Monday, November 30, 2009

BPL : Liverpool 83 Everton 65


Liverpool mengungguli perlawanan ke 212 menentang jiran sekampung Merseyside, Everton. The Reds mengutip kemenangan 2-0 di dalam perlawanan yang menarik di Goodison Park dan kembali menduduki tangga kelima Liga Perdana Inggeris dengan kutipan 23 mata. Seperti yang saya jangkakan, Everton pasti akan memberi tentangan sengit di dalam perlawanan ini dan ianya terbukti dengan percubaan demi percubaan yang dilakukan oleh pemain mereka ke arah pintu gol Liverpool. Hanya kecekapan Reina serta kemantap gandingan Agger-Carragher berjaya menghalang jiran Liverpool ini daripada mengutip kemenangan di tempat mereka sendiri. Jelas mereka agak terganggu dengan kehilangan beberapa pemain utama mereka seperti Jagielka, Neville, Osman serta Arteta. Walaupun begitu mereka tetap bersemangat untuk menyaingi Liverpool di dalam perlawanan ini. Buktinya dua gol jaringan mereka sebelum separuh masa pertama telah dibatalkan oleh pengadil. Tiada komen daripada pengurus Everton David Moyes dan beliau bersetuju dengan tindakan pengadil membatalkan jaringan tersebut. Moyes gembira dengan usaha yang dilakukan oleh anak-anak buahnya di dalam perlawanan ini dan banyak peningkatan yang dilakukan mereka setelah tidak bermain dengan baik semasa menentang Hull minggu lepas. Perlawanan ini juga menyaksikan Moyes mahu membawa pasukannya keluar dari zon penyingkiran dan Rafa Benitez mahu menghidupkan kembali cabaran pasukannya di Liga Perdana Inggeris serta kembali mengintai peluang ke Liga Juara-Juara Eropah pada musim hadapan.

Liverpool di dalam pada itu tidak dapat menurunkan penyerang utama, Fernando Torres pada perlawanan ini kerana masih mengalami kecederaan. Beliau diberitakan oleh Rafa Benitez akan pulih sepenuhnya menjelang pertemuan dengan Blackburn pada minggu hadapan. David Ngog yang menggantikan beliau pada perlawanan ini masih perlu belajar banyak perkara untuk menjadi seorang penyerang berbisa di Liga Perdana Inggeris. Liverpool perlu berterima kasih kepada Mascherano dan juga Kuyt yang telah mendapatkan gol pada perlawanan ini. Mascherano yang kerap juga membuat percubaan jauh di dalam setiap perlawanan Liverpool akhirnya berhasil apabila percubaan beliau mengenai kaki pemain pertahanan Everton, Joseph Yobo dan menewaskan Howard untuk gol pertama Liverpool pada minit ke 12. Manakala Kuyt pula yang tidak mengenal erti penat di atas padang menyudahkan percubaan Albert Reira yang ditepis oleh Howard. Bola tepisan Howard itu menuju ke arah Kuyt dan pemain sayap Liverpool ini tidak mensia-siakan peluang untuk menjaring gol kedua Liverpool pada minit ke 80 dan seterusnya mengesahkan kemenangan ke 83 Liverpool ke atas jiran sekampung mereka ini. Setelah berjaya menghalang pintu gol daripada dibolosi di dalam dua perlawanan berturut-turut di dalam masa seminggu, Liverpool kini mempunyai gandingan pemain pertahanan tengah yang mampu mengemudi benteng dengan lebih berdisiplin. Gandingan Agger-Carragher telah lama dinanti oleh para peminat Liverpool untuk beraksi namun kecederaan menghalang mereka berdua bergandingan. Kini kita berharap mereka berdua bebas daripada sebarang kecederaan dan dengan bantuan Reina, Johnson, Insua atau Aurelio, benteng pertahanan Liverpool akan lebih kukuh selepas ini.

Liverpool juga terhutang budi kepada penjaga gol Pepe Reina kerana permainan cemerlang beliau pada perlawanan ini berjaya menafikan gol buat Everton. Lucas bermain sehingga luka kepala untuk menunjukkan beliau semakin bersungguh-sungguh bermain di atas padang. Bagus tetapi banyak lagi yang perlu dipelajari oleh beliau kerana kesungguhan sahaja tidak mencukupi di atas padang. Tingkatkan permainan dengan kebijaksanaan membaca gerak pemain lawan serta mampu membuat percubaan tepat ke arah gol dan umpanan yang lebih tepat kepada rakan sepasukan yang lain. Juga perlu belajar untuk membuat bentesan yang lebih bersih serta perlu rajin mengejar bola di atas padang. Kapten Fantastik Steven Gerrard masih belum berada di tahap terbaik permainan beliau kerana kapten Liverpool ini di dalam proses untuk mengembalikan kecergasan sepenuhnya selepas kecederaan sebelum. Namun kehadiran Gerrard dilihat sebagai faktor pendorong kepada pemain-pemain Liverpool untuk berjuang di atas padang. Saya ingin melihat kelibat Aquilani di atas padang semalam namun Rafa masih mahu pemain Itali ini meneruskan usaha beliau mempertingkatkan kecergasannya. Rafa juga tidak mahu merisikokan beliau dengan perlawanan jirang sekampung ini yang penuh dengan kekasaran. Jika itu pendapat Rafa, maka peluang Aquilani untuk bermain menentang Blackburn minggu hadapan agak tipis kerana kita semua tahu corak permainan ganas kelab tersebut. Nampaknya kita semua perlu bersabar lagi untuk melihat aksi pemain tengah termahal Liverpool ini. Jika beliau benar-benar cergas selepas ini, Aquilani seharusnya menggantikan Lucas di bahagian tengah Liverpool. Tidak mungkin untuk menggantikan Mascherano yang merupakan pahlawan Liverpool di tengah padang dengan gaya permainan robustnya itu. Rafa mungkin mahu memperkenalkan Liga Perdana Inggeris kepada Aquilani secara berperingkat untuk mengelakkan kecederaan lama beliau kembali berulang. Perlu kita ingat, Aquilani mengambil masa selama hampir setahun untuk pulih daripada kecederaannya seperti sekarang. Sebarang kesilapan untuk terus mengharapkan Aquilani bermain di kesebelasan utama secara tergesa-gesa mungkin akan memakan diri. Sabar rakan-rakan sekalian, Aquilani bersama-sama kita bukan untuk 5 bulan tetapi untuk 5 tahun, saya pasti lambat laun Rafa akan menurunkan pemain yang bernilai 20 juta pound ini di atas padang dan pada ketika itu kita akan melihat pulangan daripada pelaburan ini.

Secara keseluruhan, permainan Liverpool semalam bukan lagi mencapai tahap terbaik. Namun ketajaman mengambil peluang yang terhidang serta mampu bertahan dengan lebih baik merupakan kunci kepada kemenangan semalam. Saya gembira dengan kemenangan ini dan masih banyak usaha yang perlu dilakukan oleh pemain-pemain Liverpool untuk meneruskan perjuangan pada musim ini. Ianya hanya satu kemenangan kepada Liverpool namun saya berharap ini merupakan satu langkah penting untuk mengembalikan keyakinan pemain-pemain Liverpool. Dengan senarai kecederaan yang semakin pendek, kita berharap Liverpool akan kembali mempamerkan prestasi terbaik pada musim ini. Jangan ulangi prestasi sebelum dan selepas kemenangan menentang manyoo sebelum ini. Dengan citeh, villa, spurr dan juga skuad senapang yang mencicirkan mata semalam, peluang kita untuk bersaing semakin terbuka dan jangan lagi mempersiakan peluang yang diberikan ini.


