Tuesday, February 16, 2010

Europa : Kecil Jangan Disangka Anak


Serba sedikit maklumat mengenai kelab yang bakal bertemu dengan Liverpool di saingan Liga Europa di Anfield pada awal pagi Khamis nanti. Kelab Romania yang baru muncul di pentas bolasepak eropah pada Liga Juara-Juara Eropah pada musim ini. Lawan yang sukar untuk dijangka namun diharapkan pemain-pemain Liverpool tidak memandang rendah akan keupayaan kelab ini dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencari bekalan selesa sebelum bertandang ke tempat lawan nanti.

NAME: Fotbal Club Unirea Voluntari Urziceni

NICKNAME: Chelsea of Ialomita

FOUNDED: 1954

HOME GROUND: Stadionul Tineretului (7,000)* Does not meet UEFA criteria, European home games played at Stadionul Steaua, Bucharest (27,557).

HONOURS: Romanian League (1) 2009.

COACH: Ronny Levy (age 43).

Will make his European debut as Unirea coach against Liverpool having been appointed on New Year’s Eve.

Replaced Dan Petrescu who had steered the club to Champions League victories over Sevilla and Rangers – 4-1 at Ibrox (watch below) – with the former Chelsea right-back having expressed an interest in the Scotland vacancy before Craig Levein was hired. Subsequently joined Russian side Kuban Krasnodar.

PLAYER TO WATCH: Pablo Brandán.

Lung-busting Argentinian left wing-back, 26, whose goal completed the rout against Walter Smith’s Rangers earlier this season.

Born in the Buenos Aires suburb of Merlo, he represented Argentina’s under-20s side on eight occasions but has yet to win a full cap.

FACT: Unirea only advanced to the Romanian Second Division for the first time in 2003, making their top flight debut in 2006.

Berikut adalah barisan kemungkinan pemain yang akan diturunkan oleh pengurus Rafa Benitez pada perlawanan ini :

Formasi : 4-4-1-1

Barisan Kemungkinan :

RIENA

CARRAGHER AGGER KYRGIAKOS AURELIO

RODRIGUEZ AQUILANI MASCHERANO RIERA

GERRARD

KUYT

Keputusan : 2-0 kemenangan kepada Liverpool. Gol dijaringkan oleh Gerrard dan Kuyt.

Perlawanan akan disiarkan secara langsung di Astro SuperSport Rangkaian 811

19/02/10 Jam 0400 Pagi


YNWA

Monday, February 15, 2010

LFC : Gaji Potong?

Berita kurang enak yang diterima daripada kem Liverpool menyatakan bahawa para pemain Liverpool bakal diturunkan gaji jika gagal untuk layak ke liga juara-juara eropah pada musim depan. Sejauh mana kebenaran berita ini? Dan jika benar, apakah yang bakal berlaku kepada pemain-pemain Liverpool? Setelah membuat sedikit penyelidikan di internet, barulah saya mendapat tahu cerita yang sebenar. Pemain-pemain Liverpool sebenarnya tidak diturunkan gaji mereka tetapi lebih kepada pengurangan bonus yang diperolehi jika mereka gagal layak ke liga juara-juara eropah pada musim depan. Menurut satu laporan, pemain-pemain Liverpool akan berhadapan dengan pengurangan hampir 5 peratus daripada pendapatan mereka sekarang. Kontrak pemain-pemain Liverpool sebenarnya adalah berasaskan prestasi semasa pasukan. Selain daripada gaji pokok yang diterima pemain, kontrak mereka juga menawarkan bonus berdasarkan kepada pencapaian pasukan di pertandingan-pertandingan bolasepak utama di eropah. Bonus ini adalah satu insentif daripada Liverpool untuk menggalakkan pemain-pemain mereka supaya berusaha keras untuk mencapai kejayaan.

