini menunjukkan tugas Liverpool di sana nanti memang sukar. Skuad Tukul Besi ini semakin mantap di bawah kendalian Gianfranco Zola pada musim ini. Masakan tidak, Zola adalah antara nama yang dikaitkan dengan kerusi panas Chelsea selepas Hiddink menamatkan tugas beliau hujung musim ini. Jika dilihat prestasi skuad Tukul Besi ini secara keseluruhan, mereka mempunyai rekod yang agak baik di Upton Park. Dengan Robert Green yang pernah menyarung jersi England di pintu gol, beliau disokong oleh Neill di pertahanan kanan, Tomkins dan Upson di pertahanan tengah serta Ilunga di pertahanan kiri. Bahagian tengah skuad Tukul besi ini diketuai oleh Noble dan dibantu oleh Kovac, Boa Morte dan Stanislas. Scott Parker yang merupakan kapten mereka tidak dapat bermain kerana kecederaan dan harus diingat mereka juga mempunyai Dyer yang mungkin juga akan diturunkan. Bahagian serangan mereka akan diterajui oleh Tristan dan Di Michele. Tristan yang mencipta nama di La Liga Sepanyol dengan kelab Deportivo La Coruna, masih berbisa dengan menjaringkan gol minggu lepas semasa menentang Stoke. Skuad Tukul Besi kehilangan 2 penyerang utama mereka iaitu Cole dan Ashton yang masih mengalami kecederaan hingga sekarang. Namun, sebarang masalah kecederaan yang dialami oleh skuad Tukul Besi ini tidak boleh diambil mudah oleh Liverpool kerana pengganti mereka juga bukanlah calang-calang pemain. Buktinya mereka masih mampu menyaingi Chelsea di Upton Park. Dengan itu barisan pertahanan Liverpool perlu lebih berhati-hati semasa menghadapi mereka nanti.

Berbalik kepada skuad Liverpool yang tidak menghadapi banyak masalah kecuali berita yang kurang enak untuk didengar iaitu Alonso mungkin akan direhatkan dan diganti dengan Lucas yang prestasinya yang masih diragui.Reina masih di gawang dengan dibantu oleh Carra dan Skrtel di bahagian pertahanan tengah. Arbeloa akan mengisi pertahanan kanan sementara Aurelio di pertahanan kiri. Bahagian tengah Liverpool akan diketuai oleh Mascherano jika Alonso tidak bermain, dengan dibantu oleh Lucas. Benayoun di sayap kiri dan Kuyt di sayap kanan. Kapitan Gerrard diharap akan dapat bergandingan dengan Torres untuk mengemudi barisan depan Liverpool. Berita baik dari Rafa, beliau akan menurunkan Torres untuk perlawanan kali ini. Diharapkan kehadiran Torres ini akan menambahkan lagi sengat di bahagian depan Liverpool. Cuma ketiadaan Alonso dijangka akan memberi sediikit kesan kepada bahagian tengah Liverpool. Mungkin Rafa boleh meletakkan Babel atau Riera di sayap kiri dan Benayoun bermain dibahagian depan dengan Torres dan Gerrard mengemudi bahagian tengah bersama-sama Mascherano. Percaturan sebegini mungkin akan memberikan kekuatan kepada Liverpool di bahagian tengah. Rafa boleh juga meletakkan Kuyt bermain bersama-sama Torres di bahagian depan dan Benayoun bermain di sayap kanan. Apa-apa pun, pilihan skuad terbaik adalah dari Rafa dan kita harap percaturan beliau akan membolehkan Liverpool menang pada perlawanan ini.

Telah lama Liverpool tidak berada pada kedudukan sekarang ini, iaitu berada di tempat kedua liga dengan musim hanya berbaki 3 perlawanan lagi. Menurut Kapitan Gerrard, kita semua patut bangga dengan pencapaian ini walau apapun yang berlaku selepas ini. Yang pasti manyoo tidak lagi akan senang duduk dengan kebangkitan Liverpool ini dan pasti kita tidak akan dengar lagi keangkuhan pengurus mereka yang saban musim mengenepikan cabaran Liverpool. Bagi Gerrard, skuad yang ada sekarang cukup mantap untuk memberikan cabaran bagi merebut trofi Liga Perdana Inggeris dan ianya mungkin boleh dicapai dalam masa 3-4 tahun lagi. Gerrard percaya yang beliau bersama-sama rakan-rakannya akan membawa pulang trofi ini ke Anfield satu hari nanti.



YNWA


2 comments:

Che said...

Better agger than skrtel sbb prestasi skrtel mcm tgh kurang konsisten skunk...n aku plek nape RB xmau letak Gerrard kt tempat Alonso, Masch still DM dan Benayoun kt tmpat kebiasaan Gerrard..so Gerrad gantikan tmpat alonso la..mungkin kte akan kehilangan sedikit momentum serangan sbb Gerrard x leh nk lead serangan sgt tp we still have Benayoun on creative side of attacking...

beemer said...

cam yoyo jugak si skrtel ...
carra pun cam kelakar jugak lately ..
letih ujung2 musim kot ...