Sunday, June 7, 2009

Hicks & Gillett : Masa Untuk Angkat Kaki?

Nampaknya bahan kemarahan ke atas pemilik Liverpool, Hicks dan Gillett semakin memuncak selepas Liverpool diumumkan mengalami kerugian beberapa hari lalu. Memang tidak dapat dipersalahkan jika rasa marah ini berterusan kerana pengumuman in jelas akan menjejaskan persiapan Liverpool menjelang permulaan musim 09/10 nanti. Kumpulan penyokong Liverpool, Spirit of Shankly telah melabelkan pemilik Liverpool tersebut sebagai “satu kegagalan” dan membebankan kelab dengan hutang berjumlah 359 juta pound. Kenyataan dari kumpulan ini timbul apabila akauntan KPMG LLP telah memberi amaran bahawa masa depan depan kelab berada dalam bahaya jika Hicks dan Gillett gagal mendapat pembiayaan semula ke atas hutang mereka sebelum 24 Julai ini. Syarikat induk milik Hicks dan Gillett iaitu Kop Football (Holdings) Ltd telah mengalami kerugian sebanyak 42.6 juta pound dengan sebahagiannya disebabkan oleh pembayaran bunga ke atas pinjaman yang dilakukan oleh mereka berdua untuk membeli Liverpool dahulu.

Jurucakap Spirit of Shankly, Paul Rice berkata, revolusi di bawah Hicks dan Gillett adalah merupakan satu kegagalan yang nyata dan kelab tidak maju ke hadapan seperti yang diharapkan apabila mereka berdua melabur ke atas Liverpool. Liverpool tidak akan mencapai kejayaan di masa hadapan jika mereka berdua masih bersama dan kita semua mahu Hicks serta Gillett keluar dari Liverpool secepat mungkin. Tetapi kedua-dua pemilik tersebut menegaskan kelab tidak berada di dalam bahaya kerana jumlah hutang Liverpool adalah yang terkecil jika dibandingkan dengan pasukan-pasukan utam Liga Perdana Inggeris. Mereka juga menegaskan, rancangan untuk membina stadium baru masih berjalan lancar. Saya bersetuju sepenuhnya dengan pendapat di atas kerana sudah tiba masanya Liverpool mempunyai pemilik baru. Dengan pemilik yang ada sekarang, rasanya lebih kelentong dari kenyataan yang diperolehi oleh Liverpool. 20 juta pound untuk kelab sebesar Liverpool membeli pemain pada musim panas ini? Bajet untuk kelab kecil boleh mungkin cukup untuk sebanyak itu. Untuk Liverpool? Paling kurang 4-5 kali ganda dari jumlah itu barulah Liverpool boleh menarik pemain yang berstatus bintang ke Anfield. Kita akan mengikuti perkembangan perkara ini secara lebih dekat, manalah tahu mungkin Liverpool mempunyai pemilik baru pada musim panas ini. Dengan syarat, Hicks dan Gillett tidak meminta harga yang merepek-repek daripada bakal pemilik baru nanti.


YNWA

3 comments:

Freedom said...

eleh~ kmi arsenal bajet 13m pon boleh idop g~ korang liverpool dpt 20m pon x b'syukur g~ manager korang rafa mmg x kretif~ huhu

Anonymous said...

a'ah wengok 2 mmg kreatif pn...
arsengal doq no bape eh kt liga??????


afiq_trulyREDZ

blassom said...

no yg paling kretif la...
susah ooo...nak lukis no tue...selain org yg kretif jer...