Sunday, November 8, 2009

LFC : Kelab vs Negara

Nampaknya peperangan di antara kelab dengan negara mengenai status pemain di dalam perlawanan antarbangsa akan berterusan. Liverpool yang dihimpit oleh kecederaan pemain secara berterusan dan terpaksa merehatkan ramai pemain di dalam beberapa penting sebelum ini pasti tidak senang jika pemain-pemain ini dipanggil untuk menyertai perlawanan persahabatan antarabangsa yang tidak mempunyai sebarang kepentingan pada minggu hadapan. Pengurus Liverpool Rafa Benitez awal-awal lagi mahu pengurus skuad negara menggunakan “akal yang rasional” di dalam memanggil pemain-pemain untuk perlawanan persahabatan tersebut. Yang menjadi tumpuan pengurus Liverpool ini adalah dua pemain utamanya iaitu Steven Gerrard dan juga Fernando Torres. Liverpool yang kini telah lama merehatkan Gerrard dan menggunakan khidmat Torres secara berhati-hati di dalam setiap perlawanan Liverpool sebelum ini pasti tidak mahu kecederaan mereka berdua ini bertambah buruk jika dipaksa untuk mewakili England dan juga Sepanyol. Perlu diingatkan kecederaan yang dialami Gerrard dan Torres adalah disebabkan “kecerdikan” Capello (pengurus England) dan Del Basque (pengurus Sepanyol) menggunakan kedua-dua pemain di dalam perlawanan terakhir kelayakan Piala Dunia yang tidak mempunyai apa-apa makna kerana kedua-dua negara telah menjadi juara kumpulan. Namun disebabkan kedegilan untuk mengejar rekod tanpa kalah di dalam kumpulan telah menyebabkan musibah berpanjangan kini menimpa Liverpool. Perlawanan pertunjukkan badut England menentang Brazil di Qatar pada minggu hadapan jelas tidak digemari oleh Rafa Benitez. Perlawanan yang jelas hanya untuk tujuan komersial England tidak mendatangkan sebarang faedah kepada Liverpool malah mungkin bertambah parah jika Gerrard dipaksa untuk bermain di perlawanan tersebut dan mengalami kecederaan. Sementara Del Basque juga turut mencongak pemain untuk perlawanan persahabatan Sepanyol menentang Argentina pada minggu hadapan. Walaupun tahu Gerrard mengalami kecederaan, Capello akan menggunakan “kecerdikan” beliau memanggil Gerrard untuk diperiksa oleh pasukan perubatan England. Kejadian yang sama berlaku pada musim lepas ketika perlawanan persahabatan menentang Jerman. Ini berlaku disebabkan ketidakpercayaan Capello terhadap pengurus-pengurus kelab. Jika benar pengurus-pengurus kelab ini menipu, lebih baik tidak melepaskan terus pemain-pemain mereka untuk mewakili skuad antarabangsa negara masing-masing.

Kita semua faham pemain-pemain Liverpool mahu mewakili negara masing-masing dan saya berpendapat ianya penting untuk perkembangan karier bolasepak mereka. Namun apalah salahnya jika sedikit kompromi diberikan oleh pengurus-pengurus skuad antarabangsa agar lebih bertimbang rasa dengan pemain-pemain yang mahu dipilih oleh mereka. Saya tidak menentang pemain-pemain utama Liverpool mewakili negara mereka jika perlawanan tersebut amat penting seperti kelayakan Piala Dunia dan Piala Eropah dengan syarat mereka bebas daripada sebarang kecederaan. Rekod Liverpool apabila pemain-pemain utama kembali daripada perlawanan antarabangsa tidaklah begitu baik kerana sukar untuk Liverpool untuk mencapai kemenangan disebabkan pemain-pemain tersebut tidak cergas sepenuhnya kerana selain daripada bermain mereka terpaksa mengharungi perjalanan yang jauh seperti Mascherano yang terpaksa terbang ke benua Amerika Selatan setiap kali dipanggil menyertai skuad antarabangsa. Sama-sama kita saksikan sejauh mana perkembangan masalah yang tidak berpenghujung di antara kelab dengan negara ini.