YNWA

Sunday, November 29, 2009

BPL : Jaguh Merseyside!!!

MENANG dengan jiran sekampung Merseyside si biru, di Goodison Park sekali lagi. Tahniah kepada semua dan enjoy kemenangan ini. Saya akan kembali dengan ulasan penuh selepas ini.


YNWA

Saturday, November 28, 2009

BPL : Cabaran Jiran Sekampung


Di atas kertas perlawanan ke 212 menentang jiran sekampung Merseyside iaitu Everton kelihatan seperti memihak kepada Liverpool. Ini disebabkan kerana pasukan jiran tetangga Liverpool ini sedang mengalami krisis kecederaan pemain yang lebih serius. Mungkin ada juga kebenarannya tentang berita krisis kecederaan yang dialami oleh Everton ini jika melihatkan prestasi tunggang langgang yang dipersembahkan oleh mereka di liga setakat ini. Namun Everton tetap Everton dan saya tidak mahu tertipu dengan berita kecederaan mereka ini. Kenapa saya berkata sedemikian? Ini kerana amat jarang sekali Liverpool memperolehi laluan mudah ketika berhadapan dengan jiran mereka ini. Tidak kira sesiapa sahaja yang diturunkan, perlawanan di antara kedua-dua jiran setempat ini pasti akan berlangsung dengan sengit. Ini termasuklah upacara layangan kad merah yang sentiasa menjadi sebahagian hidangan daripada perlawanan di antara dua jiran Merseyside ini. Saya menjangkakan tentangan sengit daripada Everton yang turut memasang impian bermain di Liga Juara-Juara Eropah ini dan perlu diingatkan mereka bermain di hadapan penyokong mereka sendiri pada hari Ahad ini.

Liverpool hampir pasti akan menurunkan kesebelasan terbaik pada perlawanan ini kecuali penyerang utama Fernando Torres. Beliau kini masih di dalam proses pemulihan daripada kecederaan yang dialami dan Rafa akan memberikan sebanyak mana peluang yang diperlukan oleh Torres untuk pulih sepenuhnya. Torres juga dilaporkan akan diberi ujian kecergasan sehingga menjelang perlawanan ini bagi memastikan samada beliau layak atau tidak untuk bermain menentang Everton. Pemain-pemain utama yang lain seperti Agger, Aurelio, Aquilani, Johnson serta Benayoun dilaporkan bersedia untuk diturunkan pada perlawanan ini. Dengan krisis kecederaan yang semakin ke penghujung, kita semua berharap Liverpool akan kembali mempamerkan prestasi terbaik mereka di Liga Perdana Inggeris. Jika Torres boleh diturunkan pada perlawanan ini, kita bakal melihat kesebelasan pemain terbaik Liverpool pada musim ini di atas padang. Berikut adalah barisan pemain yang berkemungkinan diturunkan oleh Rafa Benitez di Goodison Park :

Formasi : 4-2-3-1

Barisan Kemungkinan :

RIENA

JOHNSON AGGER CARRAGHER AURELIO

AQUILANI MASCHERANO

KUYT GERRARD BENAYOUN

TORRES


Keputusan : 2-0 kemenangan kepada Liverpool. Gol dijaringkan oleh Gerrard dan Benayoun.

Perlawanan akan disiarkan secara langsung di Astro ESPN Rangkaian 812

29/11/09 Jam 0930 Malam


YNWA

Friday, November 27, 2009

Nistelrooy : Cabaran Baru Di Anfield?

Cakap-cakap dari Sepanyol telah menyatakan penyerang Real Madrid, Ruud van Nistelrooy berminat untuk menyertai The Reds pada Januari nanti. Nistelrooy yang juga bekas penyerang manyoo sebelum menyertai Madrid kini dikatakan tidak gembira dengan kedudukannya yang sentiasa memanaskan bangku simpanan Real. Beliau yang mahu keluar daripada Real agar peluang untuk beliau bermain di Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan terjamin. Peluang untuk bermain dengan lebih kerap di Liverpool serta menjadi gandingan kepada Torres pasti tidak akan ditolak oleh Nistelrooy. Pengurus Liverpool, Rafa Benitez pasti akan mencari beberapa pemain untuk memperkuatkan Liverpool pada Januari nanti dan beliau dikatakan amat berminat untuk mendapatkan Nistelrooy. Dengan Rafa mahu merendahkan tanggungan gaji yang perlu ditanggung oleh Liverpool serta kekurangan dana perpindahan yang bakal dialami beliau, jika Nistelrooy mampu diperolehi secara pinjaman dari Real, ianya merupakan satu pilihan yang baik buat Liverpool. Dengan rekod jaringan yang cukup menarik serta mempunyai pengalaman yang cukup luas di Liga Perdana Inggeris, Nistelrooy akan memberikan kekuatan tambahan yang diperlukan oleh Liverpool. Manakala Nistelrooy dikhabarkan telah memberitahu agennya supaya melihat tawaran daripada kelab-kelab utara England dan Liverpool dikatakan menjadi pilihan utama beliau. Beliau dikatakan bersedia untuk menolak tawaran dari skuad senapang, citeh dan spurr untuk menyertai Liverpool bagi membantu menyemarakkan kembali cabaran The Reds pada musim ini. Para peminat Liverpool menganggap jika Rafa berjaya mendapatkan Nistelrooy maka akan terbalaslah apa yang telah dilakukan oleh si tua hidung merah yang mendapatkan Owen pada musim panas yang lepas. Bagi saya apa pun yang bakal berlaku, jika Liverpool berjaya mendapatkan Nistelrooy, kita pasti akan memiliki lebih pilihan di bahagian serangan yang kini mempunyai pilihan yang agak terhad. Jika ditambah dengan Rafael van der Vaart, dua orang pemain ini pasti akan menambahkan lagi kekuatan kesebelasan utama Liverpool. Persoalannya adakah Real mahu berurusan dengan Liverpool bagi perpindahan kedua-dua pemain? Sama-sama kita saksikan episod menarik dua orang pemain gandingan antarabangsa Holland ini yang kini mahu keluar dari Real dan mencari cabaran dengan pasukan baru pada Januari nanti. Adakah mereka akan ke Anfield nanti? Sama-sama kita lihat nanti.


YNWA

Thursday, November 26, 2009

Gerrard : Tugas Belum Selesai

Kapitan Fantastik Liverpool Steven Gerrard mengajak rakan-rakan sepasukan serta para peminat Liverpool di seluruh dunia agar melupakan kekecewaan yang dialami di Liga Juara-Juara Eropah dan menumpukan kepada tugas yang masih belum selesai pada musim ini. Gerrard berkata kini adalah masanya untuk Liverpool kembali bangkit untuk meneruskan perjuangan di liga perdana inggeris, Piala FA serta Liga Europa yang bakal disertai Liverpool nanti. Kapten Liverpool ini mengakui persembahan Liverpool yang tidak konsisten pada musim ini dan persembahan ini belum cukup untuk membawa Liverpool ke peringkat seterusnya di Liga Juara-Juara Eropah. Namun bagi Gerrard itu bukanlah satu alasan untuk Liverpool terus mengalah pada musim ini. Tugas yang berada di tangan di dalam saingan domestik dan juga eropah tidak perlu dipandang mudah. Jika Liverpool tidak mahu pulang dengan tangan kosong pada musim ini, Liverpool harus menunjukkan peningkatan yang ketara bermula dengan perlawanan menentang musuh setempat Merseyside iaitu Everton pada hari Ahad nanti. Jika kapten Liverpool boleh berpendapat sedemikian, saya berharap kita semua sebagai peminat Liverpool bersama-sama menyokong beliau untuk berjuang di sepanjang musim ini. Saya yakin dengan senarai kecederaan kita yang semakin pendek dan jika kita berjaya memperolehi beberapa pemain baru pada bulan Januari nanti (samada secara belian atau pinjaman), musim Liverpool pada kali ini adalah jauh daripada tamat dengan lebih awal. Perlu diingat, kita masih ada lebih kurang enam bulan sebelum musim tamat ini pada pertengahan Mei 2010 nanti.


