Thursday, March 11, 2010

Carragher : TUJUH Lagi Diperlukan

Pemain pertahanan senior Liverpool Jamie Carragher percaya kini wujud jurang yang cukup besar di antara Liverpool dan pencabar-pencabar kejuaraan liga perdana inggeris yang lain pada musim ini. Dan dengan jujur, Carra menyatakan Liverpool memerlukan sekurang-kurangnya TUJUH lagi pemain baru untuk memastikan jurang tersebut dikurangkan pada musim hadapan. Bagi Carra musim ini akan menjadi lebih positif jika Liverpool berjaya menempatkan diri di Liga Juara-Juara Eropah pada musim hadapan dan juga menjuarai Liga Europa. Jika kedua-duanya berjaya dicapai pada musim ini, Liverpool perlu meneruskan persediaan untuk musim hadapan. Carra tahu, skuad yang ada sekarang boleh bermain dengan lebih baik dan penambahan dua atau tiga pemain yang mampu memberikan impak kepada perlawanan serta tiga atau empat pemain lagi diperlukan untuk melengkapkan pasukan. Carra berpendapat enam atau tujuh pemain baru mampu untuk memberikan wajah yang lebih segar untuk skuad Liverpool musim hadapan. Para peminat telah lama mahukan lebih ramai pemain berkualiti diserapkan ke dalam skuad Liverpool. Persoalannya, sejauh mana Rafa akan diberikan bantuan untuk mendapatkan pemain-pemain ini?


YNWA

16 comments:

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

tukar owner...
kite akan juara tiap musim...

Anonymous said...

Bukan saja tukar owner, tukar manager sekali..

Anonymous said...

Aku rasa sebab sponsor la.Lepas carlsberg sponsor terus x jadi johan.Tapi x pe taon depan ada sponsor baru

Firol said...

bertuahnya kalau diorang bagi duit....

RABUN said...

perlu 7 pemain baru! wow ramai na tu..mana mampu!

tapi pada aku nak amik sampai 7 orang pemain baru mungkin tak perlu la..

apa yang perlu buang 1 player yang ada kat liverpool, selagi dia ada kat liverpool selagi tu la liverpool main macam hampeh!

tau bukan sapa orang nyer miaheeehehehee!

Amirul Idham said...

tukar owner, tukar manager, halau mana2 pemain yg tak smpai tahap utk main utk liverpool...

baru leh johan..

Anonymous said...

pemain g hampeh...si lucas ...konon bagus...bole blah bersama benitez

Anonymous said...

memang suwey penaja carlsberg...mmg ada suwey...aku x sabar2 nak beli baju tanpa jenama arak tuh

beemer said...

senja ..
wa setuju ..
owner taik idung masin mmg tak leh pakai ..

beemer said...

anoy ..
manager?
ada 16 juta pound?

beemer said...

anoy ..
teori yg bernas .. haha!

beemer said...

bro firol ..
mana ada tuah semenjak dua ekor tu amik alih .. beli torres pun .. byk harta yg kena gadai ..

beemer said...

bro indra ..
siapakah pemain yg perlu dibuang itu?
adakah wa kenal? hahaha!
7 ka, 8 ka, 9 ka ..
tak kisah bapa ..
janji yg betul2 ada kualiti ..

beemer said...

amirul ..
kalu camtu ..
liverpool tinggal gerrard, torres, masch n reina aja la .. haha!
sbb yg lain tak konsisten langsung ..
prestasi cam biskut ..

beemer said...

anoy ..
lucas tu power beb ..
power jogging di tgh2 pdg sambil makan angin sbb partner dia suma star .. so dia dibolehkan utk makan angin .. haha!

beemer said...

anoy ..
suwey jgn tak suwey ..