YNWA

Saturday, November 7, 2009

Torres : Pengorbanan Buat Liverpool

Apabila terbaca berita mengenai perkembangan kecederaan yang dialami oleh penyerang utama The Reds Fernando Torres, terasa amat kecil pula saya rasa sebagai salah seorang peminat. Kecil terasa kerana pengorbanan yang diberikan oleh Torres amatlah besar ertinya di saat Liverpool bergelut dengan prestasi yang tidak menentu sekarang ini. Torres, seperti yang kita semua sedia maklum, bermain dengan kesakitan di dalam tiga perlawanan terakhir Liverpool menentang skuad syaitan merah, Fulham dan juga Lyon (beliau tidak diturunkan ketika menentang skuad senapang di dalam perlawanan Piala Carling). Timbul juga sedikit kerisauan kerana takut kecederaan penyerang utama Liverpool ini akan bertambah teruk jika beliau terus bermain di dalam keadaan sedemikian. Namun itulah pengorbanan seorang pemain yang cukup sinonim dengan Liverpool ini. El Nino walaupun berdarah Sepanyol namun semangat sebagai seorang Reds tetap utuh di dalam diri beliau. Apabila beliau tiba di Anfield 2 musim yang lalu, saya agak terperanjat kerana cukup banyak pasukan elit yang cuba mendapatkan khidmat beliau namun ditolak dengan baik oleh beliau. Sehinggalah pada satu masa beliau menerima panggilan daripada Rafa Benitez untuk bertanyakan adakah beliau berminat untuk bermain dengan The Reds. Saat itu merupakan titik tolak di dalam karier bolasepak Torres dan beliau mengambil keputusan untuk berhijrah ke Liverpool. Kini penyerang utama Sepanyol ini kekal setia dengan Liverpool dan baru-baru ini telah menyambung kontrak baru sehingga 2014.

Betapa beruntungnya Liverpool memiliki penyerang yang cukup berbisa ini dan selain daripada itu cukup komited dengan pasukan. Dua musim bersama-sama Liverpool dengan jaringan gol bertali arus telah menyebabkan Torres menarik minat perhatian kelab-kelab lain untuk cuba mendapatkan khidmat beliau. Namun ianya ditolak mentah-mentah oleh Liverpool dan Torres sendiri mahu berada di Liverpool untuk membantu kelab ini mencapai lebih banyak kejayaan. Komitmen Torres untuk membantu Liverpool terbukti apabila beliau mengenepikan kesakitan untuk beraksi di atas padang bersama-sama rakan-rakan yang lain. Jika Liverpool mempunyai banyak pilihan, pasti Torres akan diberikan rehat secukupnya tetapi dengan keadaan sekarang dimana ramai pemain-pemain utama yang lain seperti Steven Gerrard dan Glen Johnson yang cedera, Liverpool terpaksa menggantung harapan kepada Torres. Berita terbaru yang diterima, Torres kini berada di Valencia, Sepanyol untuk mendapatkan rawatan ke atas kecederaan beliau. Torres akan bertemu doktor pakar yang menjadi rujukan beliau di sana iaitu Dr Ramon Cugat. Dr Cugat yang banyak merawat Torres di sepanjang karier bolasepaknya akan membuat ujian dan memberikan pandangan kepada Liverpool mengenai kecederaan Torres. Usaha ini adalah untuk memastikan kecederaan Torres itu tidak perlu menjalani pembedahan yang seterusnya akan menyebabkan beliau tidak dapat beraksi dengan lebih lama. Torres ditemani oleh Dr Mark Waller (doktor kelab) semasa berada di Valencia. Saya berharap kecederaan Torres ini akan pulih agar segala usaha dan pengorbanan yang dilakukan oleh penyerang Sepanyol ini tidak sia-sia.

P.S : Berita terbaru diterima menyatakan Torres tidak memerlukan pembedahan ke atas kecederaan beliau tetapi perlu menjalani rawatan selama 3 minggu untuk pulih.