*Salam Aidiladha Buat Semua Pembaca Setia liverpool-malaya


YNWA

Wednesday, November 25, 2009

LFC : Teruskan Perjuangan The Reds!!

Pahit tetapi itulah yang harus kita harungi untuk musim 09/10 ini. Menang menewaskan Debrecen tetapi Liverpool terkeluar daripada saingan Liga Juara-Juara Eropah 09/10. Lyon gagal menghalang Fiorentina daripada mencapai kemenangan di Itali. Liverpool telah melaksanakan tugas mereka di Hungary namun itulah bolasepak. Sukar untuk menjangkakan peluang kita jika mengharapkan bantuan daripada pihak lain. Saya tidak mempunyai sebarang komen mengenai Lyon kerana di Itali, mereka nyata menurunkan barisan terkuat mereka untuk menyaingi tuan rumah. Dan mereka tewas kerana Fiorentina hanya mampu menjaringkan gol penalti dan separuh masa kedua hanya bertahan untuk menyerapkan asakan Lyon. Tamat kisah perjalanan Liverpool di Liga Juara-Juara Eropah pada musim ini dan kita akan meneruskan perjuangan yang belum selesai pada musim ini di Liga Europa. Bak kata penjaga gol Pepe Reina, bukanlah kiamat buat Liverpool jika terkeluar dari Liga Juara-Juara Eropah. Kita harus bangkit di dalam saingan liga perdana inggeris dan berjuang di Piala FA serta Liga Europa nanti. Kepada rakan-rakan peminat, kita semua kecewa dengan keputusan semalam tetapi kita semua harus berdiri di belakang kelab di saat sukar seperti ini. Mungkin kali ini bukan hari kita tetapi hari esok siapakan tahu. Teruskan perjuangan The Reds!!!


YNWA

Tuesday, November 24, 2009

UCL : Lawan Tetap Lawan


Perlawanan menentang Debrecen pada awal pagi nanti akan menentukan hidup mati The Reds di dalam Liga Juara-Juara Eropah pada musim ini. Peluang Liverpool bergantung kepada keputusan perlawanan Lyon dengan Fiorentina di Itali. Liverpool perlu menang ke atas Debrecen dan berharap Lyon akan menghalang Fiorentina daripada menang pada pertemuan mereka. Lyon perlu menang atau seri dengan Fiorentina untuk mengukuhkan peluang mereka untuk menjadi juara kumpulan E. Kurang enak senario yang yang bakal kita hadapi. Namun itulah hakikat yang harus ditempuhi oleh Liverpool. Walaupun peluang Liverpool pada awal pagi nanti agak tipis, ianya bukan satu alasan untuk mengambil mudah pertemuan dengan Debrecen ini. Kita perlu menang dan jika nasib menyebelahi Liverpool, peluang untuk menentukan siapa layak ke pusingan seterusnya akan ditentukan di Anfield pada 9 Disember nanti. Liverpool berkunjung ke Stadium Ferenc Puskas Hungary, gelanggang utama pasukan Debrecen. Penyerang utama Fernando Torres serta pemain sayap Ryan Babel dan Albert Riera tidak akan menyertai skuad utama Liverpool pada kali ini kerana masih mengalami kecederaan. Di atas kertas, tugas Liverpool kelihatan agak mudah kerana Debrecen ini merupakan pasukan belasahan kumpulan E Liga Juara-Juara Eropah. Tetapi kita harus ingat, mereka bermain di gelanggang mereka sendiri dan Liverpool sendiri hanya menang 1-0 dengan Debrecen di Anfield pada perlawanan sebelum ini. Sat fakta yang harus diambilkira oleh Liverpool adalah Debrecen walaupun tewas kedua-dua perlawanan dengan Fiorentina namun mereka masih mampu menjaringkan lima gol. Dengan barisan pertahanan yang agak longgar semenjak kebelakangan ini, Jamie Carragher dan rakan-rakannya perlu bekerja dengan lebih keras pada malam ini. Layak atau tidak Liverpool pada awal pagi ini, sama-sama kita berikan sokongan kepada The Reds. Bagi saya, Liverpool perlu fokus untuk menyelesaikan tugas di Hungary terlebih dahulu sebelum boleh berfikir mengenai peluang untuk layak ke peringkat seterusnya. Jangan sesekali mengambil mudah Debrecen kerana mereka mampu mengecewakan Liverpool di tempat mereka sendiri. Berikut adalah kemungkinan barisan pemain Liverpool yang bakal diturunkan oleh Rafa Benitez pada perlawanan awal pagi nanti :

Formasi : 4-2-3-1

Barisan Kemungkinan :

RIENA

JOHNSON AGGER CARRAGHER INSUA

AQUILANI MASCHERANO

BENAYOUN GERRARD AURELIO

KUYT


Keputusan : 2-0 kemenangan kepada Liverpool. Gol dijaringkan oleh Gerrard dan Kuyt.

Perlawanan akan disiarkan secara langsung di Astro Star Sport Rangkaian 813

25/11/09 Jam 0340 Pagi


YNWA

Monday, November 23, 2009

Skrtel : Semangat Gol Sulung

Pemain pertahanan tengah Liverpool dan juga pemain antarabangsao Slovakia, Martin Skrtel amat gembira apabila beliau berjaya menjaringkan gol pertama beliau untuk Liverpool setelah memasuki musim ketiga berada di Anfield. Gol ini merupakan jaringan pertama Skrtel di alam 65 penampilan buat Liverpool. Gol ini merupakan saat manis buat Skrtel setelah beliau dengan sabar menunggu untuk mendapatkan peluang menjaringkan gol pertama beliau untuk Liverpool. Skrtel bagaimanapun agak kecewa kerana gol beliau masih gagal memberikan kemenangan kepada Liverpool. Perlawanan menentang citeh tersebut berakhir dengan keputusan seri 2-2. Skrtel kini mahu memandang ke hadapan kerana apa yang telah berlaku tidak boleh lagi diubah. Liverpool perlu terus mara untuk meneruskan perjuangan yang belum selesai pada musim ini tambah Skrtel lagi. Kita berharap gol jaringan pertama beliau ini adalah jaringan permulaan untuk lebih banyak gol daripada sumbangan beliau. Telah tiba masanya untuk Liverpool mempunyai seorang lagi pemain pertahanan yang mampu menjaringkan gol seperti Sami Hyypia. Liverpool perlu mempunyai lebih banyak pilihan untuk menjaringkan gol (selain daripada bahagian serangan) jika mahu memenangi perlawanan-perlawanan selepas ini.