Liverpool dijangka akan kehilangan 12 juta pound jika mereka gagal ke liga juara-juara eropah pada musim hadapan. Kegagalan ini juga akan menyebabkan pemain-pemain kehilangan bonus di antara 2 hingga 3 juta pound dan ini juga bermakna sedikit penjimatan untuk Liverpool di dalam belanjawan pendapatan pemain. Semenjak Rafa Benitez menjadi pengurus Liverpool kira-kira lima musim yang lalu, penyertaan di liga juara-juara eropah merupakan satu formaliti untuk pemain-pemain Liverpool. Tetapi keadaan berubah pada musim ini kerana mereka kini berdepan dengan cabaran hebat daripada pasukan-pasukan lain di dalam perebutan ke liga juara-juara eropah pada musim hadapan. Hujung minggu ini mereka bakal berdepan dengan salah satu pencabar ke liga juara-juara musim depan iaitu skuad citeh di tempat lawan. Licik sungguh permainan media yang seolah-olah menggambarkan para pemain Liverpool akan dipotong gajinya jika gagal ke liga juara-juara eropah pada musim hadapan sedangkan hakikat sebenar adalah mereka akan kehilangan bonus yang bersandarkan kepada prestasi mereka pada musim ini. Dalam erti kata mudah, tiada bonus jika prestasi musim ini tidak berada pada tahap yang sepatutnya.


YNWA

Sunday, February 14, 2010

Johnson : Peminat Liverpool Terbaik

Pemain pertahanan kanan Liverpool dan juga England Glen Johnson mengakui para peminat Liverpool adalah peminat terbaik di antara kelab-kelab yang pernah diwakilinya. Johnson percaya para peminat Liverpool berada di dalam kelas mereka tersendiri berbanding dengan peminat kelab-kelab yang lain berdasarkan pengalaman beliau sebagai seorang pemain bolasepak. Johnson menambah, jika ada yang menyatakan peminat Pompey adalah baik dan itu adalah penyataan yang betul namun ianya berbeza dengan para peminat Liverpool. Jika anda berjalan keluar ke padang Anfield untuk sesuatu perlawanan dan mendengar para peminat menyanyikan lagu rasmi Liverpool, ianya satu suasana yang cukup hebat dan membantu pemain untuk lebih bersemangat, tambah Johnson lagi. Menurut Johnson keadaan ini adalah antara sebab kenapa para pemain Liverpool cukup bangga apabila menyarung jersi Liverpool. Nampaknya pemain pertahanan kanan Liverpool ini semakin selesa di Liverpool dan saya pasti beliau akan terus mendapat sokongan peminat Liverpool di sepanjang karier bolasepaknya di Anfield.


YNWA

Saturday, February 13, 2010

Kyrgiakos : Suka Cabaran BPL

Pemain pertahanan Liverpool dari Greece, Sotirios Kyrgiakos mengakui beliau amat teruja dengan cabaran di liga perdana inggeris setakat ini. Kyrgiakos yang telah dibuang padang (digantung tiga perlawanan) ketika menentang pasukan jiran sekampung dan juga hilang sebatang gigi ketika menentang Bolton namun beliau telah menyedari permainan fizikal yang cukup sinonim dengan liga perdana inggeris. Kyrgiakos menyatakan liga perdana inggeris adalah seperti yang telah beliau bayangkan iaitu agresif dan penuh dengan cabaran. Kyrgiakos bagaimanapun tidak mempunyai masalah untuk menyesuaikan diri dengan liga perdana inggeris kerana beliau sebelum ini pernah bermain di liga perdana Scotland bersama-sama Rangers. Manakala di Jerman dan Greece, corak permainannya tidaklah terlalu fizikal, tambah Kyrgiakos lagi. Menurut Kyrgiakos, agresif sahaja tidak cukup penting tetapi pemain perlu mengejar untuk mendapatkan bola barulah sebarang gerakan boleh dihalang atau dirancang oleh pasukan. Secara berseloroh Kyrgiakos menyatakan, siku-siku sentiasa berterbangan di sini dan pengadil menyatakan ianya bukan satu kesalahan, beliau menggemari keadaan ini dan berpendapat itulah salah satu bahagian permainan bolasepak. Semoga bertambah mantap pemain pertahanan Liverpool yang dikatakan kini menjadi pengganti yang tepat kepada Sami Hyypia. Kudrat beliau amat diperlukan The Reds untuk memastikan barisan pertahanan terus mantap untuk menghadapi baki perlawanan pada musim ini.