YNWA

Friday, November 6, 2009

UCL : Statistik Les Gones vs The Reds

Saya lampirkan di blog ini, statistik dan rating pemain-pemain Liverpool ketika menentang Lyon di Stade de Gerland di dalam Liga Juara-Juara Eropah. Statistik dan rating ini diperolehi daripada pihak ketiga iaitu dailymail.co.uk. Jelas jika kita lihat kepada statistik ini, pemain-pemain Liverpool memang berusaha bersungguh-sungguh untuk memenangi perlawanan ini. Liverpool menguasai sepenuhnya perlawanan ini daripada awal sehinggalah ke akhir perlawanan. Dengan barisan pemain utama yang masih mengalami kecederaan, Liverpool tampil dengan barisan pemain yang berbeza namun bersemangat untuk memenangi perlawanan ini. Saya yang menyaksikan perlawanan ini agak terkejut dengan taktik bertahan yang digunakan Lyon di dalam perlawanan ini. Sebagai tuan rumah dan antara pasukan terkuat di Perancis, Lyon telah memberikan peluang kepada Liverpool untuk melancarkan serangan demi serangan ke arah gawang mereka. Mereka hampir berjaya berbuat sedemikian sehinggalah jaringan Ryan Babel berjaya memecahkan kebuntuan dan membolosi penjaga gol Lyon Lloris yang pada awalnya nyata banyak menyelamatkan percubaan bahaya Liverpool. Namun kealpaan barisan pertahanan Liverpool pada minit-minit akhir perlawanan membolehkan Lisandro menjaringkan gol penyamaan. Misi kita sukar dan hampir mustahil sehinggakan ada sesetengah pihak menyatakan Liverpool memerlukan keajaiban untuk layak. Apapun yang mereka katakan, teruskan sokongan anda semua kepada Liverpool FC!!!


YNWA

Thursday, November 5, 2009

UCL : Sukar Tetapi Tidak Mustahil


Jika dilihat peluang Liverpool untuk melangkah ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara Eropah semakin sukar apabila keputusan seri 1-1 awal pagi dengan Lyon di Stade de Gerland. Namun keputusan seri tersebut masih memberikan sedikit ruang untuk Liverpool layak ke pusingan kalah mati nanti. Jika menang dengan Lyon semalam maka peluang untuk bersaing akan lebih terbuka. Namun dengan masalah kecederaan pemain-pemain utama yang melanda Liverpool, keputusan seri tersebut adalah lebih baik daripada kalah kepada Lyon dan menutup terus peluang untuk memberikan saingan kepada Lyon dan Fiorentina di dalam kumpulan E Liga Juara-Juara Eropah. Faktor nasib dan juga usaha para pemain-pemain Liverpool selepas ini akan menjadi penentu samada Liverpool mampu mara atau sebaliknya. Nasib kerana Liverpool memerlukan pertolongan Lyon untuk menyekat Fiorentina daripada menang di dalam perlawanan kelima peringkat kumpulan di dalam masa 3 minggu lagi. Manakala Liverpool perlu menang ke atas Debrecen di tempat lawan. Jika Lyon berjaya menyekat Fiorentina maka kita akan menyaksikan satu lagi perlawanan epik peringkat Eropah di antara Liverpool dan Fiorentina yang bakal dilangsungkan di Anfield pada 9 Disember nanti.

Pengurus Lyon, Claude Puel telah berjanji untuk menurunkan barisan terbaik beliau semasa menentang Fiorentina di Itali nanti. Tujuan Puel berbuat sedemikian adalah untuk menguasai tangga teratas kumpulan E dan seterusnya mengelak daripada bertemu dengan gergasi-gergasi bolasepak Eropah di peringkat kalah mati nanti. Puel tidak lagi mahu kejadian seperti musim lepas berulang dimana Lyon terpaksa berdepan dengan Barcelona pada peringkat kalah mati dan pulang awal daripada Liga Juara-Juara Eropah. Jika Lyon kalah kepada Fiorentina maka mereka akan berdepan dengan kemungkinan menjadi naib johan kumpulan E dan berdasarkan pengalaman lalu, Puel pasti tidak mahu keadaan tersebut berulang. Lyon mungkin mampu kalah di dalam perlawanan dengan Fiorentina ini dan menang di dalam perlawanan dengan Debrecen selepas itu, namun Puel mahu skuadnya menjadi juara kumpulan E seawal yang boleh bagi membolehkan beliau merehatkan pemain-pemain utamanya. Harus diingat, jika Fiorentina menang, mereka pasti mahu mengintai peluang untuk menjadi juara kumpulan E dan berdepan dengan Liverpool yang mungkin menurunkan pemain simpanan (jika sudah tiada harapan untuk layak ke peringkat kalah mati) pasti akan memberikan kelebihan buat mereka. Jika Lyon seri dengan Fiorentina maka Liverpool perlu menang dengan kelebihan 3 jaringan ke atas Fiorentina (berdasarkan rekod head to head) di dalam perlawanan epik peringkat Eropah di Anfield nanti. Apa sahaja percaturan yang dibuat, Liverpool perlu menang dengan Debrecen di tempat lawan, sebarang keputusan selain daripada kemenangan pasti akan menguburkan terus harapan Liverpool untuk layak ke peringkat kalah mati.