YNWA

Sunday, November 22, 2009

Torres : Duit Bukan Segalanya

Berita terbaru yang diterima dari England menyatakan citeh mahu membeli Torres jika berjaya menewaskan Liverpool untuk menjadi empat pasukan terbaik di liga perdana inggeris. Sungguh tidak berotak pasukan citeh ini, telah dinyatakan dengan jelas Liverpool dan juga Rafa tidak akan menjual Torres pada sebarang harga. Apatah lagi untuk menjual Torres kepada musuh liga perdana. Torres juga telah menyatakan beliau tidak akan bermain untuk mana-mana pasukan liga inggeris termasuklah manyoo, jambatan runtuh, senapang dan apatah lagi citeh. Hanya dua pilihan yang dinyatakan oleh Torres jika beliau meninggalkan Anfield iaitu kembali bermain di Atletico atau menyertai Serie A. Ada dinyatakan di mana-mana bahagian mengenai citeh? Mengenai duit? Jangan bermimpi untuk mendapatkan Torres kerana tawaran sehebat Kaka pun belum tentu akan diterima Liverpool atau Torres sendiri. Torres juga tidak mahu mengkhianati peminat-peminat Liverpool di seluruh dunia. Torres yang kita semua kenali adalah merupakan seorang pemain yang amat rapat dan dihormati oleh peminat-peminat Liverpool. Duit tidak akan dapat mengatasi hubungan ini dan Torres kini merupakan antara ikon lagenda Liverpoool setaraf dengan Kapten Steven Gerrard. Saya sedar Torres tidak akan selamanya bersama-sama Liverpool tetapi saya amat pasti pasukan yang akan disertai Torres bukanlah citeh. Mungkin ramai pemain bolasepak tamak haloba dan bermata duitan seperti pemain-pemain yang ada di citeh namun bukan semua pemain boleh dibeli dengan duit. Contoh terbaik adalah Kaka dan juga Torres. Jika El Nino tamakkan duit, sudah lama beliau akan bermain di galaktikus, manyoo atau skuad jambatan runtuh. Tetapi beliau memilih untuk menyertai Liverpool dan berjuang pemain-pemain yang rata-ratanya bertaraf sederhana.


YNWA

Saturday, November 21, 2009

BPL : Bangkitlah Pahlawan Merah


Semakin besar gebangan pasukan citeh ini nampaknya. Dan semakin busuklah mulut-mulut pencacai-pencacai citeh ini. Dengan berlagaknya si lembab Hughes, si lembik Wright-Phillips, si huduh perangai Tevez serta si tempang Santa Cruz mahu melaukkan Liverpool di Anfield. Sebelum ini si takdak otak Zabaleta telah menyerang Liverpool dengan ungkapan belas kasihan. Angkuh sungguh pasukan yang memang terkenal dengan sikap tamak haloba serta bermata duitan para pemainnya. Saya rasa pemain-pemain manyoo, skuad jambatan runtuh serta skuad senapang pun tidak berani menghina Liverpool sedemikian rupa. Pasukan-pasukan utama liga perdana inggeris ini tahu jika semakin banyak hinaan yang dilemparkan kepada Liverpool maka semakin sukarlah tugas mereka di Anfield. Sungguh kurang ajar pasukan yang digelar citeh ini. Bagi saya, teruskanlah hinaan anda semua ke atas Liverpool, saya amat yakin setiap pemain Liverpool mahu menjawab hinaan anda tersebut di atas padang pada malam ini. Hinaan demi hinaan ini pasti akan menyemarakkan semangat pemain-pemain Liverpool di atas padang Anfield. Saya tidak mahu mengulas banyak tetapi ingatlah kata-kata saya ini, kita akan menyaksikan antara persembahan terbaik Liverpool musim ini pada malam nanti. Kredit untuk pemain-pemain Liverpool kerana tidak banyak bersuara di media dan lebih menumpukan perhatian kepada latihan untuk persediaan perlawanan ini. Kita lebih suka untuk menjawab melalui persembahan kita di atas padang Anfield nanti. Biarlah kita lebih banyak menutup mulut sebelum perlawanan kerana tiada guna membuang masa dan tenaga membuat perkara-perkara yang tidak berfaedah kepada pasukan. Kepada citeh, bersedia untuk menghadapi tentangan paling sengit ke atas kamu pada musim ini!!!


YNWA

Friday, November 20, 2009

BPL : Ayuh Gempur Citeh!

Perlawanan menentang citeh pada hari Sabtu ini adalah medan terbaik buat The Reds untuk menutup mulut-mulut busuk pemain-pemain yang kononnya “bintang” di dalam skuad jiran sekampung manyoo ini. Masakan tidak dua minggu sebelum perlawanan ini bermula, sudah pemain mereka yang jelas memperlekehkan Liverpool dengan berkata mereka tidak akan memberikan belas kasihan ke atas Liverpool. Bercakap seolah-olah telah beratus kali menjadi juara liga inggeris atau juara Liga Juara-Juara Eropah lagaknya. Tak mengapa jika mulut mereka busuk-sebusuknya, seperti yang saya tulis sebelum ini, mari kita mengajar mereka cara bermain bolasepak sebenarnya di Anfield Sabtu ini. Mereka berlagak agaknya sebab mampu menewaskan senapang dan tewas tipis kepada manyoo sebelum ini. Mungkin dengan rasa megah sebegitu, mereka rasakan skuad mereka yang mahal ini mampu dengan mudah melaukkan Liverpool. Kita tinggalkan skuad bermata duitan ini dan tumpukan kepada persiapan pasukan kita pada perlawanan ini.

Liverpool pada perlawanan ini dijangkakan akan membuat sedikit perubahan di dalam kesebelasan utamanya. Dengan beberapa pemain utama yang telah pulih daripada kecederaan dan cergas sepenuhnya kerana telah berehat selama dua minggu daripada menyertai perlawanan antarbangsa, Liverpool dijangkakan akan dapat menurunkan pemain yang lebih cergas berbanding citeh. Kapten Steven Gerrard, pemain pertahanan Daniel Agger dan Glen Johnson dilaporkan kini bersedia untuk diturunkan pada perlawanan ini setelah pulih daripada kecederaan. Penyerang utama Fernando Torres dijangka tidak dapat berkasi sepenuhnya tetapi masih berpeluang untuk disenaraikan di bangku simpanan. Pemain sayap Riera dan Benayoun masih belum pulih dari kecederaan dan kini masih menjalani rawatan. Manakala Jamie Carragher masih menjalani penggantungan perlawanan akibat kad merah yang diterima sewaktu menentang Fulham. Pemain tengah Javier Mascherano dan Lucas pula tidak terbang ke Amerika Selatan kerana perlawanan persahabatan antarabangsa mereka hanya diadakan di Eropah dan juga Asia. Perjalanan yang lebih pendek dan masa rehat yang lebih diperolehi oleh kedua-dua pemain tengah Liverpool ini. Jika kita semua bernasib baik, mungkin kita akan berpeluang untuk melihat kelibat pemain tengah terbaru The Reds, Alberto Aquilani membuat penampilan sulung daripada kesebelasan utama setelah masuk sebagai pemain gantian sebelum ini. Berikut adalah barisan kemungkinan pemain-pemain kesebelasan utama yang bakal diturunkan oleh Rafa Benitez di dalam perlawanan pada hari Sabtu ini :

Formasi : 4-2-3-1

Barisan Kemungkinan :

RIENA

JOHNSON AGGER SKRTEL INSUA

LUCAS MASCHERANO

KUYT AQUILANI GERRARD

TORRES


Keputusan : 2-0 kemenangan kepada Liverpool. Gol dijaringkan oleh Gerrard dan Kuyt.