YNWA

Friday, February 12, 2010

Gerrard : Kapitan Kuasa Dua

Nampaknya Liverpool kini telah mempunyai pengganti yang sesuai untuk kaptennya Steven Gerrard apabila beliau bersara nanti. Siapakah yang mampu menggantikan Gerrard? Jawapannya adalah klon Steven Gerrard yang dihasilkan oleh Muzium Madame Tussauds yang berpengkalan di London. Masalahnya hanya satu iaitu, Steven Gerrard klon ini diperbuat daripada lilin dan mungkin akan cair dengan tekanan di liga perdana inggeris. Jika benar Liverpool mempunyai dua orang Steven Gerrard, maka ianya pasti akan menggembirakan semua peminat The Reds. Patung lilin Gerrard ini sebenarnya adalah untuk pameran di Muzium Madame Tussauds di London. Berikut adalah beberapa fakta menarik mengenai penghasilan patung lilin Gerrard ini :

Patung lilin ini dipersembahkan untuk tonton umum di Anfield sebleum dibawa untuk dipamerkan di Muzium Madame Tussauds di London.

Pengukir menggunakan 300 ukuran tepat daripada badan Gerrard berserta dengan katalog-katalog bergambar sebagai rujukan di dalam pembuatan patung lilin ini.

Patung lilin Gerrard mengambil masa empat bulan untuk disiapkan dan menelan belanja sebanyak 150 ribu pound secara keseluruhan.

Kasut dan kit Liverpool untuk patung lilin ini adalah daripada sumbangan Gerrard dan bukannya diperbuat daripada lilin.

Gerrard meluangkan masa selama lima minit untuk memeriksa patung ini ketika dipersembahkan di Anfield dan beliau sempat memperbetulkan rambut pada patung lilin ini.

Amat jarang patung lilin Madame Tussauds dipersembahkan kepada umum di luar London, disebabkan jadual ketat Gerrard, pihak muzium telah membawa patung lilin ini ke Anfield.

Pihak Madame Tussauds berharap patung lilin Gerrrad ini mampu menjadi tarikan kepada pengunjung menjelang Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan pada bulan Jun nanti.

Patung lilin Gerrard ini akan diletakkan bersama-sama patung-patung pemain bolasepak England yang lain di Madame Tussauds London.


