Showing posts with label Martin Skrtel. Show all posts
Showing posts with label Martin Skrtel. Show all posts

Friday, April 23, 2010

Skrtel : Harap Kembali Cergas

Pemain pertahanan Liverpool dari Slovakia, Martin Skrtel yakin beliau akan kembali beraksi sebelum musim ini berakhir. Pemain jersi bernombor 37 Liverpool ini tidak dapat beraksi semenjak beliau mengalami kecederaan ketika menang 3-1 ke atas Unirea di Bucharest pad 25 Februari yang lepas. Skrtel yang kini sedang berusaha keras dengan pasukan perubatan Liverpool berharap beliau akan sembuh sepenuhnya menjelang perlawanan penutup musim ini nanti. Skrtel menyatakan beliau kini telah kembali cergas dan tidak sabar untuk turun ke padang. Beliau kini semakin hampir untuk kembali menjalani latihan bersama-sama rakan sepasukan yang lain. Tambah Skrtel, beliau tidak gembira kerana terpaksa berehat selama dua bulan disebabkan oleh kecederaan yang dialaminya. Keadaan ini tidak menggembirakan Skrtel kerana tidak banyak yang boleh dilakukannya termasuk memandu kenderaan namun beliau mendapat sokongan sepenuhnya daripada keluarga, rakan-rakan dan juga pasukan perubatan Liverpool. Persoalannya, musim hanya berbaki tiga perlawanan sahaja lagi, sempatkah Skrtel kembali ke padang?


YNWA

Wednesday, April 14, 2010

Skrtel : Kembali Berlatih

Pemain pertahanan Liverpool dari Slovakia Martin Skrtel telah kembali menjalani latihan ringan setelah dua bulan berehat akibat kecederaan kaki yang dialaminya sebelum ini. Pemain pertahanan tengah Liverpool ini mengalami kecederaan ketika menentang kelab Romania Unirea Urziceni pada 25 Februari yang lalu di perlawanan Liga Europa. Skrtel memberitahu doktor yang merawat beliau kini berpuashati dengan keadaannya dan telah memberikan kebenaran untuk beliau menyambung latihan. Walaupun hanya latihan ringan, Skrtel yakin beliau akan kembali bermain sebelum musim ini tamat pada bulan Mei nanti. Kehadiran Skrtel pasti akan mengurangkan sedikit tekanan ke atas barisan pertahanan Liverpool yang kini dilanda masalah kecederaan yang agak serius.


YNWA

Tuesday, March 2, 2010

Skrtel : Cuti Dua Bulan

Berita kurang enak buat peminat-peminat Liverpool telah disahkan di laman web rasmi liverpoolfc.tv. Pemain pertahanan tengah daripada Slovakia, Martin Skrtel telah dilaporkan akan berehat selama dua bulan akibat kecederaan yang dialami beliau ketika menentang Unirea di Liga Europa minggu lepas. Walaupun tidak memerlukan pembedahan ke atas kecederaan yang dialami Skrtel, beliau kini hanya mampu beraksi seawal-awalnya pada bulan Mei nanti. Jika beliau sembuh tepat pada masanya maka beliau mungkin sempat beraksi untuk beberapa perlawanan akhir musim Liverpool pada bulan Mei nanti. Keputusan x-ray yang diperolehi daripada pihak hospital telah mengesahkan bahawa pemain pertahanan Liverpool ini telah mengalami kecederaan metatarsal di kaki kanannya. Nampaknya agak serius juga kesan daripada kecederaan Skrtel ini kerana Agger turut disahkan mengalami kecederaan lutut ketika menentang pasukan bakarhitam sebelum ini. Diharapkan kecederaan Agger tidak terlalu serius seperti Skrtel yang memerlukan rehat agak panjang. Kelibat Johnson juga masih tidak kelihatan untuk beraksi di kesebelasan utama. Sedikit berita gembira untuk peminat-peminat Liverpool dimana pemain pertahanan Greek, Kyrgiakos akan kembali ke kesebelasan utama setelah menamatkan penggantungan tiga perlawanan yang diterima beliau sebelum ini.


YNWA

Monday, November 23, 2009

Skrtel : Semangat Gol Sulung

Pemain pertahanan tengah Liverpool dan juga pemain antarabangsao Slovakia, Martin Skrtel amat gembira apabila beliau berjaya menjaringkan gol pertama beliau untuk Liverpool setelah memasuki musim ketiga berada di Anfield. Gol ini merupakan jaringan pertama Skrtel di alam 65 penampilan buat Liverpool. Gol ini merupakan saat manis buat Skrtel setelah beliau dengan sabar menunggu untuk mendapatkan peluang menjaringkan gol pertama beliau untuk Liverpool. Skrtel bagaimanapun agak kecewa kerana gol beliau masih gagal memberikan kemenangan kepada Liverpool. Perlawanan menentang citeh tersebut berakhir dengan keputusan seri 2-2. Skrtel kini mahu memandang ke hadapan kerana apa yang telah berlaku tidak boleh lagi diubah. Liverpool perlu terus mara untuk meneruskan perjuangan yang belum selesai pada musim ini tambah Skrtel lagi. Kita berharap gol jaringan pertama beliau ini adalah jaringan permulaan untuk lebih banyak gol daripada sumbangan beliau. Telah tiba masanya untuk Liverpool mempunyai seorang lagi pemain pertahanan yang mampu menjaringkan gol seperti Sami Hyypia. Liverpool perlu mempunyai lebih banyak pilihan untuk menjaringkan gol (selain daripada bahagian serangan) jika mahu memenangi perlawanan-perlawanan selepas ini.