Perlawanan akan disiarkan secara langsung di Astro ESPN Rangkaian 812

21/11/09 Jam 0845 Malam


YNWA

Thursday, November 19, 2009

LFC : Gerrard, Agger Dan Johnson Pulih

Rehat selama dua minggu telah dimanfaatkan sepenuhnya oleh pengurus Liverpool, Rafa Benitez. Di dalam tempoh masa tersebut, Rafa telah melihat perkembangan positif terhadap masalah kecederaan yang dialami oleh pemain-pemain kesebelasan utamanya. Positif apabila beliau menerima perkhabaran pemain-pemain utama beliau seperti Daniel Agger, Kapten Steven Gerrard dan juga pemain pertahanan kanan, Glen Johnson kini telah pulih dan bakal beraksi semasa perlawanan menentang citeh pada hari Sabtu nanti. Kepulangan kapten Liverpool, Steven Gerrard amatlah dinantikan oleh para peminat Liverpool setelah beliau terpaksa diketepikan di dalam beberapa perlawanan penting sebelum ini kerana kecederaan. Membuat penampilan sebagai pemain gantian pada perlawanan menentang Birmingham pada minggu lepas, Gerrard kini dilaporkan pulih sepenuhnya dan kini bersedia untuk menggempur citeh di Anfield nanti. Pemain pertahanan Denmark, Daniel Agger yang diketepikan daripada skuad antarabangsa disebabkan kecederaan belakangnya kini telah bersedia untuk mengemudi benteng Liverpool setelah pulih daripada kecederaan tersebut. Begitu juga dengan pemain pertahanan England Glen Johnson yang dilaporkan kini sudah mula berlatih di Melwood dan beliau bersedia untuk beraksi di kesebelasan utama Liverpool. Namun, penyerang utama Liverpool Fernando Torres dilaporkan masih menjalani rawatan dan beliau kini hanya menjalani latihan ringan. Torres berkemungkinan tidak diturunkan kerana belum cergas sepenuhnya namun jika beliau dapat berada di bangku simpanan itu sudah merupakan satu bonus kepada Liverpool. Pengganti beliau, David Ngog dilaporkan bersedia untuk diturunkan walaupun mengalami kecederaan hidung. Dua pemain sayap Liverpool Riera dan Benayoun turut menerima berita gembira kerana mereka dijangkakan akan pulih kurang daripada masa yang dijangkakan iaitu 6 minggu. Mereka dikatakan akan pulih di dalam masa di antara 3-4 minggu. Pemain pertahanan muda Liverpool, Martin Kelly pula dilaporkan akan terus menjalani proses pemulihan terhadap kecederaan buku lali yang dialaminya semasa menentang Lyon di Anfield dahulu.


YNWA

Wednesday, November 18, 2009

Totti : Aquilani Bakal Menyinar

Bekas rakan sepasukan Alberto Aquilani di AS Roma, Francesco Totti telah memuji pemain tengah terbaru Liverpool ini dan beliau yakon Aquilani akan berjaya dengan Liverpool di England. Pemain berusia 25 tahun ini yang telah menyertai Liverpool dari Roma pada musim panas lepas belum dapat bermain sepenuhnya di atas padang disebabkan kecederaan buku lali tetapi Totti tahu apa yang mampu ditawarkan oleh Aquilani setelah 7 tahun bermain dengan beliau di Roma. Menurut Totti, Aquilani adalah pemain sangat berbakat dengan kemahiran teknikal yang tinggi serta pemahaman yang baik mengenai permainan bolasepak. Aquilani mempunyai tendangan yang hebat dengan kedua-dua belah kakinya, tambah Totti lagi. Namun Totti berpendapat Aquilani tidak bernasib baik dengan kecederaan yang menimpa dan ini menghalang beliau memperlihatkan bakatnya di atas padang untuk membuktikan kebijaksanaan beliau sebagai seorang jeneral di atas padang. Berikan sedikit masa untuk Aquilani menyesuaikan diri dengan corak permainan Liverpool dan Liga Perdana Inggeris, pelaburan ke atas beliau pasti akan membuahkan hasil.


YNWA

Tuesday, November 17, 2009

Kjaer : Merintis Jalan Ke Anfield

Rakan sepasukan skuad antarabangsa Denmark Daniel Agger iaitu pemain pertahanan tengah Palermo, Simon Kjaer telah dikaitkan dengan perpindahan ke beberapa kelab gergasi Eropah termasuklah Liverpool pada musim panas akan datang. Kelab-kelab lain yang dilaporkan berminat untuk mendapatkan Kjaer adalah manyoo, chel dan juga Juventus. Pemain pertahanan tengah yang berusia 20 tahun ini telah muncul antara pemain pertahanan tengah terbaik di Serie A dan beliau berkemungkinan akan menerajui benteng Denmark di Piala Dunia 2010 pada musim panas akan datang bersama-sama Daniel Agger. Kjaer mengakui beliau berminat untuk menyertai salah satu daripada kelab-kelab gergasi Eropah selepas tamatnya Piala Dunia 2010 nanti. Palermo juga telah mengesahkan bahawa terdapat minat daripada kelab-kelab inggeris tersebut dan juga Juventus. Perkara ini disahkan oleh salah seorang pengarah kelab dari Sicily ini, Walter Sabatini. Walau bagaimanapun, Sabatini menegaskan Kjaer tidak akan berpindah pada musim ini termasuklah pada bulan Januari nanti.

Kjaer yang juga seorang peminat Liverpool pasti tidak akan menolak sebarang peluang ke Anfield. Di sana juga terdapat pemain yang menjadi idola beliau iaitu Daniel Agger. Dengan klausa di dalam kontrak yang menyatakan yuran perpindahan beliau adalah 10 juta pound, tidak mustahil sebarang perjanjian dengan Palermo dapat dicapai oleh Liverpool. Saya akui agak mahal untuk mendapatkan Kjaer namun beliau merupakan pemain antarabangsa Denmark dan beliau juga adalah antara pemain muda yang berpotensi di serie A. Baru berumur 20 tahun, Kjaer mempunyai masa yang panjang untuk meningkatkan permainan beliau di Anfield.


YNWA

Monday, November 16, 2009

Kaka : Gerrard Seorang Ikon

Pemain tengah antarabangsa Brazil dan juga bintang Real Madrid iaitu Kaka telah memberikan pendapat peribadi beliau mengenai Kapten Liverpool Steven Gerrard. Kaka menyatakan Gerrard adalah seorang pemain bolasepak yang mempunyai hati seperti singa. Kedua-dua pemain ini telah bertembung di dalam dua final Liga Juara-Juara Eropah sebelum ini dan Kaka mengakui Gerrard telah meninggalkan rasa hormat yang berpanjangan daripada beliau sendiri. Menurut Kaka, England memang mempunyai pemain individu yang mantap dan beliau sendiri merupakan antara peminat Steven Gerrard. Tambah Kaka, Gerrard merupakan satu ikon dunia bolasepak moden dimana beliau bukan hanya mampu menyerang tetapi mampu juga bertahan dengan baik. Tinggi sungguh pujian dari Kaka ini dan saya berharap pujian beliau ini adalah ikhlas untuk mengiktiraf Gerrard sebagai antara pemain tengah terbaik dunia buat masa sekarang. Saya bukan mahu berburuk sangka tetapi harapnya bukanlah Ada Udang Di Sebalik Mee, di mana pujian ini adalah untuk menarik perhatian Gerrard supaya berpindah ke Real Madrid.


YNWA

Sunday, November 15, 2009

Hernanes : Samba Terbaru Di Anfield?