Jika benar begini percaturan yang akan dilakukan Puel, maka Liverpool mempunyai sebab untuk terus berjuang di Liga Juara-Juara Eropah. Seperti kata pemain pertahanan tengah Liverpool, Jamie Carragher, kami masih belum terkeluar dari saingan Liga Juara-Juara Eropah dan kami akan berjuang berhabis-habisan untuk memastikan kemaraan ke peringkat berikutnya. Bagi pengurus Liverpool, Rafa Benitez, beliau sedar keadaan Liverpool adalah sukar sekarang namun sekarang bukan masanya untuk mengalah dan kita perlu memanfaatkan sebarang peluang yang terhidang untuk layak ke peringkat berikutnya. Pada pendapat saya, dengan setiap pasukan di dalam kumpulan E mempunyai agenda tersendiri, pertarungan untuk merebut tempat ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara Eropah belum berakhir. Saya sedar mungkin faktor nasib tidak digemari oleh sesetengah rakan peminat lebih-lebih lagi kita perlu mengharapkan bantuan Lyon. Namun bagi saya, jika terdapat 0.1% peluang untuk Liverpool layak ke peringkat kalah mati, saya pasti tidak membiarkan pasukan kita ini mengalah sebelum turun bertarung di atas padang. Misi kita memang amat sukar namun ianya tidak mustahil dilakukan. Berjuang habis-habisan dahulu sebelum gugur di medan peperangan. Perlu diingatkan, Liverpool juga akan diperkuatkan kembali dengan pemain-pemain utama yang akan kembali pulih daripada kecederaan dan seterusnya akan memantapkan kembali kesebelasan utama pasukan. Berikut adalah congakan mengenai kedudukan Liverpool di peringkat kumpulan E Liga Juara-Juara Eropah jika mahu layak ke peringkat kalah mati (Liverpool MESTI menang ke atas Debrecen) :

Liverpool menewaskan Debrecen dan Fiorentina menewaskan Lyon : Liverpool terkeluar dari saingan.

Liverpool menewaskan Debrecen dan Fiorentina seri dengan Lyon : Liverpool perlu menang dengan kelebihan 3 jaringan ke atas Fiorentina di dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan.

Liverpool menewaskan Debrecen dan Fiorentina kalah kepada Lyon : Liverpool hanya perlu merakamkan sebarang kemenangan ke atas Fiorentina di dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan.


YNWA

Wednesday, November 4, 2009

UCL : Ayuh Gegarkan Lyon Pagi Ini


The Reds akan turun pada awal pagi ini untuk menyambung perjuangan di Liga Juara-Juara Eropah. Di atas kertas, perlawanan menentang Lyon di Stade de Gerland ini amatlah penting kepada Liverpool bagi menghidupkan kembali sisa-sisa peluang untuk ke pusingan kalah mati selepas ini. Kemenangan amat diperlukan oleh Liverpool untuk terus bersaing namun ianya bukan tugas mudah apabila berdepan dengan pasukan Perancis ini. Liverpool akan hadir sebagai underdog di dalam perlawanan ini berdasarkan prestasi yang tidak menentu sekarang ini. Ditambah lagi dengan senarai kecederaan yang tidak putus-putus dan yang terbaru pengesahan telah diterima menyatakan Glen Johnson dan Fabio Aurelio tidak akan dapat beraksi di dalam perlawanan ini. Skuad Liverpool yang turun di dalam perlawanan ini bukan berada di tahap keupayaan sebenar setelah kehilangan ramai pemain-pemain utama akibat kecederaan. Penyerang utama Fernando Torres dijangka akan diturunkan dan beliau dikhabarkan akan bermain dengan kesakitan di dalam usaha untuk membantu Liverpool. Namun seperti yang pernah saya katakan sebelum ini, kalah sebelum berjuang di atas padang bukanlah satu pilihan buat Liverpool. Saya pasti pemain-pemain Liverpool pada awal pagi ini akan bermain bermati-matian untuk mencapai kemenangan. Tugas kita sukar di Stade de Gerland namun ianya tidak mustahil untuk dilakukan. Bak kata pemain Lyon sendiri, Toulalan dan Cris, sukar untuk menjinakkan harimau yang sedang luka dan adalah satu kesilapan untuk mengenepikan terus pasukan seperti Liverpool. Berikut adalah barisan kemungkinan pemain yang akan diturunkan Rafa Benitez pada perlawanan awal pagi nanti :