YNWA

Thursday, February 11, 2010

Torres : Kembali Kuatkan The Reds

The Reds menerima perkhabaran gembira apabila penyerang utama Fernando Torres kini dilaporkan telah diberikan kebenaran untuk kembali menjalani sesi latihan bersama-sama rakan sepasukannya di Melwood. Torres kini dilaporkan sedang giat untuk mempertingkatkan tahap kecergasannya dan meletakkan sasaran untuk kembali ke kesebelasan utama Liverpool pada perlawanan menentang citeh di kandang lawan di dalam masa sepuluh hari lagi. Perlawanan menentang citeh ini penting untuk Liverpool memandangkan mereka adalah antara pencabar untuk mendapatkan tempat ke liga juara-juara eropah musim hadapan. Walaupun pengurus Liverpool Rafa Benitez tidak meletakkan sebarang tarikh yang tepat untuk Torres kembali pulih, beliau kini pasti sedikit lega kerana penyerang utamanya kini sedang berusaha untuk meningkatkan tahap kecergasan. Torres telah berehat selama lebih kurang sebulan selepas mengalami kecederaan ketika bertemu Reading di Piala FA. Kumpulan perubatan Liverpool kini telah memberikan lampu hijau kepada Torres untuk mendapatkan kembali kecergasan beliau. Torres juga dilihat telah mula berlari di sekeliling padang latihan di Melwood tanpa mengalami sebarang masalah. Rafa kini dilaporkan menghadapi dilema samada mahu menurunkan Torres atau tidak semasa menentang citeh nanti. Ini kerana kehadiran Torres pasti akan memperkuatkan lagi kesebelasan utama Liverpool setelah Liverpool dilihat gagal menjaringkan gol di dalam beberapa perlawanan liga sebelum ini. Namun ini merupakan satu tindakan yang cukup berisiko jika Torres belum benar-benar pulih sepenuhnya kerana mungkin kecederaan beliau akan bertambah parah. Pada perlawanan menentang citeh nanti, jika Torres benar-benar cergas dan pulih barulah beliau sepatutnya diturunkan. Jika keadaan beliau masih 50-50, lebih baik direhatkan untuk menghadapi perlawanan selepas itu. Kita tidak mampu lagi kehilangan Torres untuk jangkamasa yang panjang kerana penyerang sokongan yang ada sekarang tidak mampu beraksi dengan konsisten di atas padang. Kehadiran El Nino pasti akan memberikan impak psikologi yang besar kepada Liverpool kerana pasukan lawan pasti tidak akan senang duduk jika Torres berada di kesebelasan utama. Apa pun keputusan Rafa nanti, kita semua berharap agar El Nino kembali cergas untuk mengemudi bahagian serangan Liverpool pada baki perlawanan pada musim ini.


YNWA

Wednesday, February 10, 2010

BPL : Jika 19 Kelab

Pasukan yang sedang bergelut dengan kemerosotan prestasi di liga perdana inggeris iaitu Portsmouth a.k.a Pompey kini dilaporkan sedang berhadapan dengan kemungkinan disingkirkan daripada liga. Pompey kini menghadapi masalah kewangan yang meruncing dan dikatakan gagal membayar gaji pemain-pemain mereka. Mereka kini diberikan tempoh tujuh hari untuk mencari pelabur baru untuk menyelamatkan kelab tersebut daripada muflis. Jika gagal mendapatkan pelabur maka Pompey tidak lagi dibenarkan untuk beraksi di liga perdana inggeris semua keputusan yang membabitkan Pompey pada musim ini akan dibatalkan. Jumlah pasukan di liga perdana inggeris akan menjadi 19 dengan jumlah keseluruhan perlawanan menjadi 36. Ini bermakna mana-mana pasukan yang menang dengan mereka akan ditolak tiga mata (enam mata untuk kemenangan double), tolak satu mata untuk keputusan seri dan tiada apa-apa perubahan untuk pasukan yang kalah kepada mereka. Pasukan-pasukan seperti Wolves, Wigan, Burnley dan Liverpool adalah antara yang akan mengaut keuntungan daripada situasi Pompey ini kerana mereka tidak akan ditolak mata kerana tewas kepada Pompey sebelum ini. Pasukan-pasukan seperti senapang, citeh, spurr dan juga West Ham adalah antara pasukan yang bakal ditolak mata di liga perdana inggeris jika Pompey gagal di dalam usaha mereka nanti. Liverpool akan kembali ke kedudukan di tangga ketiga jika jadual liga berubah akibat masalah ini. Kini Pompey juga bakal berdepan tolakan 9 mata penalti daripada FA England diatas masalah yang melanda mereka ini. Namun ini semua hanya congakan awal dan ianya masih belum berlaku kerana Pompey kini dikatakan sedang berbincang dengan beberapa pelabur yang berminat untuk membeli kelab tersebut. Berikut adalah kedudukan liga perdana inggeris pada 10/02/2010 jika Pompey disingkirkan daripada liga :