Pemain antarabangsa Brazil dan juga playmaker kelab pendahulu Liga Brazil, Sao Paulo, Anderson Hernanes de Cavalho Andrade Lime a.k.a Hernanes telah dikaitkan dengan perpindahan ke gergasi Liga Inggeris Liverpool pada bulan Januari nanti. Rafa Benitez dikatakan berminat dengan pemain yang digelar “Kaka Baru” ini dan beliau dikatakan sedang meningkatkan usaha untuk mendapatkan pemain berusia 24 tahun ini. Hernanes sebelum ini turut dikaitkan dengan kelab-kelab Itali seperti AC Milan dan Juventus tetapi mereka gagal untuk memenuhi tuntutan yuran perpindahan oleh Sao Paulo. Pemain tengah Brazil ini dikatakan berminat dengan Liga Itali tetapi jika terdapat tawaran menarik dari Liga Perdana Inggeris, beliau pasti tidak keberatan untuk menelitinya. Pemain-pemain Brazil di Liverpool iaitu Lucas Leiva, Fabio Aurelio serta Diego Cavalieri mungkin memainkan peranan penting untuk menarik perhatian Hernanes ke Anfield. Saya tidak pasti berapakah yuran perpindahan yang diminta oleh Sao Paulo namun saya percaya jumlahnya tidak sedikit sehingga AC Milan serta Juventus juga mempunyai masalah untuk menyediakannya. Jika ditawarkan pada harga yang betul, Liverpool mungkin boleh melihat pemain ini secara serius.


YNWA

Saturday, November 14, 2009

LFC : Pilihan Melalui Pinjaman

Dengan musim perpindahan pemain yang akan dibuka kembali pada bulan Januari 2010 nanti, Liverpool tidak terkecuali untuk dikaitkan dengan nama-nama pemain yang dikatakan berminat untuk menyertai pasukan dari Merseyside ini. Berikut adalah beberapa nama pemain yang dikaitkan dengan Liverpool dan mereka dikatakan boleh diperolehi melalui pinjaman :

Rafael Van der Vaart
Pemain antarabangsa Holland ini dikatakan akan berpindah daripada Real Madrid pada musim panas yang lepas. Namun disebabkan Sneijder dan Robben telah dilepaskan oleh Real, Van der Vaart terus dikekalkan di dalam skuad mereka. Van der Vaart dikatakan akan menimbangkan secara serius untuk berpindah pada bulan Januari nanti setelah beliau hanya memanaskan bangku simpanan Real. Rafa Benitez dikatakan amat berminat untuk mendapatkan beliau secara pinjaman dari Real pada bulan Januari nanti. Pilihan terbaik melalui perjanjian pinjaman kepada Liverpool kerana Van der Vaart boleh bermain di bahagian sayap, tengah dan juga sebagai penyerang sokongan kepada Torres. Beliau juga mempunyai kebolehan membuat umpanan yang baik kepada bahagian serangan.

Klaas Jan Huntelaar
Penyerang antarabangsa Holland ini dikatakan semakin hilang taringnya setelah menyertai Real dan kemudiannya menyertai AC Milan. Walaupun menjaringkan beberapa gol ketika mewakili Real, Huntelaar masih gagal menyinar di Milan. Huntelaar kini semakin diketepikan oleh Milan dan beliau jika diberi peluang, pasti mahu bermain kembali dan menjaringkan gol. Pilihan yang agak berisiko buat Liverpool kerana rekod jaringan beliau sekarang tidak cukup baik. Namun jika perjanjian pinjaman boleh dilakukan, Liverpool pasti akan mendapat seorang pemain yang lebih baik daripada penyerang simpanan yang ada sekarang.

Roman Pavlyuchenko
Penyerang Rusia yang kini bermain mewakili Tottenham. Dikatakan sudah hampir berpindah pada musim panas lepas namun berjaya dipujuk oleh Harry Redknapp untuk kekal di White Hart Lane. Namun beliau semakin kecewa kerana tidak dapat beraksi dan hanya memanaskan bangku simpanan. Kekurangan beliau hanyalah kurang pengalaman di Liga Perdana Inggeris kerana peluang untuk beraksi amatlah terhad. Anfield menyediakan platform terbaik buat beliau untuk kembali beraksi di Liga Perdana Inggeris melalui perjanjian pinjaman.

Emile Heskey
Bekas pemain Liverpool yang kini beraksi untuk Villa. Rafa pada musim panas lalu dikatakan cuba mendapatkan beliau namun Heskey memilih untuk menyertai Villa. Heskey kini cuba mendapatkan perjanjian pinjaman dengan pasukan lain kerana beliau perlu lebih kerap bermain untuk memastikan tempat beliau di dalam skuad antarabangsa England. Heskey kini lebih kerap berada di bangku simpanan kerana pengurus Villa lebih banyak menggunakan Agbonlahor dan juga Carew.


YNWA

Friday, November 13, 2009

LFC : Senarai Kecederaan 13/11/09

Sempena masa rehat dua minggu yang diperolehi oleh kelab-kelab bolasepak Eropah berikutan perlawanan persahabatan serta play off Piala Dunia 2010, pengurus Liverpool Rafa Benitez agak lega kerana kebanyakan pemain-pemain kesebelasan utama beliau berpeluang untuk pulih daripada kecederaan. Berikut adalah senarai kecederaan terbaru pemain-pemain kesebelasan utama Liverpool :

Glen Johnson
Mengalami kecederaan ringan semasa melaporkan diri ke kem skuad England. Tetapi beliau telah menarik diri selepas mengetahui keadaan hamstring beliau tidak begitu baik. Kini sedang menjalani rawatan di Melwood dan Rafa Benitez menjangkakan beliau akan pulih sepenuhnya untuk perlawanan menentang citeh nanti.

Yossi Benayoun
Mengalami kecederaan hamstring ketika perlawanan menentang Birmingham pada awal pagi Selasa lepas. Dijangkakan akan berehat selama tiga minggu sebelum boleh beraksi kembali. Rafa memberitahu Benayoun bermain terlalu banyak perlawanan di dalam masa yang singkat tanpa mendapat rehat yang secukupnya.

Albert Riera
Juga mengalami kecederaan hamstrings yang sama seperti Benayoun ketika perlawanan menentang Birmingham. Kecederaan yang sama dengan kecederaan beliau sebelum ini. Juga memerlukan masa selama tiga minggu untuk pulih. Tidak dapat menyertai skuad Sepanyol untuk perlawanan dengan Argentina.

Daniel Agger
Bermain di dalam keadaan kesakitan kerana kecederaan belakang beliau belum pulih 100 peratus. Terpaksa diturunkan kerana Carragher telah digantung tiga perlawanan liga. Agger telah menarik diri daripada menyertai skuad antarabangsa Denmark untuk menentang USA dan Korea Selatan. Rafa bagaimanapun menjangkakan Agger akan kembali berlatih di dalam masa 2-3 akan datang setelah menerima rawatan di Melwood.

Fernando Torres
Masih menjalani rawatan berterusan untuk kecederaan groin yang dialami beliau. Dijangkakan akan pulih di dalam masa 2-3 minggu. Memepunyai peluang yang samar untuk beraksi ketika menentang citeh dan juga Debrecen. Rafa memberitahu perkembangan rawatan Torres adalah positif dan beliau berharap penyerang Sepanyol ini mampu berlari pada minggu hadapan dan dari situ Rafa akan membuat penilaian seterusnya ke atas kecederaan Torres.