Formasi : 4-2-3-1

Barisan Kemungkinan :

RIENA

CARRAGHER AGGER KYRGIAKOS INSUA

LUCAS MASCHERANO

KUYT AQUILANI BENAYOUN

TORRES


Keputusan : 2-1 kemenangan kepada Liverpool. Gol dijaringkan oleh Torres dan Aquilani

Perlawanan akan disiarkan secara langsung di Astro ESPN Rangkaian 812

05/11/09 Jam 0340 Pagi


YNWA

Tuesday, November 3, 2009

LFC : Senarai Kecederaan Terbaru

Saya terbaca artikel daripada liverpoolfc.tv (mungkin juga rakan-rakan turut membacanya) mengenai kenapa ramai pemain-pemain utama kita “hilang” daripada kesebelasan utama pada perlawanan liga menentang Fulham hari Sabtu yang lepas. Nama-nama mereka turut tidak tersenarai di bangku simpanan Liverpool. Saya seperti tidak percaya apabila melihat nama-nama pemain yang diturunkan pada perlawanan tersebut. Lantas saya membuat keputusan untuk melakukan sedikit penyelidikan bagi mencari jawapan sebenar apa yang telah berlaku terhadap pemain-pemain utama Liverpool selepas perlawanan tersebut. Bukan saya hendak mencari alasan namun senarai kecederaan pemain yang terdapat di dalam artikel tersebut sungguh mengejutkan. Kita kehilangan hampir 10 orang pemain kesebelasan utama disebabkan kecederaan jangka masa pendek dan juga panjang. Satu jumlah yang cukup besar untuk ditanggung oleh sesebuah pasukan utama Liga Perdana Inggeris seperti Liverpool. Walaupun Torres bermain pada perlawanan tersebut, risiko untuk kecederaan beliau bertambah teruk tetap ada dan keputusan untuk mengeluarkan beliau selepas satu jam perlawanan adalah untuk mengelakkan perkara tersebut daripada berlaku.

Jelas sekali senarai kecederaan yang panjang ini sedikit sebanyak menerangkan kenapa Rafa Benitez tidak dapat menurunkan sebelas pemain terbaik beliau di dalam perlawanan tersebut. Mungkin terdapat kesilapan percaturan taktikal di dalam perlawanan tersebut namun kita tidak harus memandang sebelah mata terhadap senarai kecederaan ini. Benar pendapat sesetengah rakan peminat, pemain-pemain simpanan kita tidak cukup baik untuk memikul tanggungjawab pemain utama dan saya berharap pemilik sedar Liverpool amat memerlukan pemain-pemain yang lebih baik daripada yang ada sekarang. Keluarkan dana untuk membolehkan Rafa Benitez membeli beberapa pemain baru bagi memperkuatkan skuad Liverpool pada bulan Januari 2010 nanti. Berikut adalah senarai pemain-pemain yang sekarang sedang mengalami kecederaan dan ada di antara mereka yang akan diketepikan pada perlawanan menentang Lyon di Liga Juara-Juara Eropah pada awal pagi Khamis nanti :

Tidak Dapat Beraksi Menentang Lyon
Steven Gerrard (Groin)

Albert Riera (Hamstring)

Martin Kelly (Ankle)

Martin Skrtel (Muscle)


Kemungkinan Beraksi Menentang Lyon (Akan Ditentukan Sebelum Perlawanan)