YNWA

Wednesday, July 1, 2009

Skrtel : Johnson Pilihan Tepat

Pertahanan Tengah Liverpool dari Slovakia, Martin Skrtel adalah antara pemain yang terawal mengalu-alukan kedatangan Glen Johnson ke Anfield. Skrtel percaya Johnson akan menjadi antara pembelian terbaik Rafael Benitez untuk Liverpool. Pemain antarabangsa Slovakia ini tahu apa yang harus dilakukan untuk menempatkan diri di dalam barisan pertahanan antara yang terbaik di Eropah setelah beliau berpindah dari Liga Perdana Rusia pada Januari 2008. Skrtel percaya rakan sepasukan terbaru beliau ini akan melakukan perkara yang sama setelah melengkapkan perpindahan dari Portsmouth pada hari Jumaat yang lepas. Skrtel tahu Johnson adalah antara pemain terbaik Liga Perdana Inggeris ada beliau gembira Johnson menyertai Liverpool. Skrtel akan kembali ke Liverpool pada awal Julai, lebih awal daripada bermulanya latihan pra musim akan bermula. Pemain berusia 24 tahun ini tidak sabar untuk menunggu musim 09/10 Liga Perdana Inggeris bermula dan beliau telah melakukan persediaan awal. Masa lapang beliau sebelum latihan pra musim bermula akan digunakan untuk berlatih di gimnasium dan beliau amat gembira dengan keadaan tersebut.

Saya amat pasti Johnson akan melakukan yang terbaik di Liverpool pada msuim depan. Corak permainan serangan dari sayap kanan beliau amatlah menarik. Cuma dari segi corak pertahanan, Johnson perlu melakukan sesuatu di bahagian tersebut. Mungkin tunjuk ajar dari Rafa dan Sammy Lee akan membantu beliau memberikan persembahan terbaiknya di sepanjang karier beliau sebagai pemain bolasepak. Dengan sokongan rakan-rakan pertahanan beliau seperti Skrtel, saya percaya Johnson dengan mudah dapat menyesuaikan diri dengan corak permainan Liverpool. Dengan pengalaman sebagai pemain Liga Perdana Inggeris, Johnson diharapkan dapat memberi dimensi baru kepada permainan Liverpool di atas padang pada musim 09/10 nanti.


YNWA

Friday, May 29, 2009

Skrtel : Gol Seperti Hyypia? Tiada Masalah

Memang ramai yang merasai kehilangan pertahanan tengah lagenda Liverpool, Sami Hyypia yang telah berpindah ke Bundesliga untuk bersama-sama Bayer Leverkusen selama 2 musim. Terbaru, rakan sepasukan beliau yang turut sama bermain di posisi pertahanan tengah Liverpool, Martin Skrtel yang berasal dari Slovakia. Skrtel merupakan pemain pertahanan tengah yang dibeli dari kelab Rusia, Zenit St Petersburg sebagai pemain tambahan kepada barisan pertahanan Liverpool. Semenjak dari itu, Skrtel merupakan antara pemain tulang belakang Liverpool yang turut menyumbang ke arah kebangkitan Liverpool pada musim ini. Skrtel telah menyatakan kesediaan beliau untuk mengambil alih salah satu tugas Hyypia ketika berada di Liverpool iaitu sebagai pemain pertahanan tengah yang mampu menjaringkan gol. Kini setelah penghijrahan Hyypia, Skrtel akan cuba menjaringkan gol untuk Liverpool. Hyypia yang telah berkhidmat selama sedekad di bahagian pertahanan Liverpool telah menjaringkan 35 gol untuk Liverpool di dalam semua pertandingan dan ini termasuklah jaringan beliau melalui rembatan volley ke atas Juventus di perlawanan suku akhir Liga Juara-Juara Eropah pada tahun 2005 dimana Liverpool telah menjadi juara pertandingan tersebut.

Manakala Skrtel yang berusia 24 tahun, masih belum menjaringkan sebarang gol setelah 18 bulan penghijrahan beliau dari Zenit St Petersburg. Tetapi Skrtel akan cuba mengubah statistik tersebut bermula pada musim depan. Menurut Skrtel tugas utama beliau adalah untuk mempertahankan pintu gol Liverpool daripada dibolosi tetapi jika beliau dapat menjaringkan gol untuk Liverpool, ianya adalah bonus tambahan kepada beliau. Skrtel yang telah menjaringkan 5 gol untuk negaranya Slovakia di peringkat antarabangsa juga turut menyatakan beliau amat terasa kehilangan Sami Hyypia yang telah banyak membantu beliau sewaktu mula-mula tiba di Liverpool sehinggalah lagenda Liverpool tersebut berhijrah ke Leverkusen bermula musim depan. Tambah Skrtel, jika anda perlu bantuan, ketuklah pintu rumah Hyypia dan beliau pasti akan bersedia membantu pada bila-bila masa yang diperlukan tanpa banyak bicara. Begitulah akrabnya hubungan antara Skrtel dengan rakan seniornya tersebut. Kepada Skrtel, sebagaimana anda terasa kehilangan Hyypia, begitulah juga kami semua sebagai peminat Liverpool rasai. Tidak ada sesiapa yang dapat menggantikan Hyypia di Liverpool dan beliau akan sentiasa akan diingati dan dikenang oleh kita semua.


YNWA