Chelsea 55
Manchester United 50
Liverpool 44
Arsenal 43
Tottenham 40
Manchester City 38
Aston Villa 38
Birmingham 34
Everton 29
Fulham 28
Stoke 27
Blackburn 25
Sunderland 24
Wigan 24
Burnley 23
Hull 23
Wolves 21
Bolton 19
West Ham 17


YNWA

Tuesday, February 9, 2010

BPL : Ancaman Senapang

Kunjungan ke tempat lawan pada awal pagi Khamis nanti untuk menentang skuad senapang adalah satu ujian yang cukup getir buat Liverpool. Bukan tidak percayakan keupayaan Liverpool tetapi harus diingat The Reds akan berhadapan dengan pasukan yang kini ibarat singa luka setelah tewas dua perlawanan berturut-turut sebelum ini. Ramai pihak yang telah menyatakan bahawa skuad senapang kini di ambang kemerosotan prestasi namun kita tidak harus tertipu dengan kedudukan mereka. Benar mereka tewas di dua perlawanan sebelum ini tetapi kita harus melihat fakta yang pasukan yang menewaskan mereka bukanlah pasukan yang berada di pertengahan liga. Jadi untuk meletakkan skuad senapang kini telah hilang arah adalah satu penilaian yang tidak tepat. Mereka masih perlu dianggap pasukan yang cukup berbahaya lebih-lebih lagi apabila bermain di kandang sendiri. Mereka pasti mahu kemenangan untuk bangkit kembali daripada kekalahan-kekalahan tersebut dan jika kita tidak berhati-hati Liverpool pasti akan menjadi mangsa. Walaupun begitu tidak mustahil untuk Liverpool mencuri mata daripada skuad senapang ini. Dengan keyakinan pemain yang semakin tinggi, saya pasti Liverpool akan berjuang habis-habisan untuk menyaingi skuad senapang pada awal pagi nanti.

Liverpool hadir di Emirates pada kali ini dengan beberapa pemain kesebelasan utama terpaksa diketepikan kerana kecederaan dan juga pergantungan. Penyerang utama Fernando Torres dan Glen Johnson masih diketepikan kerana kecederaan. Sementara pemain tengah Alberto Aquilani dilaporkan tidak cergas sepenuhnya dan beliau tidak akan diturunkan untuk perlawanan ini. Pengurus Liverpool Rafa Benitez telah mengesahkan perkara ini. Pemain pertahanan Greece Sotirios Kyrgiakos juga tidak dapat diturunkan setelah beliau digantung perlawanan setelah menerima kad merah pada pertemuan dengan jiran sekampung Merseyside pada hujung minggu yang lepas. Liverpol mungkin akan menurunkan Aurelio dan juga Riera yang direhatkan pada perlawanan yang lepas. Mereka sepatutnya lebih cergas untuk beraksi pada perlawanan ini. Pemain-pemain lain diketuai Kapten Steven Gerrard harus dikekalkan pada perlawanan ini. Dengan kedua-dua pasukan kehilangan penyerang utama dan penyerang gantian pula tidak boleh diharapkan, pertembungan jentera tengah antara kedua-dua pasukan bakal menentukan pihak yang akan menguasai perlawanan ini. Saya tidak mengharapkan keajaiban daripada pemain-pemain Liverpool pada awal pagi nanti, namun jika The Reds berjaya mencuri mata daripada skuad senapang, itu adalah satu keputusan yang cukup positif. Berikut adalah barisan kemungkinan pemain yang akan diturunkan oleh pengurus Rafa Benitez pada perlawanan ini :

Formasi : 4-4-1-1

Barisan Kemungkinan :

RIENA

CARRAGHER AGGER SKRTEL AURELIO

RODRIGUEZ LUCAS MASCHERANO RIERA

GERRARD

KUYT

Keputusan : 1-0 kemenangan kepada Liverpool. Gol dijaringkan oleh Gerrard.

Perlawanan akan disiarkan secara langsung di Astro ESPN Rangkaian 812

11/02/10 Jam 0330 Pagi


YNWA