Daniel Agger (Back)

Glen Johnson (Calf)

Fabio Aurelio (Calf)

David Ngog (Ankle)
Alberto Aquilani (Flu)
Fernando Torres (Adductor)

YNWA

Monday, November 2, 2009

Mata : 10 Fakta Menarik

Berikut adalah 10 fakta menarik mengenai pemain sayap Valencia iaitu Juan Mata yang dilaporkan telah menarik minat pengurus Liverpool Rafa Benitez. Rafa dilaporkan akan mendapatkan pemain sayap Valencia ini dengan tawaran 16.5 juta pound apabila urusan perpindahan pemain akan dibuka semula pada bulan Januari 2010 nanti. Fakta-fakta ini diperolehi daripada mirrorfootball.co.uk :

Liverpool are reportedly planning to take advantage of Valencia's crippling financial problems by moving for the £16million-rated Spanish left winger Juan Mata next summer.
But what do you need to know about the man known as Juanin? Dan Silver reveals all...

1) Juan Manuel Matija Mata GarcĂ­a was born in Burgos, northern Spain, on April 28, 1988. His father (and current agent), also called Juan Mata, played professionally for Real Oviedo, and so little Juanin naturally joined that club as a nine year-old.

2) A prodigious talent, he moved to Real Madrid three years later and quickly became the rising star of their various youth teams. In his last season as a Juvenil, Mata rattled in an impressive 18 goals.

3) He further enhanced his reputation playing for Real Madrid Castilla - Los Merengues' reserve team - starring in a side brimming with talents including Negredo, Jurado, Alberto Bueno, Granero, and Antonio Adan. Mata finished his final season as second-highest top scorer, chipping in with nine goals.

4) He didn't just excel on the pitch in Madrid, either. While at the club Mata studied journalism at the Universidad Politecnica de Madrid. Presumably this makes him that rare player who can make the headlines on the pitch - and then write them up himself afterwards.

5) He agreed to sign for Valencia in March 2007, a move that is still a cause of some regret to Madrid fans to this day. Indeed, an increasingly vocal number of fans would like to see Juanin return as a replacement for Arjen Robben.

6) He was an immediate hit at Valencia, where his goals - two in the semi against Barcelona, and one in the final against Getafe - helped secure the 2008 Copa del Rey. Understandably he was voted the club's Best Young Player after his first season.

7) He's gone on to make 87 appearances for Los Che and scored 25 goals in the process. You can see a compilation of his very best below.

8) His international breakthrough came at the 2006 UEFA European Under-19 Football Championship, where Mata's four goals in five games helped Spain win the title. He made his Under-21 bow two months before his 19th birthday in a friendly against England.

9) He made his senior debut in March 2009, coming on as a sub in Spain's 1-0 World Cuq qualifier win over Turkey, and scored his first in a 3-0 win against Estonia. You can watch video of that strike below...

10) His father went on record last July to say that Valencia would not sell Mata in response to stories in the Spanish press that Barcelona were about to make a move. Since then, however, Valencia have fallen on hard times, and if Liverpool were to come calling with some serious money next summer, they might find it harder to resist.


YNWA

Sunday, November 1, 2009

Babel : Mencari Pasukan Baru?

Pemain sayap Holland, Ryan Babel kini telah diletakkan di dalam senarai perpindahan pemain Liverpool. Beliau ditawarkan dengan harga 6 juta pound kepada kelab yang berminat untuk mendapatkan khidmat beliau. Babel yang telah diberi peluang untuk membuktikan kemampuan beliau pada musim namun sehingga sekarang masih gagal menyinar di kesebelasan Liverpool. Pemain berusia 22 tahun ini sebelum ini telah memohon untuk berpindah secara pinjaman bagi menjamin tempatnya di skuad Piala Dunia Holland. Walaupun bermula di kesebelasan utama ketika pelawanan sulung Liverpool pada musim ini menentang Spurs, Babel gagal untuk menunjukkan kemampuan sebenar beliau. Mungkin sudah tiba masanya untuk Babel beralih angin kepada pasukan baru kerana mungkin corak permainan beliau tidak sesuai dengan Liverpool. Selamat mencari pasukan baru Babel.


YNWA