Fabio Aurelio
Menyertai kem skuad Brazil untuk perlawanan persahabatan antarabangsa menentang England di Doha, Qatar. Namun beliau telah menarik diri disebabkan kecederaan calf yang dialaminya masih belum pulih sepenuhnya. Penilaian ke atas kecederaan beliau akan dibuat sepenuhnya apabila beliau kembali ke Melwood nanti.

Steven Gerrard
Kapten Liverpool ini baru pulih daripada kecederaan groin yang dialaminya dan beliau kini sedang menumpukan usaha untuk mengembalikan tahap kecergasannya. Rafa memberitahu Gerrard kini berlatih sepenuhnya bersama-sama rakan sepasukan beliau.

Alberto Aquilani
Telah sembuh sepenuhnya daripada demam yang dialami beliau sebelum ini. Aquilani kini sedang berusaha untuk meningkatkan tahap kecergasan beliau di atas padang dan telah turun berlatih sepenuhnya bersama-sama raka sepasukan. Rafa berharap pemain tengah Itali ini akan menyertai kesebelasan utama Liverpool sedikit masa lagi.


YNWA

Thursday, November 12, 2009

Rush : Kita Masih Berpeluang

Penyerang lagenda Liverpool, Ian Rush masih yakin Liverpool tetap berpeluang untuk meneruskan kemaraan ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara Eropah pada musim ini. Walaupun ramai yang menganggap peluang Liverpool bakal terkubur di dalam masa dua minggu lagi, Rush masih mempunyai keyakinan pertarungan untuk merebut tempat ke pusingan kalah mati ini bakal ditentukan d dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan nanti. Liverpool bakal menyambut kedatangan Fiorentina di Anfield untuk perlawanan tersebut. Rush menjangkakan Lyon akan memperolehi keputusan yang mereka mahukan di Florence nanti (samada seri atau menang) dan Liverpool pula menewaskan Debrecen untuk memastikan satu perlawanan epik peringkat Eropah bakal berlangsung di Anfield nanti. Bagi Rush, apabila melihat Liverpool menguasai permainan di Lyon, amat sukar untuk dipercayai Liverpool bakal tersingkir awal.

Rush bagaimanapun berpendapat, jika Liverpool gagal mara, mereka harus meneliti semula prestasi semasa di Florence dan juga Lyon. Gol pada minit terakhir oleh Lisandro nyata akan menentukan nasib Liverpool pada Liga Juara-Juara Eropah pada musim ini. Jika tidak berjaya pada kali ini, Rafa dan anak-anak buahnya perlu menumpukan fokus mereka untuk memastikan Liverpool akan kembali semula di dalam pertandingan ini pada musim hadapan. Kita semua berharap apa yang dikatakan oleh Rush akan menjadi kenyataan. Satu lagi perlawanan epik peringkat Eropah di Anfield pastinya merupakan buah tangan yang ditunggu-tunggu oleh para peminat The Reds.


YNWA

Wednesday, November 11, 2009

BPL : Sudah Ada Yang Melatah

Di dalam kesejukan penghawa dingin pejabat, hati saya tiba-tiba terasa panas. Kenapa tiba-tiba hati terasa panas? Nampaknya semakin banyak pihak memandang rendah keupayaan Liverpool. Terbaru pemain pertahanan mentah citeh, Pablo Zabaleta menyatakan pasukannya tidak akan memberikan belas kasihan ke atas Liverpool pada pertemuan liga minggu hadapan. BELAS KASIHAN? Sedar atau tidak pemain ini apa yang sedang diperkatakannya? Siapa yang mahukan belas kasihan pasukan yang sekadar berkelas pertengahan ini? Dan siapakah kamu Zabaleta untuk bercakap mengenai belas kasihan? Jangan mengata kepada orang lain sedangkan pasukan sendiri pun turut tunggang langgang seperti pasukan lain. Seri 3-3 dengan Burnley di tempat sendiri? Hanya itu sahaja tahap permainan pasukan kamu Zabaleta? Sedangkan Burnley telah diajar bermain bolasepak oleh Liverpool dengan jaringan 4-0. Bukan niat saya untuk membesarkan diri, namun agak melampau komen yang dikeluarkan pemain Argentina ini. Gunakan otak dan akal fikiran sebelum hendak mengeluarkan komen sebodoh ini di media. Jangan ingat pasukan kamu yang dipenuhi oleh bintang-bintang dan berbelanja 200 juta pound dengan mudah untuk menewaskan Liverpool di Anfield. Tutup mulut busuk kamu Zabaleta jika ayam belum lagi berlaga di atas padang. Kami sedikit pun tidak takutkan pasukan kamu Zabaleta, pasukan yang belum lagi berlaga tapi sudah riuh sekampung.

Saya akui prestasi Liverpool perlu lebih konsisten jika mahukan kemenangan ketika menentang citeh nanti. Dua kali seri (Lyon dan Birmingham) bukanlah keputusan terbaik yang kita semua mahukan. Namun dari sudut positif, sekurang-kurangnya kita mampu mengelak badi kekalahan demi kekalahan yang jelas menjejaskan mentaliti pemain-pemain Liverpool pada musim ini. Tempoh rehat selama dua minggu perlu digunakan sepenuhnya oleh Liverpool dengan pemain-pemain utama seperti Torres, Gerrard, Johnson serta Agger akan berehat di Melwood dan tidak menyertai pasukan negara mereka untuk perlawanan antarabangsa. Saya berharap pemain-pemain utama Liverpool akan kembali cergas sepenuhnya dan kita mampu menurunkan kesebelasan terbaik semasa menentang citeh nanti. Kepada rakan-rakan peminat, teruskan sokongan anda kepada Liverpool dan apa yang mereka katakan kepada Liverpool kita jadikan pembakar semangat untuk terus berjuang pada musim ini. Kepada Zabaleta, rasanya bukan kami yang perlukan belas kasihan tetapi pasukan kamu yang lebih memerlukannya kerana jika kamu terus menerus memperlekehkan Liverpool, kami bersedia mengajar kamu bagaimana cara yang betul untuk bermain bolasepak di Anfield. Bak kata pepatah melayu, “Mengata Dulang Paku Serpih, Mengata Orang Dia Yang Lebih”.


YNWA

Tuesday, November 10, 2009

Smicer : Selamat Tinggal Bolasepak

Salah seorang hero Istanbul 2005 Liverpool, Vladimir Smicer iaitu pemain sayap Republik Czech hari ini telah mengumumkan beliau bersara sepenuhnya daripada bolasepak pada usia 36 tahun. Smicer yang kini bermain untuk kelab di negaranya iaitu Slavia Prague, menyatakan beliau bersara kerana tidak boleh lagi memberikan komitmen 100% kepada kelabnya itu disebabkan oleh masalah kecederaan yang dialami beliau. Walaupun hati beliau masih mahu bermain namun tenaga beliau tidak lagi mengizinkan Smicer untuk terus beraksi di atas padang. Smicer yang telah membuat 184 penampilan untuk The Reds selama 6 musim di Anfield dari tahun 1999 – 2005 dan menjaringkan 19 gol. Smicer yang memulakan karier di Slavia Prague pada tahun 1996 sebelum berhijrah ke RC Lens pada 1997. Beliau kemudian tiba di Anfield pada 1999 untuk menyertai rakan senegaranya iaitu Patrik Berger di Liverpool. Smicer juga antara merupakan tenaga penting di sebalik kejayaan treble Liverpool pada tahun 2001. Beliau bermain di bahagian sayap dan juga sebagai penyerang sokongan di sepanjang kariernya di Liverpool. Namun yang paling bermakna buat Smicer adalah beliau menjaringkan gol kedua Liverpool selepas masuk menggantikan Harry Kewell di Istanbul 2005. Smicer juga turut menjaringkan salah satu gol penalty Liverpool sebelum Jerzy Dudek bertindak hebat menghalang sepakan penalti Shevchenko dan membawa pulang kejuaraan Eropah kelima Liverpool ke Anfield. Itu merupakan perlawanan terakhir Smicer untuk Liverpool dan beliau melangkah keluar dari Anfield dengan status seorang lagenda. Kepada Smicer, terima kasih kami ucapkan diatas semua jasa dan bakti anda di Anfield dan kami semua tidak akan lupakan seorang lagenda seperti anda.


YNWA

Monday, November 9, 2009

BPL : Masa Untuk Bangkit

Awal pagi Selasa ini, Liverpool akan menyambut kunjungan seteru Aston Villa, Birmingham City di Anfield. Skuad yang diterajui oleh Alex Macleish ini amat bersungguh-sungguh mahu menambahkan lagi penderitaan Liverpool. Sungguh sedap mendengar gebangan daripada kem skuad yang turut dikenali sebagai The Blues ini. Mungkin mereka rasakan rekod mereka dengan Liverpool sebelum ini agak baik dan Liverpool sedang menghadapi masalah (pada mereka) sekarang maka mudah untuk menjinakkan Liverpool. Ingatan saya, jangan pandang sebelah mata kepada skuad Liverpool ini, lebih-lebih lagi apabila bermain di Anfield. Liverpool yang mendapat masa rehat yang lebih disebabkan perlawanan ini diadakan pada hari Selasa pagi pasti mahu mengorak langkah daripada keputusan seri dengan Lyon sebelum ini. Dengan beberapa pemain utama seperti Fabio Aurelio, Martin Skrtel dan juga Albert Riera yang kini dilaporkan telah pulih dan sudah mula menjalani latihan, Liverpool pasti akan kembali dengan skuad yang lebih mantap pada perlawanan ini. Walapun kehilangan Carragher serta Degen akibat pergantungan perlawanan, kembalinya Skrtel diharapkan dapat mengukuhkan pertahanan Liverpool. Glen Johnson dan Alberto Aquilani juga dilaporkan akan diberi peluang oleh Rafa untuk pulih sepenuhnya menjelang perlawanan ini. Steven Gerrard turut menjalani latihan ringan dan ada kemungkinan untuk bermain namun peluang beliau agak tipis. Penyerang utama Liverpool, Fernando Torres bersedia untuk diturunkan jika Rafa memerlukan khidmat beliau. Torres telah menyatakan komitmen beliau untuk membantu Liverpool keluar dari situasi sekarang ini walaupun telah diberikan nasihat untuk berehat dan menjalani rawatan selama tiga minggu. Berikut adalah kesebelasan utama yang mungkin akan diturunkan oleh Rafa Benitez di dalam perlawanan ini :

Formasi : 4-2-3-1

Barisan Kemungkinan :

RIENA

JOHNSON AGGER SKRTEL INSUA

LUCAS MASCHERANO

KUYT BENAYOUN AURELIO

TORRES


Keputusan : 2-0 kemenangan kepada Liverpool. Gol dijaringkan oleh Torres dan Kuyt.

Perlawanan akan disiarkan secara langsung di Astro ESPN Rangkaian 812

10/11/09 Jam 0355 Pagi


YNWA

Sunday, November 8, 2009

LFC : Kelab vs Negara

Nampaknya peperangan di antara kelab dengan negara mengenai status pemain di dalam perlawanan antarbangsa akan berterusan. Liverpool yang dihimpit oleh kecederaan pemain secara berterusan dan terpaksa merehatkan ramai pemain di dalam beberapa penting sebelum ini pasti tidak senang jika pemain-pemain ini dipanggil untuk menyertai perlawanan persahabatan antarabangsa yang tidak mempunyai sebarang kepentingan pada minggu hadapan. Pengurus Liverpool Rafa Benitez awal-awal lagi mahu pengurus skuad negara menggunakan “akal yang rasional” di dalam memanggil pemain-pemain untuk perlawanan persahabatan tersebut. Yang menjadi tumpuan pengurus Liverpool ini adalah dua pemain utamanya iaitu Steven Gerrard dan juga Fernando Torres. Liverpool yang kini telah lama merehatkan Gerrard dan menggunakan khidmat Torres secara berhati-hati di dalam setiap perlawanan Liverpool sebelum ini pasti tidak mahu kecederaan mereka berdua ini bertambah buruk jika dipaksa untuk mewakili England dan juga Sepanyol. Perlu diingatkan kecederaan yang dialami Gerrard dan Torres adalah disebabkan “kecerdikan” Capello (pengurus England) dan Del Basque (pengurus Sepanyol) menggunakan kedua-dua pemain di dalam perlawanan terakhir kelayakan Piala Dunia yang tidak mempunyai apa-apa makna kerana kedua-dua negara telah menjadi juara kumpulan. Namun disebabkan kedegilan untuk mengejar rekod tanpa kalah di dalam kumpulan telah menyebabkan musibah berpanjangan kini menimpa Liverpool. Perlawanan pertunjukkan badut England menentang Brazil di Qatar pada minggu hadapan jelas tidak digemari oleh Rafa Benitez. Perlawanan yang jelas hanya untuk tujuan komersial England tidak mendatangkan sebarang faedah kepada Liverpool malah mungkin bertambah parah jika Gerrard dipaksa untuk bermain di perlawanan tersebut dan mengalami kecederaan. Sementara Del Basque juga turut mencongak pemain untuk perlawanan persahabatan Sepanyol menentang Argentina pada minggu hadapan. Walaupun tahu Gerrard mengalami kecederaan, Capello akan menggunakan “kecerdikan” beliau memanggil Gerrard untuk diperiksa oleh pasukan perubatan England. Kejadian yang sama berlaku pada musim lepas ketika perlawanan persahabatan menentang Jerman. Ini berlaku disebabkan ketidakpercayaan Capello terhadap pengurus-pengurus kelab. Jika benar pengurus-pengurus kelab ini menipu, lebih baik tidak melepaskan terus pemain-pemain mereka untuk mewakili skuad antarabangsa negara masing-masing.

Kita semua faham pemain-pemain Liverpool mahu mewakili negara masing-masing dan saya berpendapat ianya penting untuk perkembangan karier bolasepak mereka. Namun apalah salahnya jika sedikit kompromi diberikan oleh pengurus-pengurus skuad antarabangsa agar lebih bertimbang rasa dengan pemain-pemain yang mahu dipilih oleh mereka. Saya tidak menentang pemain-pemain utama Liverpool mewakili negara mereka jika perlawanan tersebut amat penting seperti kelayakan Piala Dunia dan Piala Eropah dengan syarat mereka bebas daripada sebarang kecederaan. Rekod Liverpool apabila pemain-pemain utama kembali daripada perlawanan antarabangsa tidaklah begitu baik kerana sukar untuk Liverpool untuk mencapai kemenangan disebabkan pemain-pemain tersebut tidak cergas sepenuhnya kerana selain daripada bermain mereka terpaksa mengharungi perjalanan yang jauh seperti Mascherano yang terpaksa terbang ke benua Amerika Selatan setiap kali dipanggil menyertai skuad antarabangsa. Sama-sama kita saksikan sejauh mana perkembangan masalah yang tidak berpenghujung di antara kelab dengan negara ini.


YNWA